WORLD'S TOP 100 AIRLINES

Korang kerap fly ke sana ke sini? Maybe korang penah fly ngan several airlines dan korang ada different experiences antara each airlines. Skytrack ada keluarkan latest ranking untuk airlines terbaik didunia! Maybe korang dah penah fly with all these airlines.


For summary, Malaysia Airlines berada jatuh dari tempat ke-18 ke kedudukan ke 24, diekori rapat oleh Air Asia yang mendaki dari kedudukan ke-31 ke kedudukan ke-25.

Manakala Air Asia X jatuh dari kedudukan ke-36 ke  kedudukan ke- 43.

PLAN KE TOKYO? JOM JALAN-JALAN!

Plan nak travel ko Tokyo? Wahhh best tuhhh... sure korang dah google siap-siap mana tempat yang korang nak jalan-jalan during kat Tokyo tu. Ok jom intro. Tokyo kini tercatit dalam kedudukan pertama dalam World Safest Cities! So memang pilihan terbaik la kalau korang plan nak jalan-jalan ke Tokyo!


Ok..jom kita try tengok, apa yang hebat dan menariknya Tokyo ni. Dan kemana destinasi korang nak jalan-jalan kat Tokyo ni? So write-up ni  based on my experience kat Tokyo la kan....

1. ADAB BUDAYA
Frankly korang akan dapat menikmati 2 dalam 1 semasa kat Tokyo ni. Kat sini merupakan gabungan tradisional lama dan juga modern. Gabungan ni lah yang membuatkan Tokyo unik. Sesetengah tempat di Tokyo ni seperti Asakusa, masih terdapat belia yang meronda memakai Kimono. Dan kat sini korang bleh jumpa abang-abang sado serta awek jepun yang kerjanya menarik beca!



2. ASAKUSA
Asakusa adalah tempat yang kerap pelancong datang. Why? Sebab disinilah pertembungan 2 generasi. Generasi lama vs generasi moden. Korang bleh tengok semuanya kat sini. So tempat yang korang kena datang ialah area Sensoji Temple, Asakusa. Macam yang dah disebut diatas, korang bleh tengok awek berpakaian Kimono kat sini. But if korang jumpa jantan pakai Kimono, sila larikkk...hahahha. Kat sini jugak korang bleh cuba naik beca jepun beroda 2 (rickshaw). So beca ni ditarik oleh abang-abang sado Jepun yang hensem. Ada jugak gegirl yang turut menjadi penarik rickshaw.


Kat sini jugak korang bleh tengok Japan sembahyang kat Sensoji Temple. Korang jangan gi sembahyang plak dalam temple tu, kena panah petir nanti! So ni merupakan antara temple yang terkenal kat Tokyo and Japan. Ramai geng-geng tua jepun datang ke sini untuk tunaikan hajat dorang.



Area Sensoji Temple gak terkenal sebangai tempat untuk pelancong membeli cenderamata. Korang pun bleh shopping souvenir kat sini. Macam-macam benda bley dapat. Dari fridge magnet basic sampaila ke fridge magnet bentuk bintang ninja. Dari baju t-shirt i love tokyo sampailah ke baju kimono. Dari gelas-gelas kecik sampailah ke cawan-cawan besar. Tugas korang hanya keluarkan duit je..kalau takder duit, gi ronda-ronda cuci mata pun jadikkklaaah. By the way, mostly barang-barang kat sini agak mahal kot. Maybe sebab nilai Ringgit kita murah...adoiii..


Kat sini juga terdapat beberapa kedai makanan halal. Korang kena baca entri saya sebelum ni la. Map pun ada kat entri sebelum ni, download je. Download tu apa? Entahhlaaa..hahaha. Takpun  korang google jer...hehehe. So korang takkan mati kelaparan kat sini. Kalau lapar gak, korang gigitla saper-saper kat sana dulu...

3. AKIHABARA
Akihabara juga terkenal dengan nama Electric Town. Why nama dia electric town? Sebab kat sini penuh dengan kedai-kedai yang menjual barangan elektronik dari kedai kecik-kecik tepi Akihabara Station hinggalah ke supermarket besar seperti Yodobashi. Saper-saper yang gile anime punya games, bolehlah menggelupur kat sini. Robot-robot gundam pun banyak dijual disini dari harganya ¥300 hinggalah ke beribu-ribu Yen. Pilih je yang mana berkenan di hati...cewahhh.


Kalau ke sini, tak sah jika tak singgah di Yodobashi - tempat ni ala-ala supermarket la. Semua benda ada dijual disini macam gadget-gadget, alat-alat elektric yang pelik-pelik (sila jangan terngaga masa tengok benda2 pelik...wat malu je...hahaha), jam-jam japan like G-Shock etc...hinggalah ke peralatan sukan. Ada 7 level semuanya...korang jalan la sampai termuntah. Minimum masa kat sini kena amik lebih kurang 2-3 jam kot.



Nak gambar cun? Sila datang area ni pada lewat petang sebab time ni lampu-lampu neon bergemerlapan...memang awesome kalau korang bergambar time ni!

4. SHIBUYA
Why nak kena datang sini? Okesss..kat Shibuya ni la terletaknya lintasan pejalan kaki antara yang tersibuk didunia - sila ke Shibuya Crossing. Why sibuk? Ntahlaa..sepanjang masa, ada je beratus orang yang melintas kat sini.



Korang bleh lihat beribu orang kat sini yang buat-buat sibuk melintas jalan dua tiga kali sebab nak bergambar semasa melintas, termasuklah aku..ahahahaha. Kat sini juga merupakan kawasan penggambaran Fast & Furious - Tokyo Drift, tapi bukan cerita melayu Isteriku Luar Biasa or Suami ku Encik Sotong Kurita tau! Kalau citer tu shoot kat sini, mau pengsan...hahaha.


Kat sini jugak penuh dengan pelbagai kedai-kedai untuk korang shopping mop sampai licin! Semua benda ada kat sini kecuali nasik goreng ikan masin!

Nak gambar cun? Pun datanglah sebelah lewat petang sebab backgroundnya penuh dengan bangunan yang bersalutkan lampu-lampu neon!

5. UENO PARK
Dah namanya pun park - meaning kat sini adalah kawasan taman. Korang bleh datang lepak sambil tengok orang-orang jepun melepak, bersenam, membaca buku serta bercouple-coupling..hehe. Kalau time sakura, korang sure jenuh berjalan bawah pokok sakura sepanjang jalan kat taman ni. Area ni gak penuh ngan pelancong-pelancong, kira jalan-jalan area ni macam ala-ala melepak kat Hyde Park London la kononnya.



Yang berfamily tu, bolehlah melepaskan anak-anak korang kat sini biar dorang jalan or berlari...memang puas sebab kawasannya besar.


TIPS SEMASA MELANCONG DI TOKYO JAPAN

KO NI CHI WAAA!!! TOKYO! Siapa yang tak  kenal Tokyo. Bandar ni terkenal dengan pelbagai pembangunan pesat serta penuh dengan gaya hidup campuran moden dan traditional. Bandar ni juga berada dalam kedudukan #1 Most Safest Cities in the World! Kali ni nak share cara-cara mudah dan efisyen semasa anda berada di Tokyo, Japan. Insyaallah dengan tips-tips ini akan memudahkan korang ketika berada di Tokyo.


TIPS 1: PLANNING
Korang kena plan trip korang. Maksudnya jangan malas-malas untuk google mana tempat yang korang nak tuju dan bagaimana korang nak sampai ke sana dengan mudah serta murah! So please google and google and goooooogle sampai pitam! Catitkan apa yang korang plan tu atas kertas or taruk plan tu dalam handphone. Cara mudah, taip plan korang tu then print atas separuh kertas A4. Senang nanti korang nak refer semasa kat sana.

Sample of my trip planning: Siap dengan cost dan juga suhu pada masa tu, siap bertaip! Jgn malas!

My trip plan sampai berkedut sebab dok keluar masuk poket seluar




BIG FAMILY IN TOKYO!

Kali ni nak citer pasal my holiday vacation with my BIG family. After lama tak unite sama-sama, kali ni we all agreed untuk travel jauh sikit. So lokasi pilihan - TOKYO!, Japan. So disebabkan aku dah beberapa kali dah jejak kaki kat Japan, mean secara automatic la dorang akan lantik aku as leader untuk vacation kali ni. Meaning secara automatic la aku yang akan kena set time, set mana tempat nak stay dan mana tempat dan melawat time kat Tokyo nanti. Before ni aku dah penah jejak Tokyo dan Osaka, boleh baca di entry yang sebelum-sebelum ni. So adalah gambaran serba sedikit macamana nak plan semua benda tu...hehehe.


As usual, firstly kena plan date. Date tu kenalah sesuai untuk semua orang. Kali ni aku nak kena bawak total 18 pax termasuk anak-anak buah yang still kecik-kecik. So benda paling penting time nak set date ni ialah cuba avoid date yang ada kena mengena dengan cuti sekolah or apa-apa cuti. Sebab kalau travel time cuti sekolah, mean harga flight ticket agak mahal. Kena check juga if kat Japan pun ada apa2 cuti time tu..sebab kalau gi travel during negara tu tengah bercuti, maka semua benda akan mahal...dan pack dengan orang. So date ni aku carik ngan wife, then propose kat adik wadik. After semua agreed, terus we all booked flight tickets untuk date yang telah we all agreed tu. Seminggu sebelum cuti sekolah...hahaha mean semua anak-anak we all kena ponteng sekolah during those period.

Second thing, cari tempat nak menginap. Yang ni yang paling trill sebab bukan senang nak carik tempat penginapan yg boleh tampung 18 orang kat Tokyo. Selalunya untuk book, aku guna booking.com , since booking.com mostly banyak hotel yang maximum untuk 4 orang, so terpaksa tukar plan. Kali ni me and my wife cuba browse airbnb.com . Kat sini memang banyak rumah or apartment yang boleh dipilih. Mostly homestay yang diadvertisekan oleh owner. After belek-belek, at last jumpa jugak accomodation kitaorang yang boleh muat 18 orang! After make research tentang location tersebut, terus we all booked! Takot penuh plak kang kalau terlambat book.

Departure Day  - On event day, we all sampai jam 11am di KLIA2 - kali ni ramai-ramai kenalah naik AirAsia-X. So harganya xderla mahal sangat. Our flight tepat terbang jam 2.45pm. Almost 8 hours perjalanan AirAsia-X dari Kuala Lumpur ke Tokyo.

After 8 hours, akhirnya pesawat selamat mendarat di Haneda International Airport, Tokyo. Temperature masa ni almost 8ºC...mean sgt sejuk. So dah pesan awal-awal kat kids and anak buah soh standby sweater awal-awal. After amik our luggage, terus we all rush ke airport train. Time almost 11malam, so kena cepat. Takot-takot line train dah tamat. After a few stations (2 stations), akhirnya we all sampai gak ke apartment penginapan kami.



Ok...kali ni menginap di area Ryogoku, Tokyo. Jarak dari apartment ke station train Ryogoku lebih kurang 10 minit jalan kaki. Kira tak jauh sangat la. Yang penting kalau nak ke Japan, kena pastikan tempat penginapan hampir dengan subway or train station. Senang nak ronda-ronda dengan train kerana amat efisyen train line kat Japan!



Ok..nak citer pasal tempat penginapan. Apartment yang we all stay ada 6 bilik, 3 bilik ditingkat 1 dan lagi 3 bilik di tingkat atas. Kira amat berbaloi dan sgt affortable. Kids pun happy sebab ada katil Doraemon katannya... (...tilam yang berada didalam kotak seolah-olah tido dalam almari). Semua bilik dilengkapi heater, so takderla sejuk ketar. Setiap tingkat ada machine basuh masing-masing. Kebanyakan perabot, katil, tilam, bantal, kusyen, sofa etc etc memang jelas dari IKEA. Memang owner peminat IKEA la niiii...

So malam first we all just lepak-lepak sambil borak-borak kosong until 3am.

Trip - Haneda International Airport --> Keikyu Line --> Asakusabashi Station --> Ryogoku Station
Train Total Cost - ¥710 per-head
Temperature - 5ºC


Day 1 - Introduction  day to my family members, plan ronda-ronda sekitar Tokyo untuk kasik warm-up dulu kat dorang. First, bawak dorang ronda-ronda area Akihabara. For info - Akihabara juga dikenali sebagai Electric Town - sebab kebanyakkan kedai area ni menjual pelbagai peralatan elektronik, mainan, games, slot machines etc. Bawak lepak dalam SEGA buildings, so kids bleh layan games. Then bawak plak dorang cuci mata kat Yodobashi Tokyo - ni tempat pelbagai barangan dalam satu building. Dari gadget kecik-kecik sampaila ke gadget besar gajah! Dari mainan yang traditional sampaila ke mainan yang modern-modern. Sampai ke sini memang akan buat semua orang rambang mata!



SEWA POCKET WIFI UNTUK TRAVEL

Hi..again! Kali ni nak share sikit pasal masalah communication during kita travel ke sesebuah negara. Actually handphone sangat penting kot masa travel. Lets say kalau kita nak communicate ngan family ke, or nak google something ke...mean kena ada line. Especially line internet. Benda alah ni sangat perlu especially time kita nak check online transportation macam nak check train schedule ke...bus ke... Kan senang kalau kita HP or tab kita bley connect dengan line internet 24/7!

Japan? Europe? Indonesia? Vietnam? Hong Kong? Thailand? Singapore? 
Ni antara negara-negara top yang kerap disewa oleh traveller dari Malaysia!










Selalunya sebelum ni, kalau saya ke Jepun or Europe or mana-mana sahajay during travel sebagai contoh, saya akan booked Pocket WIFI set trough website..then akan pick up those thing sesampainya kat sana. Selalunya saya akan pick up device tu kat airport sana.

Masalahnya, apabila kita landed, kita akan buang masa mencari tempat tu. Apatah lagi kalau kita landed sebelah malam. Ada jugak service untuk hantar Pocket WIFI tu terus ke hotel penginapan kita kat sana. Cara ini of course akan ada cost tambahan. Dan selalunya agak mahal! Tu belom kira bayaran deposit la, salinan photostat passport la...bla bla bla.

But kali ni, saya menjumpai kaedah baru. Kita sebenarnya boleh terus book dan ambik Pocket WIFI set kita tu kat Malaysia. Bleh amik kat KLIA and KLIA2 beb...Senang! Cost pun murah dan berpatutan. Contohnya semasa travel ke Tokyo, Osaka, Europe, Siem Reap, Bangkok dan Jakarta, saya sewa Pocket WIFI set yang cuma berharga RM25 untuk sehari! dan yang paling best..UNLIMITED DATA untuk Japan! So memang banyak jimat... boleh share-share plak line wifi tu ngan sedara mara or kawan-kawan. Kalau RM25 sehari, kalau ada 5 orang kengkawan kita yang join sekali dalam travel tu...meaning sorang hanya bayar RM5 je sehariiii...murah kan?? kannnn???

PREVIOUS HOT!