Semasa pulang berhari-raya di kampung halaman baru-baru ini, adik saya telah membawa kami sekeluarga untuk menikmati hidangan ala buffet di sebuah restoran yang berada di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Chim Chum Food Village - merupakan satu tempat yang mungkin agak glemer jugakla di sekitar Kota Bharu. Ini kerana, hampir semua meja yang disediakan telah hampir penuh walaupun baru sekitar 8 malam. Restoran ini terletak di laluan yang menghala ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.