Semasa pulang berhari-raya di kampung halaman baru-baru ini, adik saya telah membawa kami sekeluarga untuk menikmati hidangan ala buffet di sebuah restoran yang berada di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Chim Chum Food Village - merupakan satu tempat yang mungkin agak glemer jugakla di sekitar Kota Bharu. Ini kerana, hampir semua meja yang disediakan telah hampir penuh walaupun baru sekitar 8 malam. Restoran ini terletak di laluan yang menghala ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.
Konsep makanan disini adalah secara buffet dan DIY (do it yourself). Daging2 lembu, ayam yang sudah siap diperam bersama rempah ratus disediakan untuk kita bakar sendiri di atas tempat yang disediakan. Tempat pembakaran akan diberi satu pada setiap meja yang menggunakan kaedah pembakaran arang.
Pelbagai juadah lain juga disediakan seperti sotong, ketam, fishball, hotdog yang juga perlu kita bakar/masak sendiri.
Selain itu, ada juga laksa kelantan, laksa penang, meehun sup dan pelbagai makanan lagi. Setiap kepala akan di cas sebanyak RM19.00 dan RM13.90 untuk kanak-kanak.
Sekiranya anda berkesempatan ketika berada di Kota Bharu, jengok-jengokla kesana kerana daging perap mereka sangat awesome :)
Cuma keadaan di sana sedikit panas kerana bilangan kipas yang agak terhad.
4 comments
commentsTerima Kasih Kakikujalanjalan untuk review Food Village Restaurant. Kami warga food village amat prihatin dengan maklum balas daripada pelanggan. Kami akan menambah baik keadaan restoren bg memastikan keadaan yang lebih selesa pada masa akan datang. Terima Kasih
ReplyGreat food for great peoples! - Terima kasih atas layanan mesra warga Food Village Restaurant!
Replyumah sy d plngi mall.
Replynk g sini ikut mna ya
Village food ni Masih beroperasi ke?
ReplyTANYA KAKIKUJALANJALAN: