JOM LAYAN ATV!

Hahhh...kali ni nak cerita about 'All Terrain Vehicle', ataupun kerap dipanggil dengan nama ATV. So weekend lepas sempat la jugak merasa naik benda alah ATV nih. Memang dah plan agak lama but masa yang agak busy selalu membantutkan plan ni.

So atas pengalaman member baik yang dah pergi ke sini, so without any booking, terus we all satu family bertolak ke Janda Baik, Pahang. Btw, malam sebelumnya dah pun ber-sms dan ber-text text dengan owner kawasan ni. Pagi ahad time nak pergi tetiber hujan turun dengan agak lebat, so terus sms owner tu dan tanya samada ATV still on or tak on if cuaca hujan, so dia reply ATV still 'ON' walaupun hujan! Yeahhh... 8.30AM terus we all gerak ke Janda Baik. Hujan pun dah stop..elok sangat la nihh.. Dalam 50 minit, we all jejak gak ke kawasan tujuan. Plan asal nak start main ATV jam 10.00AM, tersampai awal la plak.

Ok..nak intro sket pasal tempat ni. Tempat we all nak layan ATV ni berpusat di Chalet Mama Papa, Janda Baik. Senang je nak sampai ke tempat ni, carik je kat Waze! So brother yang layan we all bernama Mr Nan, dan beliau menyambut we all dengan muka yang ceria! Sesampai disana, terus dilayan we all dengan mesra. Beliau bercerita serba sedikit pasal chalet and ATV ni.


Without any delay, sebelum we all dibenarkan handle ATV ni, Mr.Nan mewajibkan we all untuk 'ambik lesen' dulu...mean we all kena training sket how to handle this ATV. Tempat training ialah disekitar chalet ni. Sebelum tu Mr.Nan explain sket cara nak operate ATV nih. Perghh..memula bawak ATV ni memang sangat kekok! Thats why Mr Nan soh training dulu sebelum memulakan adventure..hehhee..


So after dah ok sket handling, the tour begin! Oppss..lupa, kat sini ada 2 jenis package la untuk layan ATV ni:

i.  RM30.00 (per-ATV) - Handling ATV 3 pusingan dalam kawasan chalet.
ii. RM60.00 (per-ATV) - Handling ATV di trek luar bersama guide selama 45min - 1jam.

So we all decide amik yang RM60.00 tu. So tanpa buang masa, Mr Nan terus guide we all ride ATV keluar dari kawasan chalet ni. Muka masing-masing agak panic pada mulanya sebab masih kekok dengan ATV ni, tapi we all layannnn je la..hehehe



So perjalanan bermula di atas tanah berselut sekitar chalet (selut sbb hujan), terus masuk ke laluan utama jalan ber-tar. Then masuk pula off-road melalui jambatan kecik. Sungai dibawah tu agak deras kerana baru lepas hujan lebat kot. So laluan kali ni melalui private property. Laluan agak senang tapi agak licin.

Laluan seterusnya melalui jalan berbatu kerikil yang sempit dan agak berbukit. Kat sinilah we all hampir-hampir terbabas sebab panik terlebih laju...hahaha! So laluan kali ni melalui kebun kebun sayur penduduk tempatan.

Selepas itu, we all terpaksa handle ATV ni melalui sebatang anak sungai kecik. Hahaha..yang ni memula agak panik, tapi we all redah jugak. At last we all sampai ke tempat untuk u-turn, kat sini la last trip we all. So we all off engine ATV tu then lepak sambil minum air...dahaga wehhh!

After 10 minutes lebeh kurang, sampailah masa untuk we all patah balik ke starting point tadik. Kali ni we all handle ATV ni dengan agak confident sket, wife and anak anak laju je bawak ATV ni, memula tadik memang takot dan kekok sebab still baru...hahahhaa..

So..total perjalan pergi balik, lebeh kurang dalam 1 jam 20 minit! Memang berbaloi! We all satu family pun agak happy dengan this new ATV experience. Okessss..later bleh datang lagik!

So sesaper nak merasai pengalaman bawak ATV ni, bleh la contact:

Chalet Papa Mama,
Lorong Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, Pahang DM.
FB: https://www.facebook.com/chaletMamaPapa/
Mr.Nan - 0192692862

Ohh..selain ATV, korang jugak boleh bermalam di chalet-chalet yang disediakan disini. Ada type Standard Chalet, Family Chalet dan VIP Chalet dengan harga yang amat reasonable. Yang best, kat belakang chalet ni ada jeram/sungai kecil untuk anda mandi-manda! Sejukkk air kat sini.

GOPRO - 360º SELFIE VIDEO

Okesss...maybe korang pernah terpikir untuk do some 360º SELFIE VIDEO ngan camera korang during travel. Or maybe gak korang tak pernah terpikir pun. But trust me, if korang ada small camera or compact camera, its worth if korang wat some 360º selfie ngan camera korang.

So apa tu 360º selfie?? Dengan bahasa senang, kira korang shoot video korang, anak2 korang or family korang dengan membuat satu pusingan 360º. Selalunya camera tu taruk kat monopod or camera pole.

Selalunya kalau aku teringat or tak bz jaga kids, memang aku akan buat this 360º video selfie ni. Then after dah banyak lokasi yang korang shoot video 360º ni, pastu korang bleh la edit video ni - cantumkan semua 360º selfie video ni dalam satu video.


TIPS UNTUK FAMILY & KIDS TRIP

Tadaaa...sesekali memang seronok bila plan untuk travel ngan family. Family kat sini bermaksud satu family + anak-anak. Maybe sometime kena travel ngan our wife/hubby BUT sesekali kena gak bawak semua anak-anak kita untuk terbang melancong ke sana-sini.

GOPRO - TIPS SEMASA TRAVEL

Haaa..dalam entri sebelum ni, ramai yang private message tanya apa tips yang boleh dishare semasa travel. I mean mengenai GoPro la. Ramai yang ada GoPro, tapi tak ramai yang tahu tips tips yang patot korang amalkan semasa menggunakan GoPro ni semasa travel or semasa melakukan apa-apa activiti pun.

Ok..selain dari pembacaan di internet, aku juga share serba sedikit tips menggunakan GoPro berdasarkan pengalaman sendiri ketika travel. Ok...jom mula!

Tips 1: PENJIMATAN BATERI
Ini adalah benda paling kritikal semasa korang sedang travel. Frankly, satu bateri GoPro memang tak mencukupi. GoPro camera memangla kecik..but kalau tak kena gaya, bateri memang cepat habis! So tips dia - sila off benda-benda yang tak patot di ON. Contohnya OFF la WiFi tu kalau tak guna. Bunyik GoPro yang klik-klik masa snap pun boleh di OFF. Begitu juga lampu merah yang kelip-kelip kat depan tu...pun ada function OFF. So benda-benda kecik ni la yang kadang2 buat bateri cepat habis. Kalau terer, LCD (GoPro 4 Silver) pun xyah la ON.


And...yang paling penting, cuba la beli satu lagi spare bateri. Sayang sangat kalau kita tengah travel, tetibe bateri kong....sangat merugikan! So aku memang ada 4 bateri dar jenis Smartee, harga takla mahal sangat. And yang penting, charge semua bateri tu waktu malam, senang sok pagi bleh kluar terus jalan-jalan....

Tips 2: FOGGING
Huh..benda ni memang sesekali muncul especially kalau kita amik gambar or video dalam air. Selalunya macam ada kelihatan kabus didepan lens (masa ni dalam underwater case). Memang spoil kalau ada fog tu.. So caranya, janganla kedekut beli anti-fog punya inserter. Kalau brand GoPro, dia panggil 'Anti Fog Insert".  Tak tahu apa benda alah tu? Cer google la okesss..hehehe. Benda ni slalu kita selit dalam GoPro underwater casing. Benda ni la yang akan serap kabus/fog kluar dari casing... Fog ni terjadik sebab kesan bateri yang panas.



Tips 3: KETATKAN  CASING
GoPro ni mahal derrrr...so please jaga benda alah ni betol-betol. Dah la beli dekat 2K, takkan nak jaga pun malas. Slalunya mistake yang kerap adalah - korang x lock casing betol-betol. Tak kiranya standard casing or underwater casing. Tengah syok2 record, tetibe casing terbukak...huh...memang kompem terjatuh GoPro tu! So please double check, especially bila nak berendam bersama GoPro.


Tips 4: TITISAN AIR
Ok..pernah tengah shoot dalam air or kat luar, tetibe ada macam titisan air melekat kat depan lens? Huh...senang je...jilatttt dan jilattt! Nampak macam jijik, tapi tu la petua yang paling mudah dan cepat! Tak caya? Try la nanti...hehehhe.



Tips 5: POLE
GoPro boleh beli...takkan pole tak bleh invest sikit...hehehhe. Please amalkan bawak pole. Tak kiralah apa jenis or apa brand. Kalau aku, aku selalu bawak 2 jenis pole. Satu dari jenis 'Tri-Way Pole' dan satu lagik jenis 'Mini-Tripod' punya pole. Why kena ada pole? Senang nanti nak record video or snap gambar sekiranya kita travel sorang-sorang. What if kalau ada kawan? Hehe..jgn trust kawan sebab banyak kali dah kawan2 aku pakai main snappp je..senget benget semua gambar. So better kita ada mini tripod sendiri..so kita bleh adjust lawa-lawa angle mana yang kita suka.


Tips 6: ANGLE
Ni pun ada efek besar pada gambar nanti. Cubalah try angle angle yang lain dari yang lain. Kerana gambar dari angle lain dari yang lainla yang buatkan gambar kita jadi hebatttt! Cer snap dari low angle or dari angle atas... Cuba snap or shot video dari pelbagai angle yang berlainan. Sure salah satu angle tu akan beri gambar yang awesome! Try okeeeyy...trust me!

PASSPORT HILANG DURING TRAVEL?

Fuhh...berat kes ni if time travel oversea, tetiber passport hilang! Memang panic la if tak tahu cara nak solve. But if tahu cara, benda ni boleh jer disettle..



Ok..imagine tengah dok syok syok makan angin kat Bali ke, London ke, kat mana-mana ke, tetiber passport kita hilang. Misplace? Terjatuh? Dicuri? Kompem dada dup dap dup dap! Camner nak balik Malaysia if passport takder? Takkan nak terkandas kat sana...fuhhh gerunnyaaa...

Hurmm.. so if passport tetiber hilang, jangan over panik. Ada je caranya. So usah bimbang okes...

Step 1: REPORT POLIS
Haa..apa lagi, as usual...kalau apa sajer barang hilang, jangan pikir lama...terus jer carik balai polis yang berhampiran. Tak biasa ngan bumi asing? Apa susah??...tanya je laaaa.. Jangan bertangguh! Selain untuk report passport hilang, report polis ni jugakla yang bley membantu anda sekiranya passport anda yang hilang tu disalahguna oleh orang lain. Insurance company untuk travel pun slalunya akan mintak salinan report polis ni. So, if tau je passport korang hilang, terus report!

Amalkan menyimpan salinan photostat passport okey, senang if apa-apa jadik.

Step 2: KEDUTAAN MALAYSIA
After settle report polis, terus je carik pejabat Kedutaan Malaysia kat negara yang korang lawat tu. Selalunya kalau dibandar-bandar utama, tak la susah sangat cari pejabat kedutaan. If tempat yang korang lawat tu jauhhhhh ke ceruk-ceruk, meaning kenala patah balik ke bandar yang ada pejabat kedutaan!...

Amalkan menyimpan senarai nombor kecemasan serta alamat kedutaan di negara mana yang korang nak pergi. Save siap2 dalam buku or dalam handphone. Senang nanti!

Step 3: SIJIL PASSPORT SEMENTARA
Hurmm..sijil ni hanya dikeluarkan untuk semata-mata korang balik Malaysia je..its a one way ticket! Meaning dengan sijil sementara ni, korang bley la balik Malaysia. Ingat! sampai Malaysia kena apply balik passport yang hilang tu!

So untuk mendapatkan Sijil Passport Sementara ni, kenala kasik report polis tadik,dan juga apa-apa dokumen pengenalan diri yang lain. Then kedutaan akan memberi borang untuk diisi. Pas tu, dorang akan keluarkan sijil sementara tu... legaaaaa.. hehe..

So antara Pejabat Kedutaan Malaysia dinegara yang kerap dikunjungi pelancong Malaysia: -

HIKING MISTAKE!

Ok...since aku pun sangat minat dengan aktiviti hiking dalam hutan ni (hiking tau, not climbing!), there are several mistakes yang selalu orang buat. Ni pun berdasarkan pengalaman sendiri la. Normally yang suka hiking ni terdiri dari jenis yang memang suka hiking and satu lagi jenis member hiking, dia follow. Tak kesahla dari kategori mana pun, but still ada yang tak aware pasal kesilapan-kesilapan kecik semasa aktiviti hiking.



Jom start!

Hiking Mistake #1
Cuaca! Alahai...sebelum keluar hiking tu, cubalah google-google cuaca tempat yang nak pergi hiking tu. If hujan, bawakla siap siap ponco ke apa ke. But if musim hujan tu, better takyahla kot nak gi hiking, nanti susah lau tergelicir ke, air sungai naik mendadak ke, tanah runtuh ke...

But if tetiber hujan lebat, kalau boleh...patah la balik, kensel jer trip tu..kot-kot hujan tu jenis tak berhenti plak, kang naya! So guys, better check location punya weather okesss..

Hiking Mistake #2
Emergency! Selalunya ramai yang amik mudah hal-hal emergency ni walaupun jarak hiking tu tak jauh sangat. So if terjadinya malapetaka, ada ke kit kecemasan? Manala tau, terlanggar duri ke, terseliuh ke.. And satu lagi, if emergency ter-stuck dalam hutan, ada bawak tak torchlight, rain gear, kompas, pisau lipat dan sumber api?? Selalunya dalam hutan, signal phone memang sangat jarang la kan. So apa langkah korang if ada emergency?


Hiking Mistake #3
Bagitau! Satu lagi yang kerap diabaikan ialah, korang tak bagitau keluarga or kawan terdekat if nak hiking ke mana-mana. Lau emergency, kan ke susah dorang nak carik. And jangan lupa bagitau biler nak start hiking and agak-agak berapa lama nak hiking. Kot la korang tersesat dalam hutan sampai seminggu, senang dorang nak report kat polis!


Hiking Mistake #4
Teamwork! Hahh..ni lagi satu. Selalunya yang hebat dan berstamina, akan terus jalan jauhhhh ke depan. Ditinggalkan kawan yang slow pase ni. So member yang slow ni makin lama makin jauh kebelakang! If ada emergency camner? So please guys...gi satu group, jalan in 1 group and balik pun in 1 group. Dont left your friend behind!

GO PRO AND TRAVEL - II

Hulaaa...kali ni nak share sikit pasal GoPro camera. As semua tahu, this is one of the best camera yang sesuai untuk di usung kesana kesini. Why? Sebab ianya ringan, compact dan senang untuk handle.


Broga Hill


So oleh sebab inilah, ramai yang kini bertukar dari DSLR ke GoPro semasa keluar travel or ketika melakukan aktiviti lasak...sebab senang nak handle dan ringan! Tak terkecuali gak aku, memang akan usung GoPro ni kemana saja ketika travel. Dulu bawak DSLR merata ketika travel sampai lenguh bahu..hehe.

So entry kali ni just nak share a few photos yang aku snap using GoPro...enjoy my GoPro photos!

GoPro Series 2


Putrajaya

One Utama

Bukit Kutu

FRIM

Kuching, Sarawak

Malaysia Airlines

Tugu Negara, Kuala Lumpur

TUDM, Sg Besi

PREVIOUS HOT!