BIG FAMILY IN TOKYO!

Kali ni nak citer pasal my holiday vacation with my BIG family. After lama tak unite sama-sama, kali ni we all agreed untuk travel jauh sikit. So lokasi pilihan - TOKYO!, Japan. So disebabkan aku dah beberapa kali dah jejak kaki kat Japan, mean secara automatic la dorang akan lantik aku as leader untuk vacation kali ni. Meaning secara automatic la aku yang akan kena set time, set mana tempat nak stay dan mana tempat dan melawat time kat Tokyo nanti. Before ni aku dah penah jejak Tokyo dan Osaka, boleh baca di entry yang sebelum-sebelum ni. So adalah gambaran serba sedikit macamana nak plan semua benda tu...hehehe.


As usual, firstly kena plan date. Date tu kenalah sesuai untuk semua orang. Kali ni aku nak kena bawak total 18 pax termasuk anak-anak buah yang still kecik-kecik. So benda paling penting time nak set date ni ialah cuba avoid date yang ada kena mengena dengan cuti sekolah or apa-apa cuti. Sebab kalau travel time cuti sekolah, mean harga flight ticket agak mahal. Kena check juga if kat Japan pun ada apa2 cuti time tu..sebab kalau gi travel during negara tu tengah bercuti, maka semua benda akan mahal...dan pack dengan orang. So date ni aku carik ngan wife, then propose kat adik wadik. After semua agreed, terus we all booked flight tickets untuk date yang telah we all agreed tu. Seminggu sebelum cuti sekolah...hahaha mean semua anak-anak we all kena ponteng sekolah during those period.

Second thing, cari tempat nak menginap. Yang ni yang paling trill sebab bukan senang nak carik tempat penginapan yg boleh tampung 18 orang kat Tokyo. Selalunya untuk book, aku guna booking.com , since booking.com mostly banyak hotel yang maximum untuk 4 orang, so terpaksa tukar plan. Kali ni me and my wife cuba browse airbnb.com . Kat sini memang banyak rumah or apartment yang boleh dipilih. Mostly homestay yang diadvertisekan oleh owner. After belek-belek, at last jumpa jugak accomodation kitaorang yang boleh muat 18 orang! After make research tentang location tersebut, terus we all booked! Takot penuh plak kang kalau terlambat book.

Departure Day  - On event day, we all sampai jam 11am di KLIA2 - kali ni ramai-ramai kenalah naik AirAsia-X. So harganya xderla mahal sangat. Our flight tepat terbang jam 2.45pm. Almost 8 hours perjalanan AirAsia-X dari Kuala Lumpur ke Tokyo.

After 8 hours, akhirnya pesawat selamat mendarat di Haneda International Airport, Tokyo. Temperature masa ni almost 8ºC...mean sgt sejuk. So dah pesan awal-awal kat kids and anak buah soh standby sweater awal-awal. After amik our luggage, terus we all rush ke airport train. Time almost 11malam, so kena cepat. Takot-takot line train dah tamat. After a few stations (2 stations), akhirnya we all sampai gak ke apartment penginapan kami.



Ok...kali ni menginap di area Ryogoku, Tokyo. Jarak dari apartment ke station train Ryogoku lebih kurang 10 minit jalan kaki. Kira tak jauh sangat la. Yang penting kalau nak ke Japan, kena pastikan tempat penginapan hampir dengan subway or train station. Senang nak ronda-ronda dengan train kerana amat efisyen train line kat Japan!



Ok..nak citer pasal tempat penginapan. Apartment yang we all stay ada 6 bilik, 3 bilik ditingkat 1 dan lagi 3 bilik di tingkat atas. Kira amat berbaloi dan sgt affortable. Kids pun happy sebab ada katil Doraemon katannya... (...tilam yang berada didalam kotak seolah-olah tido dalam almari). Semua bilik dilengkapi heater, so takderla sejuk ketar. Setiap tingkat ada machine basuh masing-masing. Kebanyakan perabot, katil, tilam, bantal, kusyen, sofa etc etc memang jelas dari IKEA. Memang owner peminat IKEA la niiii...

So malam first we all just lepak-lepak sambil borak-borak kosong until 3am.

Trip - Haneda International Airport --> Keikyu Line --> Asakusabashi Station --> Ryogoku Station
Train Total Cost - ¥710 per-head
Temperature - 5ºC


Day 1 - Introduction  day to my family members, plan ronda-ronda sekitar Tokyo untuk kasik warm-up dulu kat dorang. First, bawak dorang ronda-ronda area Akihabara. For info - Akihabara juga dikenali sebagai Electric Town - sebab kebanyakkan kedai area ni menjual pelbagai peralatan elektronik, mainan, games, slot machines etc. Bawak lepak dalam SEGA buildings, so kids bleh layan games. Then bawak plak dorang cuci mata kat Yodobashi Tokyo - ni tempat pelbagai barangan dalam satu building. Dari gadget kecik-kecik sampaila ke gadget besar gajah! Dari mainan yang traditional sampaila ke mainan yang modern-modern. Sampai ke sini memang akan buat semua orang rambang mata!








Then bawak plak dorang jalan-jalan di Euno Park. Kali ni trip memang berbaloi sebab dorang berkesempatan tengok bunga Sakura! Cepat pulak bunga Sakura ni blossom. Selalunya bulan 4. Kira rezeki la dapat tgk Sakura - bunga iconic Japan! Semua bz bergambar...penuh pelancong dok sebok amik gambar Sakura...hehehe...we all pun sama sebuk menyelit utk turut snap dan bergambar depan pokok bunga Sakura!


Pas puas lepak kat Euno Park, terus jalan ke Euno Station - kali ni misi membeli baju di Hard Rock Euno. Seronok adik wadik dapat beli baju Hard Rock...


After shopping di Hard Rock Ueno, terus we all ronda-ronda di Ameyoko Street (sebelah Euno Station jerkk..) untuk carik makanan halal. Terus we all lepak layan kebab di Doner Kebab. You all should try Kebab Bowl - memang sangat superb! Pedas pun boleh tahan sampai berpeluhhhh dalam cuaca sejuk...hahahha. Layan macam-macam jenis kebab kat sini sampai kenyang! :)




After perut dah kenyang, terus naik train dan hala ke Shibuya. Kali ni bawak dorang alami crowded havoc kat Shibuya Crossing - salah satu lintasan jalan kaki yang paling sibuk di dunia! Excited sangat adik wadik bila dah sampai area ni - orang toksah cerita la..memang beratus orang sekali melintas jalan pada satu-satu masa! Sempat la jugak do 360º video with GoPro! We all layan lorong-lorong di Shibuya. Jam dah pukul 9malam...suhu pun makin sejuk tapi mata still dok melayan lampu-lampu neon yang penuh di Shibuya!





Trip - Ryogoku Station --> Akihabara Station --> Suehirocho Station -->  Ueno Station --> Shibuya Station --> Ryogoku
Train Total Cost - ¥770 per-head
Temperature - 5ºC - 10ºC


Day 2 - Jam 10 pagi, we all naik train ke Disneyland Tokyo! Yeahhh Disneylandddd! Tempat ni dah lama nak pergi, kali ni memang benda wajib pergi. After tukar train 2 kali, akhirnya we all jejak gak kaki di Tokyo Disneyland. So as u all tahu, nak masuk sini terpaksalah membayar tiket yang agak mahal, apatah lagi dengan we all yang seramai 18 orang! Hahaha tutup mata je la my wife bayar tickets dengan credit card...hehehe. So for info, tiket untuk masuk Tokyo Disneyland:


  

Tokyo Disneyland Ticket Price
Adult (18 keatas) - ¥6900 - RM212.00
Junior (12-17 tahun) - ¥6000 - RM184.00
Child (4-11 tahun) - ¥4500 - RM138.00
Senior (65 keatas) - ¥6200 - RM190.00
*Currency pada masa ni 3.75 !!!





Kat sini, macam-macam permainan disediakan. Cuma yang menjadi halangan ialah pengunjung yang sangat ramai walaupun bukan pada hari cuti! Tak tahu lah mana datang semua orang nih...hehe. So almost permainan kena Q panjang. Kat sini jugak dapat layan Parade yang sangat menarik! Kids mmg sangat teruja with this parade ni.






If korang plan nak datang sini, pls bawak makanan dan sorok dalam bag...sebab susah dapat makanan halal kat sini. We all balik after tamat last show which is pertunjukan laser, music dan bunga api. Memang sangat awesome seharian di sini! Oppss kat sini jugaklah we all terpaksa send back ayah sebab ayah dah tak tahan sejuk! So adiklah yang tolong hantar ke apartment - naik teksi yang berharga RM180.00! Phewww...



Trip - Ryogoku Station --> Nishi Funabashi Station --> Maihama Station --> Tokyo Disneyland --> Ryogoku
Train Total Cost - ¥620 per-head
Temperature - 3ºC - 8ºC


Day 3 - Awal pagi we all dah ride train untuk ke Diver City Tokyo di Odaiba. Kat sini berdekatan dengan laut, so dapatla we all lepak-lepak di pantai yang pasirnya amat halus dan bersih. Kat sini juga terletaknya Rainbow Bridge (sila google...) Sambil menikmati angin laut, we all posing-posing berhadapan Odaiba Statue of Liberty. Hehehe..takyah ke U.S pun dah bleh bergambar dengan patung seolah-olah Statue of Liberty, New York.



Then we all lepak plak berdekatan Gundam Robot Statue  yang bersaiz gergasi!




Puas bergambar, terus masuk ke Diver City Tokyo dan layan serba sedikit makanan Jepun yang halal. Sambil-sambil tu amik kesempatan shopping kat Free-Tax shop area ni.

Then we all teruskan perjalanan ke Tokyo Skytree ... kat sini semua bergambar sakan walaupun dah penat dalam kesejukan, hehehhee.. Dalam banyak-banyak malam kat Tokyo, rasanya kat area Skytree ni laa we all kesejukan giler kerana suhu drop dan juga tiupan angin yang agak kuat. Rasa nak tercabut muka dan telinga sebab sejuk!!!




Trip - Ryogoku Station --> Toei Shiodome Station --> Odaibakaihinkoen Station --> Diver City Tokyo --> Daiba Station -->
           Shinbashi Station --> Oshiage Station --> Tokyo Skytree --> Ryogoku
Train Total Cost - ¥1360 per-head
Temperature - 3ºC - 5ºC  


Day 4 - Activity pagi ni menghala ke Tokyo Dome City - plan asal nak bergambar dengan Ultraman yang bersaiz besar, malangnya dorang dah pun alihkan Ultraman tu ke tempat lain. So semua ngaga je laaaa...hehhee. Time ni laaa dorang nak main alih-alih Ultraman tu, kesian kat kids...hehehe.
So..after gagal misi Ultraman, terus we all jalan kaki sejauh 5km menuju ke Asakusa - area Sensoji Temple.

 


Area ni terkenal dengan temple dan juga deretan kedai-kedai cenderamata. Last time masa datang Tokyo dulu, rasanya harga cenderamata takderla semahal kali ni. Maybe duit ringgit dah jatuh teruk kot, thats why semua barang terasa amat mahal! Huhu...kensel beli cenderamata kat sini! Ayah pun dah almost kesejukan, so we all balik awal hari ni.



Malam pulak, destinasi ke Hard Rock Roppongi, Tokyo. Misi kali ni sebab nak melayan adik wadik yang nak beli T-Shirt kat Hard Rock Roppongi plak. Kali ni semua kids tak follow, mean we all adik wadik + isteri-isteri jer yang keluar. From Ryogoku Station direct naik subway ke Roppongi Station. After jalankaki almost 5 minutes, we all sampai area Hard Rock tu. Sambil geng-geng isteri membeli belah dalam HRC tu, we all adik wadik melepak kat luar sambil chit-chat. Since dorang beli banyak baju Hard Rock, automatically dpat discount untuk dinner di Hard Rock Cafe. Plan asal nak layan coffee Starbucks, but since dh ada special discounts...so we decide nak light dinner kat Hard Rock Cafe je laaaa... payment makan kat sini ditanggung beres oleh adik ipar...heheh THANKS tatiskincare.com ! - semoga murah rezeki! Aminnnnn....merasa jugak dinner dalam Hard Rock Tokyo!




Trip - Ryogoku Station --> Kasuga Station --> Tokyo Dome City --> Walk --> Asakusa --> Asakusa Station -->
           Kuramae Station --> Ryogoku ---> Roppongi Station (Hard Rock) --> Ryogoku Station
Train Total Cost - ¥1060 per-head
Temperature - 3ºC - 7ºC  



Day 5 - Since kat Japan ni jenis kena check-out awal, so awal pagi lagi we all dah kemas-kemas barang dan bag we all - Kena check out jam 10pagi...hhuhu. After semua settle, terus we all ke Hamamatsucho Station. Kat sini we all sewa coin locker untuk letak all our bags - since nak terus ke Haneda Airport after this. Sewa locker kat sini around ¥400 - ¥600 depend on locker size.


Then we all naik train terus ke Harajuku Station. Plan kali ni nak lepak sambil tengok bandar fashion area Harajuku. Patotnya geng-geng anime lepak area ni hari Ahad, tapi malangnya we all hanya jumpa sedikit jer geng-geng anime ni...frust. So we headed terus ke Takeshita Dori Street. Kat sini memang agak terkenal dengan pelbagai kedai fashion, accesories, cenderamata dan pelbagai kedai lagi yang harganya agak murah berbanding dengan kawasan lain di sekitar Tokyo. Kat sini jugak we all lepak sambil merasa Sugar Candy yang bersaiz besar - ¥300. Nak beli benda alah ni pun kena Q panjang!  Maybe this sugarcandy ni agak famous kot kat sini.





After do some small shopping, we all lepak jalan-jalan sekitar bandar Harajuku ni. Orang punyalah ramai tak hingatttt! If korang bawak kids, kena la aware..kang ilang tak pasal-pasal plak celah orang yang beribu-riban ni.







Trip - Ryogoku Station --> Hamamatsucho Station --> Harajuku Station --> Harajuku --> Hamamatsucho Station
Train Total Cost - ¥400 per-head
Temperature - 3ºC - 11ºC  

Bye-Bye Tokyo  - Jam 6 petang, we all balik semula dari Harajuku Station terus Hamamatsucho Station untuk ambil bag yang disimpan dalam locker kat station ni.

Then without delay, at 7pm we all naik express train ke Haneda International Airport. Muka masing-masing dah kepenatan...hehehe. Sesampai di airport, terus lepak duduk kepenatan. Sambil-sambil tu we all amik kesempatan untuk membeli makanan HALAL di Airport ni - carik kedai Lawson di bahagian ketibaan/arrival di tingkat 1 - kedai ni banyak menjual cokelat dan makanan halal untuk dijadikan sebagai cenderamata. Penuh bag we all shopping cokelat dan biscuit....hahaha...terbaekkkk!



Trip - Hamamatsucho Station --> Haneda International Airport
Train Total Cost - ¥490 per-head
Temperature - 3ºC - 9ºC  


Flight AirAsia-X  balik ke Kuala Lumpur tepat terbang jam 11.45malam without any delay. Masuk je dalam flight, semua zzzzz kepenatan!

Landed in KLIA2 Kuala Lumpur tepat jam 6.20 pagi - semua berjalan keluar muka macam nak demam! Maybe perubahan cuaca la tuuuu... Balik rumah, terus pengsan! Hahahah...

TIPS: If korang nak travel overseas, booked siap-siap Pocket WIFI dari Malaysia, jimat banyak dari roaming. Bayar pun murah and tanpa deposit.. boleh share-share lagik ngan sdara mara or kawan-kawan semasa melancong tuh. Untuk guna kat Japan, bayar hanya RM25 jerrr sehari dan yang best - UNLIMITED DATA! Pocket WiFi ni cover 71 buah negara.
So...nak travel? Book Pocket WiFi anda siap-siap sebelum berangkat terbang!

++ Book Pocket WiFi kat sini ++

Jumpa lagi dalam next entry! Jangan lupa tonton video kat bawah :)




Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

13 comments

comments
Anonymous
Thursday, March 17, 2016 delete

COOOOL WRITE UP BRO! WILL BE IN TOKYO DURING AUTUMN..

Reply
avatar
Saturday, September 03, 2016 delete

Boleh tau u olls stay d area mana? or nama apartment pls...tq

Reply
avatar
Saturday, September 03, 2016 delete

Hi Nooraliza...we all stay kat '6BR Home' - area Ryogoku, Tokyo. Walking distance to the Sobu line and Toei Oedo line... Carik kat Air BNB, sure jumpa

Reply
avatar
Wednesday, November 02, 2016 delete

Found your postings through Google! Very informative. Agak nervous nak travel ke Japan kali ini sbb kena cari accomodations sendiri hehe (selama ni 2-3 kali pergi ada famili di sana).

Reply
avatar
Thursday, November 03, 2016 delete

Nate, thx for your complement... hehehe no need to nervous :) Keep calm and enjoy your vac!

Reply
avatar
Monday, December 26, 2016 delete

trip to Mount Fuji xde details ke? btw boleh explain on rail pass tak? PAMCO etc ...Thanks2

Reply
avatar
Thursday, December 29, 2016 delete

Bro, lupa nak tanya nama apartment air bnb that you stayed at.
Thanks!

Reply
avatar
Thursday, December 29, 2016 delete

Yo Bro...we all stay sini aritu - ada 6 rooms! whole house kitaorg amik. Check kat sini - https://www.airbnb.com/rooms/10082641

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!