Sometimes kita kena gak keluar jalan-jalan untuk keluarkan peluh! So this time we decided to experience Canopy Walkway yang terletak di dalam kawasan FRIM.
So this Canopy Skyway ni terletak di kawasan Bukit Lagong Forest Reserve (FRIM), Kepong. Ketinggian bukit ini lebih kurang 300 meter dari paras laut. Kira sesuai la untuk keluarkan peluh you all and sesuai untuk bawak kids.
This Canopy Walkway ni dibina pada tahun 1992 dan tujuan asalnya adalah untuk penyelidikan flora dan fauna di sekitar ini. Panjang Canopy Walkway ni lebih kurang 150 meter serta mempunyai ketinggian lebih kurang 30-40 meter dari atas tanah. Kira yang gayat tu tak rasa berapa gayat sangat la kot..but untuk someone yang agak gayat, bley la kill your rasa gayat tu dengan naik Walkway ni. Canopy Walkway ni disambung antara pokok dengan pokok.
Terdapat lebih kurang 3 kawasan rehat diantara satu walkway dengan satu walkway yang lain. Di atas kawasan rehat ni, memang agak jelas kelihatan panorama Kuala Lumpur sekiranya anda berjalan di waktu pagi.
Ohhh..jangan lupa. Waktu operasi Canopy Walkway ni adalah antara 9.30pagi hingga 2.30petang sahaja! If cuaca buruk serta hujan, kebiasaannya Canopy Walkway ni akan dihentikan operasinya.
Untuk sampai ke Walkway ni, kenala berjalan kaki sejauh lebih kurang 900 meter kot melalui jalan berbukit.. Sediakan air yang secukupnya okesss.. After berjalan 900 meter, terdapat rest area. Dan dari rest area tu plak, kenala mendaki sejauh 500 meter lagi untuk sampai ke Canopy Walkway check-in counter. Kat sini petugas FRIM akan memeriksa tiket.
Bayaran untuk merasai pengalaman Canopy Walkway ni adalah sebanyak RM5.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak bawah 12tahun. (Kena tunjuk IC untuk dapat special discount warganegara Malaysia. If tak, FRIM akan cas RM10.00)
Bayaran masuk ke FRIM pula sebanyak RM6.00 bagi sebuah kenderaan.