TIPS UNTUK FAMILY & KIDS TRIP

Tadaaa...sesekali memang seronok bila plan untuk travel ngan family. Family kat sini bermaksud satu family + anak-anak. Maybe sometime kena travel ngan our wife/hubby BUT sesekali kena gak bawak semua anak-anak kita untuk terbang melancong ke sana-sini.



So..memang banyak beza bila travel hanya bersama wife/hubby kita, berbanding travel satu family ngan anak-anak sekali. Memang sangat berbeza! Especially tentang makanan, tempat tinggal, pengangkutan, expences, time management dan yang paling penting..tentang keseronokan maksimum bersama mereka yang tersayang!!

Jom baca tips travel bersama family berdasarkan pengalaman ni :-

TIPS 1: PLAN DESTINASI
Haahh...ni la main problem family. Dah tau nak bawak bebudak kecik, takkan nak travel ke Bali or gi tengok Candi Borobudur! Memang dorang ni takkan minat la kannnn... Kids ni bukan faham pasal benda-benda candi serta benda-benda alah ni. So biler dorang tak faham, mulala dorang boring. Bila dorang boring, sah sah la dorang akan wat hal...hehehe kan kann??? So..pls plan wisely. Kids like taman tema, kolam renang...mainan...games...hiburan! So plan la ke Disneyland ke, Universal Studio ke, bawak main kat tempat ada salji ke, tempat dorang bleh main air ke apa ke kan??? So please plan betol-betol okessss...


TIPS 2: PACK MINIMA
Rasanya takyahla nak bawak 2-3 bag yang bersaiz besar kot. Maybe ada 2-4 orang anak, but tak semestinya nak kena bawak baju or peralatan yang banyak. Nanti membebankan pulak. Trust me, tak semua pakaian yang dibawak tu kita akan pakai. So kalau boleh, pack la seminima mungkin. Later on, kita jugak yang nak mengangkat beg beg berat tu kan. Bawakla benda-benda yang perlu sahaja.
Ohhh...please bawak small backpack yang boleh kita galas ke sana-sini masa jalan jalan tu, later on senang nak isi jajan ke...chickades ke...roti ke untuk makanan bebudak tu. Or nak taruk charger hp ke, external battery charger, camera  ke apa ke...so better bawak, senang nanti.


TIPS 3: UBAT-UBATAN
Okey...ni pun antara benda yang wajib dibawa. Especially ubat-ubatan untuk anak anak kita. Maybe pertukaran cuaca semasa dinegara lain boleh menyebabkan anak2 kita tetibe demam or selsema. So, please prepare awal-awal. So xderla panik bila anak kita demam kat negara orang. And ubat untuk kita pun kena prepare siap-siap, kot kot sakit kepala plak.


TIPS 4: PENGINAPAN
Ingat...penginapan kat oversea tak sama macam di Malaysia. Kat sini bolehla check in satu bilik hotel, pdatu sumbat ramai-ramai...hehehe. So hotel-hotel kat oversea selalunya agak tegas dalam hal ini. Meaning if book hotel room untuk 2 orang, mean hanya 2 orang sahaja yang boleh masuk! So apa yang perlu dibuat?? If bawak keluarga, rasanya adalah lebih baik sekiranya korang sewa apartment. Harga sewa apartment selalunya agak murah jika dibandingkan dengan sewa bilik hotel! Tinggal di apartment juga akan memudahkan korang nak arrange family...semua dok dalam satu rumah. Selain itu, biasanya apartment diluar negara tersedia dapur serta mesin basuh, ini pasti memudahkan! Lokasi apartment plak kalau boleh, yang berdekatan dengan kawasan tempat tarikan. So, senang korang nak bawak satu family jalan-jalan. Takyah naik train or bus, just guna kaki je.


TIPS 5: MAKANAN RINGAN
Anak-anak selalunya akan cepat bosan ketika melancong. Especially bila tempat yang korang bawak tu tak menarik minat dorang. So...please standby candy ke...jajan ke...gula-gula lolipop ke, so dorang takkan bosan sangat. Just bring something untuk dorang kunyah sambil jalan jalan.

TIPS 6: JALAN KAKI
Travel yang terbaik selalunya menerusi jalan kaki! Thats why kalau korang perasan, ramai mat saleh yang datang melancong ke Malaysia selalunya kerap dan gemar berjalan kaki berbanding naik cab or bus or train. Why?? Sebab dengan cara berjalan kaki ni la, korang akan dapat lebih banyak lagi pengalaman travel. So anak-anak pun boleh rest anytime sekiranya penat. Dengan berjalan kaki, korang akan lebeh dekat dengan budaya mereka. Lebih rapat untuk melihat kedai-kedai or kawasan tumpuan. Dan korang juga bley jumpa coffee shop yang bleh anda lepak untuk berehat seketika.


TIPS 7: KASUT & PAKAIAN
Ada jugak yang masih lagik travel dengan pakaian or kasut yang tidak sesuai. Yes, maybe anda perlukan snow boot kiranya berada dikawasan salji, but please spare sepasang kasut sneakers also.
Untuk kids, better cari sneakers yang zap-on tu, yang takder tali kasut. Sebab kids ni kerap sangat terbukak tali kasut, so penat gak kena ikat tali kasut dorang each time longgar pr tercabut!

Rasanya kasut sneakers la yang agak selesa untuk berjalan. Ada juga yang still pakai kasut yang agak tinggi tumitnya, especially perempuan. Baru jalan tak sampai 2 kilometer, kaki dah penat! So please amalkan memakai sneakers, better and comfort! Begitu juga dengan baju dan seluar, semak dulu suhu negara yang korang nak lawat tu. Kesian bebudak kiranya terbawa baju yang tidak bersesuaian dengan suhu. Kalau musim panas, bawakla yang agak nipis untuk kids...and if musim sejuk..sah-sah la kena ada baju yang agak tebal! Kang mati kejung plakkk bebudak tu dek kesejukan..hehehe.

TIPS 8: MASA
Travel dengan kids and family ni memang agak kritikal dari segi masa. So please plan wisely. Kids selalunya agak liat untuk bangun dari tido, so jangan la menggatal nak beli apa-apa entrance tiket yang agak awal untuk mereka. Normally buffer time kids ni agak perlahan sedikit. Jangan paksa mereka dengan kasar kerana ini akan merosakkan mood mereka, if mood dorang rosak...dengan mood kita sekali akan spoil! Travel dengan kids memang memerlukan plan masa yang agak teliti, especially if korang ada ramai anak yang below 12 years old. Mean kiranya anda nak naik train jam 10 pagi, make sure jam 8.30 dah start gerak kerana pergerakan kita bersama anak anak mungkin akan amik masa sedikit. So better sampai awal sejam!

TIPS 9: NAP!
Ok...masalah utama bila travel with kids adalah masalah kepenatan. So selalunya amalkan keluar awal pagi untuk start ronda-ronda. Dan kiranya kawasan yang korang tuju tu berdekatan dengan penginapan, adalah sangat ok if balik sekejap semasa tengahari untuk rehatkan badan dorang. Nap dalam sejam dua adalah lebih baik dari terus terusan berjalan kerana pasti mereka akan penat! Nap juga boleh korang lakukan ketika dalam train or cab or bus. Sekejap pun xper sebab mereka pasti akan cergas balik after dapat nap walaupun sekejap. Badan pun kena recharge oiiii... :)



TIPS 10: PENERANGAN
Kebanyakan dari anak-anak kecil korang masih tak tahu kemana anda bawak mereka untuk makan angin. Mereka hanya mahukan keseronokan sahaja. So, masa ni la korang sebagai parents dorang harus bercerita serta menerangkan dengan seberapa ringkas tentang sesebuah negara yang korang lawat tu. Contohnya pasal agama, budaya dan adat adat penduduk di negara yang korang lawat tu. Jangan just travel without share your knowledge with them. Masa ni la korang kena share apa yang korang tahu pasal sesebuah tempat yang korang jalan jalan tu...okessss.

So...HAPPY HOLIDAY!!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!