A WEEKEND IN BANGKOK

This time tetibe rasa nak berhari minggu di Bangkok. So without delay, terus beli tiket AirAsia untuk penerbangan ke sana! Since beli tiket pun last minute, so harganya agak mahal la sikit...hehe


As per plan, pagi-pagi buta dah drive ke KLIA2. After park my car here..terus melangkah ke terminal utama untuk drop our luggage. Orang agak ramai dan agak sibuk. Through designated boarding gate, penerbangan AirAsia ke Bangkok agak tepat pada masa yang tertulis di tiket.


After 2 jam terbang, akhirnya we all selamat mendarat di Don Mueang International Airport (DMK), Bangkok. After imigration clearance, terus amik our bags. Ohh..untuk menjimatkan kos, we all sempat beli new sim card baru yang agak murah untuk data serta internet - True Move - dengan harga RM18.00. After activate this new sim card, terus ke gate exit number 8. Untuk pengetahuan, exit gate no.8 menempatkan teksi/cab yang agak berpatutan harganya.


Perjalanan dari Don Mueang International Airport ke pusat bandar airport ambil masa less than hour dalam keadaan trafic yang sederhana, maybe boleh up to sejam lebih if dalam keadaan traffic jam. For info, Bangkok terkenal dengan situasi traffic jem yang agak berat, so pepandailah arrange time :).

Destinasi tujuan ialah hotel untuk we all tinggal - Sukhumvit Suite Hotel yang terletak di lokasi yang agak strategik di kotaraya Bangkok. Lokasi hotel ni betol-betol berdekatan dengan LBS Stesen Asok dan berhampiran dengan Terminal 21 shopping complex. So, memang lokasi hotel yang we all tinggal agak hebat sebab berdekatan dengan pelbagai shopping complex dan juga pengankutan awam.

After put our luggage, terus we all ke stesen LBS station - Asok. Kali ni we all naik train straight dari station Asok ke station Mo Chit. So sesaper nak jalan jalan kat Chatuchak Market, bley naik je LBS ni. Tambang pun murah, cuma RM4.20. Dari stesen Asok ke stesen Mo Chit, perjalanannya amik masa less than 15 minutes rasanya.


Ok...pasar Chatuchak ni memang agak famous dikalangan tourist dan juga local people. Sesaper yang datang Bangkok, tak sah if tak datang ke pasar Chatuchak ni. Pasar ni memang besar dan luas. Boleh sesat kalau sesaper yang baru first time datang. Kat sini macam-macam benda dijual as kasut, baju, seluar, hiasan rumah, makanan dan macam-macam lagik. So if plan nak datang shopping kat sini, make sure bawak matawang Baht banyak-banyak. Kalau tak cukup gak, dont worry...ada ATM machine around ni cuma kena make sure ATM card korang tu bleh wat pengeluaran oversea la kan.


Petangnya pulak, we all ronda-ronda naik LBS ke shopping-shopping complex area Bangkok ni. First lepak cuci mata kat Terminal 21. Terminal 21 shopping centre ni agak unik kerana mereka menggunakan tema airport. Banyak signage 'arrival', 'departure', 'check in' boleh dilihat disini. Tandas mereka pun mempunyai tema berbeza bagi setiap tingkat. Memang agak awesome!


Then we all ke Siam Paragon - kira macam Pavilion la kalau kat Kuala Lumpur. Barang-barang agak mahal jugakla, just boleh cuci mata je. Pas tu we all ke Siam Square - kat sini barangan agak murah dan pelbagai. After penat jalan-jalan, we all pekena pulut manga yang mmg terkenal kat Thailand ni.
After that...we all menapak ke belakang Siam Square untuk singgah ke Hard Rock Cafe Bangkok.


After penat ronda-ronda, we all balik ke stesen Asok dan terus ke Usman Thai untuk makan malam. Walaupun agak lewat, still kena singgah kat sini sebab makanannya sedapppp! So we all makan tomyam gong, ayam bakar dan sekali lagi pekena pulut mangga yang awesome!

Since perot dah kenyang, so we all dah tak larat dah untuk menapak balik ke hotel walaupun jaraknya  less than 1km - tahan teksi dan terus hantar ke hotel more better kot. Hahh..sebelum tu sempat la jugak singgah ke Soi Cowboy - salah satu kawasan red light yang glemer di sini.. hehehe blakang hotel je pun. Tak tahu apa tu Soi Cowboy? Hahaha..sila google ok.


Day two we all plan untuk shopping sket kat Terminal 21. So ada la 4-5 helai pakaian yang dirembat. Then we all layan naik Tuk-Tuk. Uncle Tuk-Tuk ni kasik special price - TB100 untuk round Bangkok! Memang agak murah tuu...mana nak dapat naik Tuk-Tuk dengan harga TB100 (RM10) kat Bangkok niiii...memang murah! So apa lagik..terus layan ronda-ronda Bangkok dengan Tuk-Tuk. Perjalanan we all lebeh kurang sejam lebih. Banyak gak la tempat yang uncle ni bawak ronda-ronda like market, kedai permata, kuil budha yang famous etc etc. After puas jalan-jalan, uncle tu siap hantar balik ke hotel we all. Heybattt!

Last Day - after packing, terus we all tahan teksi/cab untuk ke airport. Kali ni trip agak lama dan perlahan kerana agak jem. Sejam kemudian we all sampai di Don Mueang International Airport. Lepak-lepak minum jap then we all terus check in awal untuk ronda-ronda kedai tax-free sebelum boarding. Don Mueang International Airport ni tak la sebesar Suvarnabhumi Airport, so tak free shop kat sini tak semeriah main airport kot but still kita bleh shopping fragrance, chocolate, rokok dengan harga yang sama.



So kali ni AirAsia flight delay 1 hour, jenuh gak la nak menunggu. After 1 hour, akhirnya we all berlepas balik ke Kuala Lumpur. And after 2 jam dalam flight, we all selamat landed di KLIA2. Fuhh..leganya bila dan mendarat. Sampai juga di Kuala Lumpur after spend our weekend in Bangkok! Short trip but really-really awesome walaupun penat...hehehe.. So pls enjoy our video kat bawah ni okes... Next trip, Tokyo!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
Sunday, February 07, 2016 delete

best sangat kakikujalanjalan
Salam kenal ...wow...bestnya klu dpt bcuti kat sini,

read balek ya lake toba tour package

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!