KINABALU RETREAT

Plan asal patotnya panjat Gunung Kinabalu bersama geng-geng opis. But selepas tragedi gempa bumi yang melanda Sabah, plan naik gunung terpaksa dibatalkan kerana laluan ke puncak ditutup kepada semua pendaki after well plan selama 6 bulan sebelumnya.






























Walaupun gagal untuk mendaki, plan ke Kota Kinabalu tetap we all teruskan sebab semua benda dah dibooked termasuk tiket fligh, hotel, pengangkutan etc etc.
































So, as per plan..we all teruskan jugak perjalanan ke Kota Kinabalu. Masing masing berjumpa di KLIA untuk flight ke KK jam 8.45 malam. Tepat pada masa, flight MAS ke Kota Konabalu terbang meluncur laju ke Kota Kinabalu. Almost 3 jam, penerbangan dari KLIA ke Kota Kinabalu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu .

Muka masing2 excited walaupun penat :). Van yang ditempah sudah siap menunggu untuk mengambil we all. So Alongcan menjadi driver pertama dibumi Sabah untuk drive van tu terus ke hotel kami di bandar KK.  We all stay di Shangri-La Hotel Kota Kinabalu. Sampai-sampai je hotel, terus check-in then zzzzz sebab penat!






























Hari pertama as plan, we all pandu van yang disewa terus ke Kinabalu Park. Kira nak amik bau la sebab plan asal nak daki gunung dah takleh. So dari bandar KK ke Kinabalu Park tak berapa jauh sebenarnya. Tak terasa jauh pun sebab member-member semua sakit otak, gelak sepanjang perjalanan ke sana...hahaha. So on the way ke sana, banyak gak la stop by tepi jalan sebab nak bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu!

























































After sejam, we all singgah di Pekan Nabalu. Kira stop untuk rest la, ada gak yang amik kesempatan beli baju la, makananan la... rest kat sini almost sejam gak la. Pekan Nabalu ni kecik jer, but kedai-kedai cenderamata agak berpatutan la harganya.

So after sejam lebeh kot, we all sampai gak kat Kinabalu Park. So we park van then terus jalan ke main entrance untuk ke Gunung Kinabalu. Sedey sebab hanya dapat bergambar je depan Timpohon Gate, xper..lenkali bleh plan lagi untuk panjat Gunung Kinabalu.



























































So after puas bergambar dan amik angin gunung, we all terus drive ke Kundasang. Kali ni sebab nak tengok area penternakan lembu ala-ala New Zealand tu la. Dah alang alang dah sampai sini, apa salahnya trus gi sana. Selain lembu lembu yang besar bagak, kat sini gak korang bleh bergambar dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Memang awesome view gunung dari area ni, memang tak rugi!







Ohh...lepas boring bergambar di Kundasang, we all trus ke pendalaman lagi..kali ni ke satu lagi destinasi dalam Kinabalu Park - Kolam Air Panas. Memang syok berendam dalam cuaca sejuk kat area ni. Memang awesome...!



So..selain main area Kinabalu Park yang memang kitaorang plan dan wajib pergi, we all jugak pergi ke pulau-pulau area ni. Amik speed boat,  terus pecut ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Kira gi snorkelling kat pulau-pulau tu la.. Ni kira package snorkelling ngan makan minum sekali. Terbaekkk...!












Ohhh satu lagi destinasi we all - Rumah Terbalik. Seriusly, rumah terbalik ni biasaaaaa sgt-sgt! Tak seperti yang digembar gemburkan. Standard gila dekorasi dlm rumah terbalik ni. Bayar je mahal but nak ambik gambar dalam rumah pun xleh...hehehe. Tak guna pun nak amik gambar dalam rumah terbalik ni sebab biasa sangat-sangat! Rugi masa je datang sini - NOT RECOMMENDED!






Ooohh..on the way balik ke hotel, sempat gak stop bergambar jap di Jambatan Gantung area Tamparuli. Nampak mcm goyang je jambatan gantung ni dengan air sungai yang deras kat bawah memang agak gayat if tak biasa.





So... tu je la yang sempat we all cover time kat KK. Selebihnya we all jalan jalan area shopping complex around hotel je la. 

Nah video for this trip: 


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!