IPOH HIPSTER CAFE

Okey...frankly Ipoh memang banyak giler cafe-cafe ala-ala hipster. Kemunculan cafe-cafe ni seperti cendawan selepas hujan! Tabik geng-geng Ipoh sebab banyak cafe-cafe yang menarik serta berkonsep.


So dah alang-alang jejakkan kaki kat Ipoh, aku serta geng-geng cuba menjejaki cafe-cafe yang menarik ni berdasarkan carian google. So berdasarkan penceritaan mulut ke mulut (mouth to mouth) serta google, ada 2 cafe yang agak glamour dan terletak bersebelahan di bandar Ipoh. So waze menunjukkan arah ke cafe-cafe tersebut - carik Jalan Panglima, Ipoh.

Wow...sesampai je area tu, memang ramai gila manusia. Nak park pun susah! Nasib baik ternampak satu kawasan parking berbayar yang masih kosong. So terus we all park our car kat sana dengan bayaran RM3 jerk. Dapat plak park bawah bumbung, so my car takder la panas :)

After park, terus redah area ni. Ramai giler orang. Kat sini terletak 2 cafe yang we all carik iaitu Cafe 'Burps and Giggles' dan juga cafe 'Plan B'. Serius, dua dua cafe ni memang ramai orang. Memula we all redah masuk Cafe  Burps and Giggles, memang cun giler dekorasi dalamannya. Kebanyakannya cafe ni menekankan konsep vintage...memang cun! Tengok je la gambar-gambar kat bawah okes.







Since cafe ni agak ramai orang, so we all move ke cafe bersebelahan - Plan B cafe. Tempat ni jugak cunnnn dan smart. Susunhias agak simple tapi amat menarik! So we decide untuk lepak pekena coffee kat sini. Makanan agak mahal, standardla lepak cafe tapi agak murah jika nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur.







So apa yang menarik area ni? Banyak kedai-kedai lama yang telah diubah suai dari bangunan lama yang usang tapi mereka masing mengekalkan structure asal bangunan tersebut. Itu yang menyebabkan kawasan ni agak cantik dan menjadi tarikan pengunjung dari Ipoh dan juga luar Ipoh.




Kebanyakan mereka hanya bergambar di kawasan ni kerana bangunan bangunan lama yang klasik dan menarik. Suprisely, bukan hanya orang muda je yang melepak sambil bergambar tapi majoriti yang datang lepak area ni kebanyakkannya yang telah berusia!





So apa-apa pun, kalau nak tengok something yang luar dari kebiasaan...jengok jengoklah area ni! Memang berbaloi untuk lepak di cafe sambil bergambar dengan kawan-kawan atau keluarga, memang awesome!

Antara cafe-cafe hipster yang glamour di Ipoh ialah:

1. Burps & Giggles - Jalan Sultan Yusuff, Ipoh.
2. Plan B - Jalan Panglima, Ipoh.
3. Patisserie Boutique - Jalan Sultan Yusuff, Ipoh.
4. Roquette Cafe - Jalan Sultan Yusuff, Ipoh.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!