NEW YEAR IN BANGKOK!

Okes...1st January 2016 in Bangkok, Thailand! Hooreyyy! Bukan senang nak lepak awal tahun baru di negara luar. Luckily, aku berpeluang untuk ke sana di tahun baru. So dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS), tepat jam 12.55PM...terbang dari KLIA (KUL) ke Survanabhumi Airport (BKK) Bangkok.

So this flight amik masa lebeh kurang 2 jam untuk terbang ke Bangkok. Kali ni flight agak smooth, cuma sesekali ada sikit turbulance. Biasala tu kan. So jam 2pm landed di Bangkok. Sesampai je after that gi imgresen clearance, punyala ramai manusia yang Q sampai 8 baris! Maybe ni peak time kot. Walaupun ramai orang, system Q dorang agak cepat dan pantas, so tak sampai 15minutes, dah lepas imegresen, terus amik bag. Then terus amik limousine cab dengan harga lebeh kurang 60 ringgit.


Kat Bangkok, lepak di  hotel Avani Atrium Bangkok. So hotel ni rasanya bertaraf 4 bintang gak kot. Lobbynya agak besar dan cantik..suite bilik pun agak luas dan simple decorative. So after kasik tips sikit kat bellboy, dia angkat terus semua bag direct ke suite penginapan...hebattt betol. Semua kat sini main tips je...heh..So sila la sediakan duit kecik dalam poket korang untuk bayar tips tips dorang ni.



So destinasi pertama..tahan teksi untuk ke floating market 'Damnoen Saduak Floating Market' yang memang terkenal dikalangan pelancong yang datang ke Bangkok. Tambang teksi lebih kurang RM100 dari Bangkok ke floating market tu. Perjalanan dengan cab amik masa almost 2 jam...jauh tuhhh..sempat terlelap! Agak murah tambang cab kat sini jika nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur. 2 Jam perjalanan cuma RM100! Siap tunggu plak tu hingga habis tour kat floating market ni. So sbelum tu, kena beli tiket lebeh kurang RM70 untuk naik boat berenjin yang akan membawa kita menyusuri sungai2 kecil di area floating market ni. Ohh..dont worry pasal teksi tadi sebab dia memang akan tnggu kita habis tour!





Floating Market ni memang agak menarik. Sepanjang perjalanan dia atas boat panjang, kita dapat lihat banyak kedai-kedai cenderamata, makanan serta pelbagai lagi yang didirikan disepanjang sungai. Kalau rasa teringin nak beli, just suruh je driver boat tu stop. Tapi harga barang kat sini agak mahal sikit la...biasala kawasan pelancong sure dorang mark-up lebeh punya...hehehe

So tour atas boat ni amik masa almost 2 jam lebeh gak kot. Sesaper nak naik gajah pun ada disediakan disini dengan kadar RM50 kot rasanya. Tapi aku tak naik pun...hahaha buang duit je. So after puas tour atas boat, terus balik ke pengkalan boat yang memula naik tadi. Sesampai jer, terus carik driver cab tadi. Yesss..dia memang setia menunggu! Tu yang hebat tu..bayar RM100 jer untuk dua hala perjalanan , and siap tunggu lagi! Heybattt! So perjalanan balik ke Bangkok pun amik masa yang sama iaitu lebeh kurang 2 jam. Balik hotel terus zzzzz sebab penat.


Next day, bangun pagi-pagi and ronda-ronda area kota Bangkok ni. Memang banyak tempat massage kaki dan massage badan. Harga pun takla mahal sangat tapi x cuba pun sebab takot...hahaha.

So terus ke satu lagi kawasan menarik di Bangkok ni iaitu ke Pasar Chatuchak. Siapa yang tak kenal Chatuchak memang pelik la. Kat sini merupakan kawasan tumpuan pelancong - kawasan beli belah pelbagai barangan murah!


So untuk ke sini, naik LRT dorang...lupa dah naik kat mana and turun kat mana. Tapi bayar cuma  ringgit je, tiket beli kat ticket machine. Orang punyala ramai dalam LRT tu..penuh sendat!

Sesampainya di Chatuchak, terus ronda-ronda. Kawasan ni memang luas..boleh tersesat! So sila peratikan betol2 landmark..senang nak keluar balik if tersesat. Orang kat sini pun punyala ramaiiii giler. Pening pala dibuatnya.



Frankly, baju seluar kat sini agak murah! Kalau bawak duit lebeh, mahu seguni dah beli baju...hahahha..

So after beli serba sedikit baju-baju dan seluar, terus naik MRT pulak...balik hotel..tido! :)

Ohh lupa..if korang datang ke Bangkok, jangan lupa makan dikedai halal yang agak terkenal di Bangkok ni. Ramai pelancong Malaysia datang makan kat sini. Makanannya agak murah serta memang sedap! Nama kedai makan ni - Usman Thai Muslim Food. So kat sini dah try tomyam yang fuhhhh agak pedas dan sedapppp! Jangan lupa try makan pulut mangga okey, pun sangat laaa awesome! Makan pulut mangga je bleh kenyang perut! So selain dari kedai makanan halal, Usman Thai ni jugak menyediakan hostel yang agak selesa untuk sesiapa yang datang melancong ke Bangkok, especially yang berfamily. Biliknya agak luas (dorm) serta katil yang berkualiti hotel! Setiap katil memang disediakn personal light dan power sourse..senang korang nak charge handphone! So...kalau nak gi ke kedai Usman Thai ni, sila la check Facebook dorang untuk address - https://www.facebook.com/usmanthaimuslimfood/info/ .





Kesimpulannya...Bangkok ni agak best untuk lepak-lepak cuci mata serta untuk shopping :) So, jom layan video plak kat bawah: -

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
Sunday, February 07, 2016 delete

blog kamu best sangat
Salam kenal ...wow...bestnya klu dpt bcuti kat sini,

read balek ya lake toba tour package

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!