TOKYO - SKYTREE, SHIBUYA CROSSING, ASAKUSA

Ohio Gozaimas Tokyo! Cuaca yang ngam ngam dengan suhu 12ºC memang syok untuk lepak-lepak dan ronda-ronda area metrocity Tokyo! Badan pun sedap-sedap je, tak berpeluh langsung dan tak terlalu sejuk sangat.

Tokyo Skytree



























So kali ni, we all stay di Prince Hotel, Shinagawa Tokyo. Kira ni antara best hotel yang terdapat di Tokyo yang bertaraf 4 bintang. Lokasi hotel ni memang agak strategik, berdekatan dengan train station dan pelbagai kedai-kedai lain. Oleh kerana lokasi dan taraf hotel ni, maka harga pun agak mahal sikit la, namun sangat berbaloi.
































So after breakfast dihotel, terus menghala ke Tokyo Skytree. Untuk kesana, we all naik train as usual menghala ke Skytree Station menggunakan Tokyo Metro Line punya train. Depend dari mana korang datang, but kena hala ke Skytree Station. Refer sini untuk train. Senang jerk...







So sesampai je sana, terus ronda-ronda area ni sambil snap-snap la. Orang toksah cerita la, memang ramai walaupun awal pagi. Kebetulan ni hari minggu, maka ramaila yang lepak duduk minum area Skytree ni.



Untuk naik ke puncak, tiket berharga ¥2,060 boleh dibeli untuk pemandangan di Tembo Deck area. Ticket ni ada masa-masa tertentu, meaning if beli untuk naik jam 10pagi, mean jam 10pagi je boleh naik. If terlepas, nasiblaaa...hehehe

After 2 jam lebih di Tokyo Skytree, terus we all naik train untuk ke satu lagi destinasi tourist iaitu Asakusa. Asakusa ni terletak dikawasan Taito, Tokyo. Kat sini yang paling glemer adalah Sensoji yang merupakan satu temple yang terkenal. Selain tu, pelbagai kedai cenderamata juga terdapat di sini. If dah sampai tu, memang wajib beli cenderamata...rugi tak beli sebab harganya agak berpatutan.





After puas ronda-ronda, then we all singgah di satu kedai halal di Asakusa ni. Fuhh..lega dapat makan nasik ngan ayam goreng. Harga pun tak berapa mahal sangat. Nak makan, kena select makanan apa yang nak dimakan kat machine, then masukkan duit Yen secukupnya, then machine ni akan print resit. Pass je resit ni kat tukang masak. Semuanya pakai machine kat Jepun ni..hehehe...hebattt!






























After makan, terus ke satu lagi kawasan yang memang terkenal di Tokyo ni iaitu Shibuya Crossing. Syibuya crossing ni agak terkenal kerana ribuan orang akan melintas serentak pada satu satu masa. Kat sini bley tengok ramai tourist yang dok bz snap gambar dan record video. Memang ramai gila orang kat sini. So we all pun tak lepaskan peluang untuk turut sama melintas di lintasan paling sibuk didunia ni...sempat la 3-4 kali melintas sebab nak record video...hehehe.. awesome! Nanti refer video kat bawah okesss..


































So after jenuh dok melintas kat Shibuya Crossing ni...then terus balik hotel sebab dah penat dan ngantuk...hehehe.

Nah video masa in Tokyo!

 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!