BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT - ANOTHER BAD PLACE TO VISIT

Okey...our original plan to have family vacation in Hatyai or somewhere else in Thailand, but last minute tukar ke Bukit Merah Laketown Resort. Dont know why last minute change - maybe sebab we all takut musim hujan kat Thailand maybe sebab ni end of December, selalunya musim hujan.

Ok, dipendekkan cerita..we drove from Kuala Lumpur to Bukit Merah - lebeh kurang 4 jam! Wow..kali ni memang agak lambat sebab jalan jem nak mampos...standardla musim cuti sekolah dan kena plak ngan orang ramai nak balik kampung sempena cuti Krismas, so memang jemmmm gila babas...hahaha

Ohhh..ni kalau tak silap, kali ketiga we all datang Bukit Merah Laketown Resort.

Sampai jer, we all check in kat Suria Apartment. Fuhh..apartment ni punya lif punyala teruk! Liftnya super duper slow, dahla musim orang ramai, lif plak slow...so bleh imagine la kan how the situation is. Awal-awal lagi mood dah spoil dengan apartment punya service. So if nak datang gak sini, better cari penginapan yang lain la kot.

Ok..as plan, jam 9.30 pagi keesokkannya, we all dah tercongok kat depan kaunter ticket Bukit Merah Laketown. So drive dari Suria Apartment ke resort ni takderla jauh sangat, dekattt je...tak sampai 5 minute dah sampai. Parking rate - RM3. So kalau datang awal, dapatla park dekat ngan main entrance, lau tak..memang kena park agak jauh la...


BURPS & GIGGLES - A VINTAGE CAFE!

Again ke Ipoh kali ni sebab nak lepak kat hipster cafe. As usual drive ke Ipoh amik masa lebih kurang 2 jam kot. So this time plan nak lunch kat salah satu hipster cafe yang agak famous kat sini.


Destinasi kali ni, lepak di Burps & Giggles Cafe. So for info, cafe ni memang agak terkenal dan agak top among pengunjung-pengunjung hipster cafe di Malaysia.

Burps & Giggles cafe ni terletak di Jalan Sultan Yusuff Ipoh. Just google je or for direction, just guna Waze, sure akan keluar. Burps & Giggles ni terletak berhampiran dengan Plan B cafe dan lokasinya memang antara tempat unik yang sentiasa penuh dikunjungi orang ramai!






Ok..first time masuk, memang mata akan terpegun dengan keunikan tatahias serta susun-atur barangan dalam cafe ni. Frankly, ni merupakan salah satu cafe hipster yang paling awesome yang penah we all lepak. Hiasannya memang vintage habis.

RIMBA & RUSA CAFE - IT'S A SUPRISE PARTY!

Wallaaaa...since we all terlepas date December 19th, so a week later...our best friends - two of them dah berpakat senyap-senyap with me to do suprise party untuk my wife!

So tempat yang we all pilih adalah di Rimba & Rusa cafe yang lokasinya di Kota Damansara. Tak susah untuk ke sini, guna je Waze dan taip Rimba & Rusa...sure jumpa! Cafe ni terletak didalam bangunan Sunway Nexis, masuk je dari main entrance...terus boleh nampak this cafe.


So, as per plan...we meet up there sharp at 8.00PM. Meja pun dah ready dengan belon dan kek..hehehe thanks friends for this table make-up...its cute!

Ok..Rimba & Rusa ni bolehlah dikategorikan sebagai light hipters cafe. Hiasan dalamannya agak ringkas tapi menarik. Makanannya pun agak sedap dan pelbagai.


Nak tahu menu apa, just go to their Facebook lahhh - https://www.facebook.com/rimbarusa/timeline

So..xder apa nak story..just tengok jer la this photos okey! Chills!







RAYANI AIR - ANOTHER OPTION TO FLY!

Hooolaaa..now satu lagi airlines mula beroperasi di Malaysia - Rayani Air. Meaning that satu lagi option airlines untuk kita fly dalam Malaysia selain MAS, AirAsia, Malindo Airlines.



Untuk permulaan operasi, this Rayani Air hanya mensasarkan Kota Kinabalu, Langkawi, Kota Bharu dan Kuching sebagai destinasi terbang. Ok la tu, maybe dalam setahun dua meraka akan tambah lokasi penerbangan mereka. At least we have another choice to choose!

Ohh..Rayani Air menggunakan fleet Boeing 737-400

Ok, apa kelebihan Rayani Air ni? Dalam website dan Facebook mereka, mereka mengatakan:

"Pematuhan Syariah - Anak-anak kapal Rayani Air diwajibkan berhijab dan berpakaian menutup aurat bagi mereka yang beragama islam dan bagi mereka yang bukan beragama islam diwajibkan berpakaian sopan berserta bacaan doa sebelum memulakan penerbangan. RayaniAir merupakan Syarikat Penerbangan pertama mengikut Syariah Islam di Malaysia".



Meaning all their flight crews berhijab bagi perempuan. Bagusla...at least ini satu kelainan bagi local airlines di Malaysia ni.

Selain tu, Rayani Air juga menawarkan:

i.  Tiada cas untuk penukaran tarikh (T&C Applied)
ii.  Free Baggage 20kg untuk Economy Class, 40kg untuk Bussiness Class
iii. HIdangan Percuma! (maybe light foods)



So i think this is a very good start for new airlines Rayani Air. Hope lepas ni dorang bleh maintain all those offers and yet will upgrade dorang punya fly destination! 

SUNWAY LAGOON

School Holiday! Yeahhh.. kids memang akan seronok biler dah sampai musim cuti sekolah. Parents plak sure pecah kepala memikirkan mana nak bawak dorang ni jalan-jalan. So luckily my company kasik free tokens untuk staff - entrance ticket Sunway Lagoon untuk whole family! Yeahhh...!
So kalau tak silap, ni kali ke-4 we all lepak Sunway Lagoon. Last visit rasanya a few years ago.


Seb baik ada company dah cover all entrance cost untuk Sunway Lagoon ni utk staff kesayangan dorang, lau tak mau dekat seribu habis untuk entrance ticket! Normally entrance ticket untuk masuk kalau beli kat kaunter:

Adult (12 years above) - RM150
Kids (11 years below) - RM120
Senior Citizen - RM120

But...if beli secara online, lagik murah. - (http://www.sunwaylagoon.com/)

Adult (12 years above) - RM108
Kids (11 years below) - RM81
Senior Citizen - RM81

IPOH HIPSTER CAFE

Okey...frankly Ipoh memang banyak giler cafe-cafe ala-ala hipster. Kemunculan cafe-cafe ni seperti cendawan selepas hujan! Tabik geng-geng Ipoh sebab banyak cafe-cafe yang menarik serta berkonsep.


So dah alang-alang jejakkan kaki kat Ipoh, aku serta geng-geng cuba menjejaki cafe-cafe yang menarik ni berdasarkan carian google. So berdasarkan penceritaan mulut ke mulut (mouth to mouth) serta google, ada 2 cafe yang agak glamour dan terletak bersebelahan di bandar Ipoh. So waze menunjukkan arah ke cafe-cafe tersebut - carik Jalan Panglima, Ipoh.

Wow...sesampai je area tu, memang ramai gila manusia. Nak park pun susah! Nasib baik ternampak satu kawasan parking berbayar yang masih kosong. So terus we all park our car kat sana dengan bayaran RM3 jerk. Dapat plak park bawah bumbung, so my car takder la panas :)

After park, terus redah area ni. Ramai giler orang. Kat sini terletak 2 cafe yang we all carik iaitu Cafe 'Burps and Giggles' dan juga cafe 'Plan B'. Serius, dua dua cafe ni memang ramai orang. Memula we all redah masuk Cafe  Burps and Giggles, memang cun giler dekorasi dalamannya. Kebanyakannya cafe ni menekankan konsep vintage...memang cun! Tengok je la gambar-gambar kat bawah okes.







Since cafe ni agak ramai orang, so we all move ke cafe bersebelahan - Plan B cafe. Tempat ni jugak cunnnn dan smart. Susunhias agak simple tapi amat menarik! So we decide untuk lepak pekena coffee kat sini. Makanan agak mahal, standardla lepak cafe tapi agak murah jika nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur.







So apa yang menarik area ni? Banyak kedai-kedai lama yang telah diubah suai dari bangunan lama yang usang tapi mereka masing mengekalkan structure asal bangunan tersebut. Itu yang menyebabkan kawasan ni agak cantik dan menjadi tarikan pengunjung dari Ipoh dan juga luar Ipoh.




Kebanyakan mereka hanya bergambar di kawasan ni kerana bangunan bangunan lama yang klasik dan menarik. Suprisely, bukan hanya orang muda je yang melepak sambil bergambar tapi majoriti yang datang lepak area ni kebanyakkannya yang telah berusia!




JOM LAYAN ATV!

Hahhh...kali ni nak cerita about 'All Terrain Vehicle', ataupun kerap dipanggil dengan nama ATV. So weekend lepas sempat la jugak merasa naik benda alah ATV nih. Memang dah plan agak lama but masa yang agak busy selalu membantutkan plan ni.

So atas pengalaman member baik yang dah pergi ke sini, so without any booking, terus we all satu family bertolak ke Janda Baik, Pahang. Btw, malam sebelumnya dah pun ber-sms dan ber-text text dengan owner kawasan ni. Pagi ahad time nak pergi tetiber hujan turun dengan agak lebat, so terus sms owner tu dan tanya samada ATV still on or tak on if cuaca hujan, so dia reply ATV still 'ON' walaupun hujan! Yeahhh... 8.30AM terus we all gerak ke Janda Baik. Hujan pun dah stop..elok sangat la nihh.. Dalam 50 minit, we all jejak gak ke kawasan tujuan. Plan asal nak start main ATV jam 10.00AM, tersampai awal la plak.

Ok..nak intro sket pasal tempat ni. Tempat we all nak layan ATV ni berpusat di Chalet Mama Papa, Janda Baik. Senang je nak sampai ke tempat ni, carik je kat Waze! So brother yang layan we all bernama Mr Nan, dan beliau menyambut we all dengan muka yang ceria! Sesampai disana, terus dilayan we all dengan mesra. Beliau bercerita serba sedikit pasal chalet and ATV ni.


Without any delay, sebelum we all dibenarkan handle ATV ni, Mr.Nan mewajibkan we all untuk 'ambik lesen' dulu...mean we all kena training sket how to handle this ATV. Tempat training ialah disekitar chalet ni. Sebelum tu Mr.Nan explain sket cara nak operate ATV nih. Perghh..memula bawak ATV ni memang sangat kekok! Thats why Mr Nan soh training dulu sebelum memulakan adventure..hehhee..


So after dah ok sket handling, the tour begin! Oppss..lupa, kat sini ada 2 jenis package la untuk layan ATV ni:

i.  RM30.00 (per-ATV) - Handling ATV 3 pusingan dalam kawasan chalet.
ii. RM60.00 (per-ATV) - Handling ATV di trek luar bersama guide selama 45min - 1jam.

So we all decide amik yang RM60.00 tu. So tanpa buang masa, Mr Nan terus guide we all ride ATV keluar dari kawasan chalet ni. Muka masing-masing agak panic pada mulanya sebab masih kekok dengan ATV ni, tapi we all layannnn je la..hehehe



So perjalanan bermula di atas tanah berselut sekitar chalet (selut sbb hujan), terus masuk ke laluan utama jalan ber-tar. Then masuk pula off-road melalui jambatan kecik. Sungai dibawah tu agak deras kerana baru lepas hujan lebat kot. So laluan kali ni melalui private property. Laluan agak senang tapi agak licin.

Laluan seterusnya melalui jalan berbatu kerikil yang sempit dan agak berbukit. Kat sinilah we all hampir-hampir terbabas sebab panik terlebih laju...hahaha! So laluan kali ni melalui kebun kebun sayur penduduk tempatan.

Selepas itu, we all terpaksa handle ATV ni melalui sebatang anak sungai kecik. Hahaha..yang ni memula agak panik, tapi we all redah jugak. At last we all sampai ke tempat untuk u-turn, kat sini la last trip we all. So we all off engine ATV tu then lepak sambil minum air...dahaga wehhh!

After 10 minutes lebeh kurang, sampailah masa untuk we all patah balik ke starting point tadik. Kali ni we all handle ATV ni dengan agak confident sket, wife and anak anak laju je bawak ATV ni, memula tadik memang takot dan kekok sebab still baru...hahahhaa..

So..total perjalan pergi balik, lebeh kurang dalam 1 jam 20 minit! Memang berbaloi! We all satu family pun agak happy dengan this new ATV experience. Okessss..later bleh datang lagik!

So sesaper nak merasai pengalaman bawak ATV ni, bleh la contact:

Chalet Papa Mama,
Lorong Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, Pahang DM.
FB: https://www.facebook.com/chaletMamaPapa/
Mr.Nan - 0192692862

Ohh..selain ATV, korang jugak boleh bermalam di chalet-chalet yang disediakan disini. Ada type Standard Chalet, Family Chalet dan VIP Chalet dengan harga yang amat reasonable. Yang best, kat belakang chalet ni ada jeram/sungai kecil untuk anda mandi-manda! Sejukkk air kat sini.

PREVIOUS HOT!