KL VINTAGE 2014

So, last minute plan..we decide nak singgah sekejap Stadium Merdeka untuk lihat KL Vintage Festival 2014. From my house, xder la jauh sangat ke sana. Jalan pun xderla jem, so proceed! And masuk adalah FREE :) hehehe..




First sampai-sampai stadium je, hati dah panas. Ada signage parking untuk visitors BUT ada anggota RELA yang block tak kasik masuk! Wat da hack...after tinjau-tinjau kat area parking tu..takder la penuh pun..beratus lagi kosong! But ada plak kereta yang dibenarkan masuk..mmmm.

So, terpaksa lah park jauh sket and menapak ngan family. Next time pihak penganjur kena prepare benda ni dari awal bcoz beratus kot kereta nak park satu satu masa!











So...after park, terus we all masuk stadium. Not bad la.

Banyak gak la benda-benda vintage yang bleh ditatap dan dilihat. Jenuh gak la berpeluh peluh nak snap gambar benda-benda alah tuh.


























But ada gak la 4-5 gerai yang rasanya tak follow tema Vintage. Tak paham why penganjur allow them to do bisnes. Tema memang langsung tak kena!




























So after melilau lebeh kurang 2 jam, then we all hentam makanan kat dalam Stadium Merdeka.

PINE TREE TRAIL - A MORNING HIKE!

Pine Tree Trail, Fraser Hill. Hmmm..again last minute plan. Ohh..plan hiking ni pun sebab nak celebrate Merdeka Day kat puncak. Kononya nak kibar bendera la kan. Nasib baik ada lagi bendera Malaysia yang disimpan, last guna masa tengok bola time Malaysia lawan:)

Merdeka! Merdeka! Merdeka!























Start my car at 5am in the morning then terus ke Rawang untuk pick-up my buddies.

We start our journey at 5.30am from Rawang. Drive pagi-pagi buta amatlah panik and kena be carefull sepanjang masa. Perjalanan ke Fraser Hill dari sini mengambil masa lebih kurang satu jam lebih la kot.

So, sepanjang perjalanan ke Fraser Hill melalui Kuala Kubu Bharu...jalan dipenuhi kabus yang amat tebal. Setibanya di Kuala Kubu Bharu, terus we all drive menuju Fraser Hill. Kali ini kabus semakin tebal,maklumlah baru jam 5 lebih pagi. So, drive kereta pun agak pelan kerana pandangan yang agak terhad.

Tiba di persimpangan naik ke Fraser (jalan sehala)  lebih kurang jam 6.30am. After take a few video shot, terus we drive naik atas. Dari simpang Fraser ke puncak ambik masa lebih kurang setengah jam la kot (8km). Jalan amatlah gelap serta permukaan jalan yang licin melambatkan lagi perjalanan we all.

After subuh di Masjid Fraser, we all terus drive carik location Pine Tree Trail. Jam 7 pagi, we all sampai ke permulaan masuk ke Pine Tree Trail. Tu pun after melilau carik dua-tiga round.

Pine Tree Trail Entrance

Pine Tree Trail Entrance

Selain Pine Tree Trail, terdapat banyak lagi laluan untuk sesiapa yang minat hiking ni. Ada Mager Trail, Abu Suradi Trail, Hemmant Trail, Bishop Trail, Maxwell Trail, Kimbersley Trail dan of coz Pine Tree Trail yang merupakan laluan yang paling meletihkan antara semua trail tersebut :)

So, we start hiking at 7.30am. Nak tahu mana nak masuk, senang je. Carik ada pintu gerbang yang ada tulis Pine Tree Trail. So..sebelum tu, we all park kereta di bahu jalan and lock streering siap2, manala tau kan...huhu

Apps on my iPhone

Pine Tree Trail ni jaraknya hanya 5.5km tapi perit la gak nak panjat. Ambik masa 3-4 jam untuk sampai ke puncak. Laluannya berbukit dan agak licin ketika hujan. So kasut yangs sesuai amatlah penting untuk elak dari terpeleot...hehehe..

Banyak pondok2 yang runtuh dan terbiar

Batang this tree kaler merah

Cuaca agak sejuk dengan keadaan yang berangin, suhu lebih kurang 18ºCelcius. Suhu agak dingin. So sesaper yang tak tahan sejuk, sila bawak windbreaker! Keras kejang plak kang!

Laluan permulaan agak senang, landai serta rilex. Laluan awal kebanyakkannya harus melalui ratusan  anak tangga. So, permulaan hiking, banyak menurun! Rilex...

Antara akar pokok yang agak besar, boleh berteduh bawah ni if hujan

Lauan mendaki


Sepanjang laluan pendakian, banyak kita dapat lihat flora and fauna yang pelik2. Jangan lupa keluarkan camera and snap! Banyak akar-akar kayu serta pokok-pokok tumbang yang melintang dilaluan, ni la punca penat! huh...

Setelah selesa dengan laluan menurun, now dah start laluan mendaki yang agak meletihkan bagi golongan amatur..huhu. Laluan xdela susah sangat but agak menegak serta terpaksa memanjat akar dan merangkak bawah pokok pokok besar yang tumbang!









Banyak gak la laluan yang terpaksa didaki dengan gunakan kudrat tenaga..huhuhu. So, after sejam mendaki, we all stop makan roti :)

After 15 minutes rest, we all sambung balik daki. Banyak la gak geng-geng lain yang pass-by we all. Nak wat camner, dorang tu semua pro... yg amatur-amatur ni, daki pelan-pelan sudehhh..





So after 3jam lebeh mendaki, sampaila ke tempat rare. Didepan we all terdapat batu batan gunung hampir 100 meter dan tegaknya lebeh kurang 75º. Mean kena la panjat!

BROGA HILL - A MORNING HIKE


Puncak Broga 6.30AM





Last weekend - on Sunday, me and i of my colleuges decide untuk do some morning hiking at Broga Hill. Ini second time panjat, first attempt dulu dah berjaya bawak my whole family 6pax, paling kecik umur 3 years old :) . So we decide nak start panjat at 5am - katanya thats the best time untuk ngam ngam sampai puncak Broga untuk feel Sunrise.

So..we all bergerak dari Kuala Lumpur ke Broga dalam jam 4am. Bawak kereta agak slow sebab no traffic at all during this time, lengang je. Untuk ke sana, we all lalu jalan Cheras, then Kajang then baru sampai Semenyih. Broga ni merupakan sebuah pekan kecik, dan terletak di Semenyih di jajahan Hulu Langat. Jaraknya lebih kurang 50KM dari Kuala Lumpur.

Drive ke sana taklah payah sangat actually, hanya follow signboard Semenyih..then di sana, akan terdapat signboard Broga. Pastikan anda lalu University of Nottingham, if x jumpa..maknanya anda silap laluan!

After 35 minutes drive, we all sampai ke kawasan ladang kelapa sawit. So anda akan perasan selalunya akan terdapat banyak kereta yang park kat area ni. Untuk keselamatan, we all just park je la our car kat dalam ladang kelapa sawit tu - bayaran RM2.00 akan dikenakan. Untuk yang kedekut, bley jer park kat tepi tepi jalan :)

Kereta agak banyak walaupun sekarang baru jam 4.40pagi. Memang dasyat orang2 Malaysia ni bila beriadah. Pagi-pagi pun dah meriah and nampak macam pesta!

So after we park, we do some minor exercise and streching, manala tau krem plak sbb faktor usia..hehehe. Sedang we all strectching, tetiba hujan gerimis..memang sejuk! Then we all test head-lamp semua, check minuman and makanan. Oh lupa, sila lah bawah lampu or torchlight sebab kat sini memang sangat gelap pada jam 4am nih. Walaubagaimanapun, ada gak orang yang jual torchlight sebelum start laluan mendaki, maybe agak mahal la kot. For me, better beli lampu yang bleh taruk kat kepala, so kita bley concentrate kat laluan jalan.

Set up camera


























We all start daki jam 4.00am. Jalan menerusi celah-celah ladang kelapa sawit sejauh 200meter kot sebelum berjumpa dengan laluan mendaki. Laluan mendaki agak senang bagi yang biasa tapi agak mengah la kot bagi yang kurang biasa. Laluannya agak berbatu dan berpasir. So kenalah pakai the right shoe untuk ke sini. Jangan hentam kromo je, kang kasut tu tak grip..tergelincir plak.

6am Puncak Broga
We all berjalan dalam gelap dengan laluan yang berbatu kecik and berpasir dengan sedikit hujan gerimis. Sesekali berhenti sebab nak record video and amik gambar. Apabila hampir ke puncak, kita bleh tengok pemandangan manusia yang tengah mendaki dari atas - nampak beratus ratus kerlipan lampu bergerak-gerak dalam gelap, sangat cantik! Bagi yang mengah tu, bley jer berhenti amik nafas kat mana-mana but make sure tak halang laluan orang lain yang tengah mendaki.

Sunrise at Puncak Broga

We all sampai puncak sejam selepas tu. Terus set camera, then do some video shooting. Agak sejuk dan berangin di puncak. Oleh kerana hujan, maka gagallah misi untuk amik video timelapse matahari naik! Alahai... So we all just shoot gambar dan video biasa2 je la.

6.10am - Puncak Broga


6.20am - Puncak Broga

We all spend masa 1 jam lebih kat atas, sangat ramai orang di puncak. Tu pun masih ada lagi yang tengah mendaki. Memang meriah! We all turun dari puncak Broga lebih kurang jam 8am sebab perut dah lapar!




7am - Puncak Broga
So, laluan turun pun sama macam laluan mendaki tadi, namun kali ni kena agak berhati-hati takut tergelincir. Laluan turun agak berpasir dan licin. So pelan-pelan turun sudahhhh...

SINGAPORE - WEEKEND DRIVE

Merlion Park

Who said nak drive from KL to Singapore jauh? We manage to drive from KL to Singapore in less than 4 hours :)

Ok..last week, me and my colleagues decide untuk ke Singapore. So as usual, i la akan jadi guided free. Memandangkan dorang punya kereta, i mean my colleagues yang blom pernah lagi drive masuk ke Singapore, so we decide to drive his car.

So we gerak ke Singapore tengahari. After a few jammed kat area Seremban PLUS akibat ada eksiden kerana jalan basah, akhirnya we manage to reach Johor Bharu around 3.30PM.

After rest a few hours dan makan-makan kat mamak restaurant, we drive masuk JB town dulu untuk convert some Ringgit Malaysia money to Singapore Dollars. Oh my...memang banyak different current exchange nih...so  bedal je.

After got our a few bucks of Singapore Dollars, terus we drive masuk ke Singapore melalui jalan yang selalu i ikut - Sultan Iskandar CIQ Complex (Tambak Johor).

OK - not as usual yg sebelum-sebelum ni, kali ni trafic agak jem. Tak tahu la kenapa, normally takder la jem panjang macam ni...so sabar jer la inside our car.

Woodland Checkpoint

After 20 minutes, baru we all lepas Malaysia punya imegresen passport check. Then we all terus drive melalui Tambak Johor untuk ke sempadan masuk Singapore plak.

As usual, masuk je area Woodland Checkpoint...terus hulur passport sekali dengan arrival form untuk di cop oleh Imegresen Singapore. It takes about 5 minutes je. Kali ni their staffs are very polite and friendly..siap borak2 lagi ngan we all.

So, as this is first time my fren tu bawak kereta dia masuk Singapore, so after cop passport...we all stop untuk register his car dulu. Sediakan geran, in case dorang tanya. Tapi selalunya dorang tak tanya pun.

Untuk register kereta masuk Singapore, kena isi borang kat satu ofis after cop passport (lupa dah apa nama) Then we need to pay SG10.00 untuk dapatkan card AutoPass.  Autopass ni adalah card pelbagai guna. Juga untuk digunakan semasa nak park dalam Singapore. Dlm card ni ada info pasal kereta kita...biler last road tax mati, nama owner...etc etc. So dalam card ni ada balance SG4.00 jer.

So after siap register kereta kawan ni, terus we all drive masuk Singapore. First thing, kena carik 7-Eleven untuk top-up AutoPass card ni...ni penting! Kang xder kredit plak untuk bayar parking :)
After jumpa 7E, terus we all top up dalam SG20.00...cukupla untuk sehari guna..

Then we drive our car ronda-ronda Singapore...follow GPS..lau xder GPS, memang sesat la :)
Esplanade

Marina Bay
First place, as a tour guide yang tak berbayar...i bawak dorang ronda-ronda area Esplanade Singapore, then area Marina Bay...then Merlion Park.. Berpeluh-peluh we all shoot gambar sebab masing-masing minat dgn bab-bab photography nih...

Esplanade



Public Concert



After habis area tu..terus bawak dorang round Gardens by The Bay yang environmentnya ala-ala filem Avatar tu... (refer video..) So orang tersangat la ramai kat sini, maklumla...malam minggu. Pun sampai berpeluh menekan shutter camera time kat sini.

Gardens by The Bay
Then we all lepak makan area Bugis Street. Ingat nak terus ke Arab Street but rasa-rasanya kat area tu agak susah nak carik parking, especially malam minggu...dulu dah kena dah, jenuh berpusing area tu sbb nak carik park...phewwww..


KLIA 2 - OPEN DAY


On April 27, sempatla gak drop-by kat KLIA 2 sempena Open Day dorang.

So, first impression...wow..so BIG! Memang jauhla beza dengan LCCT dulu. So jarak nak ke KLIA 2 ni sama je macam nk ke KLIA ... satu jalan je. Cuma before sampai KLIA, ada satu simpang ke kiri dengan signage KLIA2 terletak betul-betul di simpang masuk tu, so takderla sesat :)

Nak parking kat sini, xder masalah...semua berbumbung, tak macam LCCT yang mana kita kena park kereta kita bawah terik matahari. Kat sini dorang pakai system tiket berkupon. Nak tahu berapa harga parking, kenala check kat web KLIA2 sebab masa we all singgah sini, semua parking adalah FREE.




Airport KLIA2 ni dibina dengan concept shopping in the airport, maknanya memang banyak la kedai-kedai barangan serta cafe-cafe yang top-top ada kat sini samada kat main terminal ataupun kat satelite terminal, wat keluar duit jer.

Yang bestnya, sempat merasa naik Skybridge yang mana ianya pertama di dunia! Meaning untuk ke pelepasan antarabangsa, kita akan melalui Skybridge ni...mean kat bawah ada kapalterbang lalang.


Dont forget, KLIA2 juga merupakan terminal tambang murah yang terbesar di dunia!

Antara Airliner yang beroperasi di sini adalah - Air Asia, Air Asia X, Lion Air, Zest Airways, Cebu Pacific, Tiger Air, Malindo Air


So, selain berkereta sendiri, kita juga bleh ke sini dengan menaiki ERL, Bus dan juga lain-lain pengangkutan awam.

TIPS TIKET MURAH


Okey...based dari pengalaman sendiri serta pengalaman dari member-member yang lain dan dari serba-sedikit pembacaan di internet, mostly bley je kalau korang nak dapatkan tiket murah untuk korang fly. 


Antara beberapa cara yang selalu backpacker travellers buat ialah:

1. Book Awal!!
Korang kena booked fly tiket korang kat least 21hari lebeh awal dari date korang nak terbang. Kalau esok korang dah nak fly, arini baru nak terhegeh-hegeh beli...mau cecah 12 juta ringgit tiket korang tuhhhh...hehhee. Kebanyakan Airlines company dah set system komputer dorang untuk grab seberapa banyak sales yang mungkin. Dan di dalam booking system tu ,dah diset kuota-kuota tertentu yang membolehkan korang beli tiket dengan harga yang super murah! Maybe system dah set dari KL ke London, hanya 20 passengers terawal yang dapat booking dengan harga yang murah, lagi 200 passengers dapat harga medium dan standard. Manakala yang balance-balance tu, kompem harga yang mahal sampai tak masuk akal. Pendek kata, system memang akan set harga tiket berdasarkan margin yang dorang nak semasa dorang fly dari KL ke London. Ada paham? Kalau tak paham...susah la nak explain lagi...hehehhe

Book terlalu awal pun xleh jugak sbb nanti korang akan terlepas sales offer dari airlines company. Booked terlampau lambat pun, bala jugak...mau ribu riban harga tiket tu.

2. Selasa & Rabu Terbaikkkkk...
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari yang terbaik untuk korang beli tiket flight. Most of airlines company selalunya akan set system reservation dorang pada hari Selasa 7pm GMT. Ini kerana dorang tahu yang mostly/kebanyakan passengers akan hanya ada masa booked tiket pada hari minggu! Statistic memang terbukti yang most of us hanya akan belek2 harga tiket mostly pada hari Jumaat, Sabtu or Ahad. 

So this airlines company kebanyakkannya akan update system reservation dorang pada hari yang paling slowwwww activiti passenggers book iaitu pada hari Selasa or Rabu! Yeahhh...ingat tu sedara sedari sekalian...

3. Fly Day!
Cer korang cuba book tiket untuk fly hari Selasa or Rabu. Kebanyakkan dari airlines company memang akan set dua hari ni sebagai 'less busy day'. System kurang bz dan airport pun selalunya kurang bz pada dua hari ni. Cer try perati...

Jumaat dan Ahad adalah hari yang paling bz samada di Airport ataupun di system reservation tickets! Kebanyakkan travellers yang kerjanya travel mengatakan dua hari ni merupakan hari yang paling mahallll untuk terbang! Kecualilah korang dah dapat tiket murah semasa ada jualan discount....kan kann... So, kalau bleh..elakkan book and fly hari Jumaat or Ahad! Tak percaya? Cer gi tengok sendiri kat KLIA1 or KLIA2 masa hari Jumaat or Ahad...penuh bebbb...tu blom kira bangla-bangla yang sama sebokkk baru landed kat Malaysia! Muahahah...

4. International Flight
Most airlines company akan taruk Best Deal 11-12 minggu awal untuk penerbangan antarabangsa dorang. Kena rajin check dalam tempoh ni...tak caya try la checkkk nooo...

One more, try book tiket ke airport-airport kecik yang berhampiran dgn lokasi yang korang nak fly tu. Contohnya kalau korang nk ke London, sure ramai dr korang akan select Heathrow Airport. Haaa...cer try landing kat airport2 yg dekat Heathrow, contohnya landing kat Manchester ke apa ke... pastu dr Manchester, naiklah train ke London....sure lagik murah! X caya? Cer tryyyyy...

5. Buang Cookies!
Ok..yang ni ramai tak tahu. Sila buang Internet Browser Cookies kat computer/laptop/handphone korang sekiranya korang dah pun visit airlines reservation punya web last 30 days before. Sebab  system reservation airlines ni, dorang akan andaikan korang dah tengok website tu berulang kali, maka dorang akan set yang korang memang berminat. So system akan set harga tu samaaa je walaupun korang check berulang kali! Harga lagi naik lagi adaaaa kannn?? So guys, amalkan petua delete cookies kat internet browser korang tu hokessssss... Tak tahu cara nak delete cookies?? Adesss...sila tanya encik google bin bing...

6. Compare Harga
Jangan malas-malas untuk google harga tiket yang korang nak tu kat pelbagai website lain. Jangan hanya tertumpu kat satu website jerkk. Use travel search engine untuk korang bandingkan harga-harga tiket. Memang korang akan suprise biler dah jumpa ada lagi harga tiket yang murah walaupun dari same airlines company. Gunakan power of search engine okessssss...

Maybe korang bleh gunakan travel search engine macam yang kerap aku gunakan semasa proses ticket hunting :

3. Momondo - http://www.momondo.com

FAM - Another Episode after 30 Years of Nothing


FAM - Football Association of Malaysia - After 30 years, still tak nampak apa-apa perubahan. Team bolasepak Malaysia masih berada di takuk lama apabila sekadar seri 0-0 ketika perlawanan persahabatan menentang skuad Philippines di Stadium MP Selayang.

Hasilnya - Ultras Malaya melakukan kempen senyap selama 30 minit untuk mendesak FAM dibubarkan dan digantikan dengan committe yang lebih layak. Selesai kempen senyap selama 30 minit, Ultras Malaya memulakan chant havoc mereka dengan dendangan lagu-lagu yang keras mengutuk kepimpinan FAM yang sediada disusuli dengan balingan bom asap, flare serta mercun ke udara. Pelbagai sepanduk juga jelas kelihatan agar Presiden FAM serta sekutunya meletakkan jawatan.

So...why they all memberontak? Read the facts below :-

Ultras Malaya menuntut barisan kepimpinan FAM dirombak secara besar-besaran semasa Pemilihan Kongres FAM penggal 2014-2018 yang bakal menentukan hala tuju bolasepak negara untuk anak-anak watan pada masa hadapan.
Ultras Malaya menuntut barisan kepimpinan FAM yang bertanggungjawab ke atas kerosakan-kerosakan yang disenaraikan di bawah agar ditolak dan disingkirkan sama sekali di dalam Pemilihan Kongres yang akan diadakan: 

1. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 34 tahun yang lepas.

2. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 34 tahun yang lepas.

3. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Inipun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.

5. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman hebat FIFA.

6. Di bawah pentadbiran Presiden kini, bolasepak Malaysia dilanda skandal rasuah paling besar dalam sejarah mana-mana sukan di Malaysia pada tahun 1994. Namun 20 tahun selepas itu sehingga kini, Presiden masih belum meletakkan jawatan.

7. Pada Mei 2013, ultras telah mendapat tip bahawa perlawanan membabitkan pasukan Kuala Lumpur telah diatur untuk menghasilkan keputusan 0-5. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 0-5. 

8. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-29 Asia. 

9. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-150 dunia.
10. Lawan Malaysia pada malam semalam (1 Mac 2014) iaitu Filipina pernah berada 85 anak tangga di belakang Malaysia pada tahun 1993 namun kini 23 anak tangga di hadapan.

11. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred 'D' walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga professional pada tahun 1993.

12. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred 'D'.

13. FAM juga merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred 'D' daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14. 

14. Pasukan daripada liga bolasepak Malaysia tidak layak untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL), termasuk perlawanan playoff.

15. FAM membenarkan penyertaan LionsXII ke dalam liga bolasepak Malaysia, walaupun sedar AFC tidak akan membenarkan pasukan daripada liga bolasepak yang memiliki pasukan bukan domestik untuk menyertai Liga Juara-Juara Asia (ACL).

16. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah 'melelong maruah' negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.

17. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan 'persahabatan' dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang mengaku sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.

18. Pada Februari tahun lepas, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan 'perlawanan persahabatan' Harimau Muda 'A' daripada pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.

19. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan 'pertunjukan' dengan Barcelona pada tahun lepas.

20. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab "saya tidak dimaklumkan".

So...ada paham?

Source: theantdaily.com









PREVIOUS HOT!