SANTAI HARLEY DAVIDSON!

Yeahh..kali ni nak cerita serba ringkas pasal trip ke Ipoh bersama my collegues dengan menggunakan Harley Davidson!



Huh..saper yang tak kenal Harley Davidson, memang pelik la kan. Ni bolehla dikategorikan sebagai motor yang berkuasa tinggi dan harganya agak mahal jugak la.

Since dah dapat peluang untuk join dorang, so memang peluang ni takkan dilepaskan :)

So we all dah set untuk berjumpa di area R&R Sungai Buloh. As plan, tepat jam 9 pagi semua riders dah tercegat di R&R tersebut.

Perjalanan ke Ipoh bermula tepat pada masanya. Lokasi pertama untuk dituju adalah restoran Nasik Ganja yang terkenal di Ipoh. Memang kena rasa sebab dengar cerita memang agak sedap dan famous!

Diringkaskan cerita, after 2 jam lebih menunggang..akhirnya we all sampai ke restoran tersebut. Perghhh...punya la ramai manusia kat sana. Semua tengah beratur untuk membeli nasik ganja.

Oleh kerana parking yang kecik dan terhad, maka berpeluhla kitaorang untuk cuba park motor-motor besar Harley ni. Jenuh tolak sana tolak sini akhirnya dapat park jugak. So apa lagi...terus ambik tempat meja kosong dan terus order. Tak sampai 5 minit, hidangan nasik ganja berada depan mata, apa lagi...terusla bedallll! Senyap suasana semasa tengah makan, sedap sangat tu!




























Each time we stop-by mana-mana R&R, sure semua orang tengok sebab bunyik motor ni memang sangat kuat! Ni plak gabungan 6-7 bijik Harley, memang semua tengok laaa sebab bising. Tak kurang jugak yang keluar untuk tengok motor ni dari dekat, ada gak yang tumpang bergambar! Hehe..




























So after makan, destinasi seterusnya ialah ronda-ronda di kampung nelayan area mana ntah...lupa!
After buang masa meronda sana-sini, secara tiba-tiba hujan lebat! Adoiii..camner nak balik ni??

Hurmmm after menunggu lama, hujan tak jugak stop...terpaksala kita orang redah gak balik Kuala Lumpur dalam hujan yang agak lebat! Nanti tengok video kat bawah ok :). Habis basah lencun seluar baju. Sejuk toksah ceritalaaa..memang sejuk ride dalam hujan. Hurmm tu la pengalaman kannn...






































So we all sampai KL lebih kurang jam 8malam. Dah gelap dan lewat sangat dah semuanya gara-gara hujan lebat tadi. Takper...biar lambat asalkan selamat!



So jom layan video plak.....


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!