SUNWAY LAGOON

School Holiday! Yeahhh.. kids memang akan seronok biler dah sampai musim cuti sekolah. Parents plak sure pecah kepala memikirkan mana nak bawak dorang ni jalan-jalan. So luckily my company kasik free tokens untuk staff - entrance ticket Sunway Lagoon untuk whole family! Yeahhh...!
So kalau tak silap, ni kali ke-4 we all lepak Sunway Lagoon. Last visit rasanya a few years ago.


Seb baik ada company dah cover all entrance cost untuk Sunway Lagoon ni utk staff kesayangan dorang, lau tak mau dekat seribu habis untuk entrance ticket! Normally entrance ticket untuk masuk kalau beli kat kaunter:

Adult (12 years above) - RM150
Kids (11 years below) - RM120
Senior Citizen - RM120

But...if beli secara online, lagik murah. - (http://www.sunwaylagoon.com/)

Adult (12 years above) - RM108
Kids (11 years below) - RM81
Senior Citizen - RM81



So dipendekkan cerita, we all sampai sana jam 10am. Untuk makluman, this park start bukak dari jam 10am-6pm everyday. So kira ngam-ngam je time dorang baru bukak.


After redeem ticket, terus je we all sewa pelampung untuk kegunaan kids. Pelampung ni tak la penting mana sangat pun tapi kids memang suka if ada pelampung! Opp..pelampung ni pun kena sewa okesss! - rujuk harga sewa --> http://www.sunwaylagoon.com/pricing.asp





So..as usual, memula we all carik port untuk letak beg-beg. Kalau sewa locker, memang agak mahal dan tak berbaloi kot. So since masih early morning dan orang pun tak ramai, dengan mudah we all dapat port, siap dapat port kat kerusi sandar lagik.




Then start layan kids main kat pool. There are a few pools kat sini. So pepandaila korang pilih nak mandi kat pool mana, bersesuaian ngan korang punya minat. So in mean time, temankan anak untuk main Flying Fox. Untuk ke tempat tu, we all lalu suspension bridge yang agak panjang dan tinggi. Agak menarik kerana korang bleh nampak semua view Sunway Lagoon ni diatas jambatan gantung nih.




Then we all layan la beberapa games like Paint Ball, Bungee Trampoline...etc. 2 of my kids tu memang agak lasak dan berani, so macam-macam tempat dorang try - a well known Vuvuzela, African Phytons, Cameron Climbs, Flowrider dan jugak  main kapal yang pusing 360º ke udara tu (hehe..lupa dah apa nama benda alah nih...) So memang berbaloi la bawak dorang!




Then we all layan pool yang ada wave.

Yang kecik plak dok layan games-games simple yang sesuai dengan dorang. Macam-macam dorang try, sampai nak carik dorang kat mana pun susah!






So sedar tak sedar tak jam 6 petang. Tepat jam 6 petang, staff Sunwat Lagoon dah tiup wisel untuk arahkan semua pengunjung stop dari melakukan semua activity sebab dorang tamat operasi at 6pm.


So, today merupakan hari yang amat penat - 10am to 6pm non stop main air!

Psss...bawak duit lebih sikit, makanan and minuman kat sini agak mahalll... :)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!