JOM LAYAN ATV!

Hahhh...kali ni nak cerita about 'All Terrain Vehicle', ataupun kerap dipanggil dengan nama ATV. So weekend lepas sempat la jugak merasa naik benda alah ATV nih. Memang dah plan agak lama but masa yang agak busy selalu membantutkan plan ni.

So atas pengalaman member baik yang dah pergi ke sini, so without any booking, terus we all satu family bertolak ke Janda Baik, Pahang. Btw, malam sebelumnya dah pun ber-sms dan ber-text text dengan owner kawasan ni. Pagi ahad time nak pergi tetiber hujan turun dengan agak lebat, so terus sms owner tu dan tanya samada ATV still on or tak on if cuaca hujan, so dia reply ATV still 'ON' walaupun hujan! Yeahhh... 8.30AM terus we all gerak ke Janda Baik. Hujan pun dah stop..elok sangat la nihh.. Dalam 50 minit, we all jejak gak ke kawasan tujuan. Plan asal nak start main ATV jam 10.00AM, tersampai awal la plak.

Ok..nak intro sket pasal tempat ni. Tempat we all nak layan ATV ni berpusat di Chalet Mama Papa, Janda Baik. Senang je nak sampai ke tempat ni, carik je kat Waze! So brother yang layan we all bernama Mr Nan, dan beliau menyambut we all dengan muka yang ceria! Sesampai disana, terus dilayan we all dengan mesra. Beliau bercerita serba sedikit pasal chalet and ATV ni.


Without any delay, sebelum we all dibenarkan handle ATV ni, Mr.Nan mewajibkan we all untuk 'ambik lesen' dulu...mean we all kena training sket how to handle this ATV. Tempat training ialah disekitar chalet ni. Sebelum tu Mr.Nan explain sket cara nak operate ATV nih. Perghh..memula bawak ATV ni memang sangat kekok! Thats why Mr Nan soh training dulu sebelum memulakan adventure..hehhee..


So after dah ok sket handling, the tour begin! Oppss..lupa, kat sini ada 2 jenis package la untuk layan ATV ni:

i.  RM30.00 (per-ATV) - Handling ATV 3 pusingan dalam kawasan chalet.
ii. RM60.00 (per-ATV) - Handling ATV di trek luar bersama guide selama 45min - 1jam.

So we all decide amik yang RM60.00 tu. So tanpa buang masa, Mr Nan terus guide we all ride ATV keluar dari kawasan chalet ni. Muka masing-masing agak panic pada mulanya sebab masih kekok dengan ATV ni, tapi we all layannnn je la..hehehe



So perjalanan bermula di atas tanah berselut sekitar chalet (selut sbb hujan), terus masuk ke laluan utama jalan ber-tar. Then masuk pula off-road melalui jambatan kecik. Sungai dibawah tu agak deras kerana baru lepas hujan lebat kot. So laluan kali ni melalui private property. Laluan agak senang tapi agak licin.

Laluan seterusnya melalui jalan berbatu kerikil yang sempit dan agak berbukit. Kat sinilah we all hampir-hampir terbabas sebab panik terlebih laju...hahaha! So laluan kali ni melalui kebun kebun sayur penduduk tempatan.

Selepas itu, we all terpaksa handle ATV ni melalui sebatang anak sungai kecik. Hahaha..yang ni memula agak panik, tapi we all redah jugak. At last we all sampai ke tempat untuk u-turn, kat sini la last trip we all. So we all off engine ATV tu then lepak sambil minum air...dahaga wehhh!

After 10 minutes lebeh kurang, sampailah masa untuk we all patah balik ke starting point tadik. Kali ni we all handle ATV ni dengan agak confident sket, wife and anak anak laju je bawak ATV ni, memula tadik memang takot dan kekok sebab still baru...hahahhaa..

So..total perjalan pergi balik, lebeh kurang dalam 1 jam 20 minit! Memang berbaloi! We all satu family pun agak happy dengan this new ATV experience. Okessss..later bleh datang lagik!

So sesaper nak merasai pengalaman bawak ATV ni, bleh la contact:

Chalet Papa Mama,
Lorong Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, Pahang DM.
FB: https://www.facebook.com/chaletMamaPapa/
Mr.Nan - 0192692862

Ohh..selain ATV, korang jugak boleh bermalam di chalet-chalet yang disediakan disini. Ada type Standard Chalet, Family Chalet dan VIP Chalet dengan harga yang amat reasonable. Yang best, kat belakang chalet ni ada jeram/sungai kecil untuk anda mandi-manda! Sejukkk air kat sini.

Memang berbaloi sangat-sangat... ! So layan je la video we all ni kat bawah:

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!