GOPRO - TIPS SEMASA TRAVEL

Haaa..dalam entri sebelum ni, ramai yang private message tanya apa tips yang boleh dishare semasa travel. I mean mengenai GoPro la. Ramai yang ada GoPro, tapi tak ramai yang tahu tips tips yang patot korang amalkan semasa menggunakan GoPro ni semasa travel or semasa melakukan apa-apa activiti pun.

Ok..selain dari pembacaan di internet, aku juga share serba sedikit tips menggunakan GoPro berdasarkan pengalaman sendiri ketika travel. Ok...jom mula!

Tips 1: PENJIMATAN BATERI
Ini adalah benda paling kritikal semasa korang sedang travel. Frankly, satu bateri GoPro memang tak mencukupi. GoPro camera memangla kecik..but kalau tak kena gaya, bateri memang cepat habis! So tips dia - sila off benda-benda yang tak patot di ON. Contohnya OFF la WiFi tu kalau tak guna. Bunyik GoPro yang klik-klik masa snap pun boleh di OFF. Begitu juga lampu merah yang kelip-kelip kat depan tu...pun ada function OFF. So benda-benda kecik ni la yang kadang2 buat bateri cepat habis. Kalau terer, LCD (GoPro 4 Silver) pun xyah la ON.


And...yang paling penting, cuba la beli satu lagi spare bateri. Sayang sangat kalau kita tengah travel, tetibe bateri kong....sangat merugikan! So aku memang ada 4 bateri dar jenis Smartee, harga takla mahal sangat. And yang penting, charge semua bateri tu waktu malam, senang sok pagi bleh kluar terus jalan-jalan....

Tips 2: FOGGING
Huh..benda ni memang sesekali muncul especially kalau kita amik gambar or video dalam air. Selalunya macam ada kelihatan kabus didepan lens (masa ni dalam underwater case). Memang spoil kalau ada fog tu.. So caranya, janganla kedekut beli anti-fog punya inserter. Kalau brand GoPro, dia panggil 'Anti Fog Insert".  Tak tahu apa benda alah tu? Cer google la okesss..hehehe. Benda ni slalu kita selit dalam GoPro underwater casing. Benda ni la yang akan serap kabus/fog kluar dari casing... Fog ni terjadik sebab kesan bateri yang panas.



Tips 3: KETATKAN  CASING
GoPro ni mahal derrrr...so please jaga benda alah ni betol-betol. Dah la beli dekat 2K, takkan nak jaga pun malas. Slalunya mistake yang kerap adalah - korang x lock casing betol-betol. Tak kiranya standard casing or underwater casing. Tengah syok2 record, tetibe casing terbukak...huh...memang kompem terjatuh GoPro tu! So please double check, especially bila nak berendam bersama GoPro.


Tips 4: TITISAN AIR
Ok..pernah tengah shoot dalam air or kat luar, tetibe ada macam titisan air melekat kat depan lens? Huh...senang je...jilatttt dan jilattt! Nampak macam jijik, tapi tu la petua yang paling mudah dan cepat! Tak caya? Try la nanti...hehehhe.



Tips 5: POLE
GoPro boleh beli...takkan pole tak bleh invest sikit...hehehhe. Please amalkan bawak pole. Tak kiralah apa jenis or apa brand. Kalau aku, aku selalu bawak 2 jenis pole. Satu dari jenis 'Tri-Way Pole' dan satu lagik jenis 'Mini-Tripod' punya pole. Why kena ada pole? Senang nanti nak record video or snap gambar sekiranya kita travel sorang-sorang. What if kalau ada kawan? Hehe..jgn trust kawan sebab banyak kali dah kawan2 aku pakai main snappp je..senget benget semua gambar. So better kita ada mini tripod sendiri..so kita bleh adjust lawa-lawa angle mana yang kita suka.


Tips 6: ANGLE
Ni pun ada efek besar pada gambar nanti. Cubalah try angle angle yang lain dari yang lain. Kerana gambar dari angle lain dari yang lainla yang buatkan gambar kita jadi hebatttt! Cer snap dari low angle or dari angle atas... Cuba snap or shot video dari pelbagai angle yang berlainan. Sure salah satu angle tu akan beri gambar yang awesome! Try okeeeyy...trust me!




Tips 7: MEMORY CARD
Janganlah kedekut untuk beli card yang hebat. Kalau boleh semasa travel, amalkan membawa 2 memory cards. Slalunya aku akan bring along 2 memory cards - 64GB x 2 keping . Jangan lupa, CLASS 10 punya memory card, jangan memandai beli yang lain plak!  Senang, nak shoot braper banyak video pun bley confident. Andainya ada satu card, kalaula card tu tetiber hang ke..sangkut ke..dah tak pasai-pasai kelam kabut nak gi carik kedai jual memory card. Spoillll...

Tips 8: JAGA GO-PRO!
Dah beli mahal-mahal tu, please laaaa jaga GoPro tuuu... jangan main campak je dalam bag after guna. Try la lap-lap sikit kot kot terbasah ke apa ke masa keluar jalan-jalan tu. Kang kalu lembab, sure akan ada fungus kat dalam lens tu....dahhhh rosak lens tu kang. Cer carik budget sket untuk beli bag untuk simpan GoPro tu... bag kecik pun ok janji bleh simpan GoPro tu elok-elok.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
Friday, November 20, 2015 delete

Haven't got a chance to buy one yet. Tapi next wishlist mmg nak beli satu. Thanks for the tips anyway. Gigih baca satu2. Btw, suprisingly nak hilang titisan air tue jilat je ek?

Zara AB
zaraab.wordpress.com

Reply
avatar
Friday, November 20, 2015 delete

Hahaha...Yes, normally jilat je can solve those water drop. btw, thanx for visiting my humble blog.. Better get your own GoPro later, easily can fix inside your pocket during travel!

kipidap for zaraab.wordpress.com , just visit just now...nice blog anyway!

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!