TOKYO - TATEYAMA ALPHINE ROUTE

Tepat jam 11.55 malam, pesawat Malaysia Airlines meluncur laju ke bumi Jepun. Kali ini terus ke Tokyo, ibu negara Jepun yang terkenal dengan perkembangan teknologi serta kebudayaannya. Trip kali ni ke Jepun sebab nak rasa sendiri pengalaman berjalan dicelah-celah famous SNOW WALL di TATEYAMA ALPHINE ROUTE!

INFO: In 2016, the entire route is scheduled to be open from April 16 to November 30.


Bullet Train (Shinkansen), Euno Station Tokyo
Semasa penerbangan selama 7 jam, just rilex sambil tengok movie jer kat personal screen. Hampir 2 movie settled, then terus ter zzzzz.. Walaupun ada sikit air pocket, wat derk wat chill je la...
Biasala benda tu kan... hehehe jangan negative sangat dah la, nanti jadi takuttttt!


Narita International Airport, Tokyo

Early 7AM, pesawat MAS mula menerjah masuk ke ruang angkasa Narita International Airport. Masing-masing excited sebab dah penat duduk dalam flight.

Waiting for Express Train to Euno at Narita Airport Terminal 2
Suhu luar suam-suam sejuk 19º Celcius. Tak berapa sejuk and tak berapa panas. Kira ngam-ngam la untuk lepak dan jalan sana sini. So tak perlula nak bawak baju sejuk tebal-tebal, jimat ruang luggage.

Sampai je di Narita Airport (Terminal 2) , terus ambik express train ke Ueno Station. Perjalanan almost 45 minutes. Ni kira macam ERL kat Malaysia la. Kena purchase tiket through ticket machine, unless lau nak tanya apa-apa, just hala je ke info counter, ada pakcik tua jepun yang jaga. Tak sure la english ok or tak. Selalunya jepun ni agak payah sket nak cakap english. So please learn la some simple japan language. Senang nanti kat sana...hehhehe...

Euno Station Tokyo

Euno Hard Rock

Sesampai je, terus hala ke Hard Rock Euno - sempatla gak beli 3-4 helai baju untuk family..hehehe. Hard Rock ni memang berada dalam terminal Euno ni, if tak jumpa...tak tahu laaa...hehhee.

After puas lepak2 Hard Rock, terus ke terminal Shinkansen (Bullet Train) untuk ke Kurobe.
Ticket untuk kesana agak mahal la...lebeh kurang dalam RM700 return ticket.
Tunggu Shinkansen
Yeahhh...this is my Shinkansen!
So after 15 minutes menunggu, train yang ditunggu pun tiba. Terus heret bag masuk dalam train. Jumpa seat yang dah direserved, terus je duduk and terlelap seketika sebab penat jalan jalan tadik.
Inside Shinkansen with Reserved Seat
Tandas dalam Shinkansen - Bersih & Modern!!

So perjalanan ke Kurobe mengambil masa 2 jam lebih dengan menggunakan bullet train ni. Perjalanan agak lama. So amik kesempatan la untuk record video and snap gambar apa yang ada dalam shinkansen ni.

Memang awesome la speed train ni..240KM per hour! Sgt laju! Tandas dalam train ni sungguh luas dan yang penting amat bersih, boleh tido kot dalam tandas nihhh... Semua peralatan dalam train ni agak berteknologi tinggi termasuklah dalam toilet pun. After puas meronda dalam train, akhirnya
ter zzzzzz...hehehe.



Akhirnya sampai di Kurobe Station. Lepak-lepak jap then amik train ke small city yang bernama Uozu. Dalam 15 minute je dah sampai. Terus ke satu travel info untuk dapatkan info pasal area ni. Dalam masa sama dapatlah tengok bebudak sekolah jepun baru balik dari sekolah. Comel-comel semua. Bila dekat je terus lari sebab most of them takot nak berbahasa english dengan tourist.



After settled urusan di tourism centre tadik, terus we all menapak ke hotel yang telah dibooked awal-awal. Dekat je, cuma yang melambatkan sebab tak tahu arah mana nak dituju..hehe. Terpaksalah heret bag ke sana kesini. Akhirnya sampai gak ke hotel, dekat je sebenarnya. Terus we all check in dan rest.
Our Hotel
Inside our room

Malamnya we all pusing-pusing area town ni, cuaca agak sejuk sebelah malam sebab berdekatan gunung ganang. Then gi beli makan, tapau je makanan jepun yang boleh dimakan. Takleh memilih sangat. After that terus balik bilik, kena rehat sebab sok pagi nak menjelajah ke kawasan tinggi!


Esok paginya...bangun awal untuk ke Tateyama Alphine Route. Awal-awal lagi naik train untuk ke sana sebab target nak sampai awal, so boleh la lepak lama sikit. So after breakfast di hotel, terus we all ke train station.

Untuk sampai ke Tateyama Alphine Route ni, banyak involve pelbagai pengankutan. Kena naik train..then naik shuttle bus, then naik tunnel bus..and last naik ropeway - cable car! Sebab tu la kena keluar awal sebab perjalanan agak jauh sikit. And for sure tempat ni akan ramai pelancong, so better gi awal. Nak tahu pasal Tateyama Alphine? Rujuk web official ni. So dipendekkan cerita selepas sejam lebih, akhirnya we all sampai gak ke puncak! Tengok je la gambar-gambar awesome di bawah ni. Suhu kat sini lebih kurang 5ºC - 9ºC pada masa ni la.

Train to Tateyama Station

Tateyama Station - Station utk ke Tateyama Alphine Route

Tateyama Cable Car
Tateyama Cable Car
inside Highland Bus
Highland Bus

Ropeway Tateyama

So first stop, ronda-ronda di kawasan empangan lama - Kurobe Dam. Kt sini bley tengok pemandangan yang awesome! Cuaca agak sejuk, so please standby jacket la kannn..

Kurobe Dam
Kurobe Dam

Kurobe Dam
Kurobe Dam

Almost hour kat sini, memang tak puas but kena gerak cepat-cepat sebab banyak lagi tempat nak kena pergi. Then sambung naik cable car untuk terus ke puncak. Sampai-sampai puncak...fuhhhh..memang sangat takjub dengan view gunung ganang yang diliputi salji. For info, di sini merupakan salah satu tempat di mana taburan salji paling tebal di dunia!

Untuk membolehkan bas melalui jalanraya, mereka terpaksa membelah salji. Refer video di bawah:



Selain tu, enjoy je gambar-gambarkat bawah ni:












After berjam jam kat Mount Tateyama ni, so we decide nak turun sebab dah nak petang. Takot plak train balik habis plak...hehhehe.





Sesampai je kat bawah, terus gi terkam restoran yang terdekat. Nak makan! Lapar! Memang sangat lapar...angin pun dah masuk perut wehhh... So apa yang ada, we all bedal je laa.


Pas makan terus balik hotel untuk rest. Sok pagi nak balik Tokyo! Early morning, awal-awal dah bangun...naik Shinkansen terus balik Tokyo!

Ohhh lupa...plan nak ke Tateyama?? Apa kata korang book je POCKET WIFI. Bley terus book kat Malaysia, amik pun kat Malaysia (KLCC, MidValley, KLIA) or bleh soh dorang pos jer ke umah. So sesampainya korang kat Japan..bleh terus ON dan gunaaa...yeeehaaaa....so bley share-share kos sewa wifi ni ngan kengkawan. Unlimited data plak tu kalau kat Japan!

BOOK POCKET WIFI KAT SINI

Enjoy video plak kat bawah ni okessss! :)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!