PLAN KE TOKYO? JOM JALAN-JALAN!

Plan nak travel ko Tokyo? Wahhh best tuhhh... sure korang dah google siap-siap mana tempat yang korang nak jalan-jalan during kat Tokyo tu. Ok jom intro. Tokyo kini tercatit dalam kedudukan pertama dalam World Safest Cities! So memang pilihan terbaik la kalau korang plan nak jalan-jalan ke Tokyo!


Ok..jom kita try tengok, apa yang hebat dan menariknya Tokyo ni. Dan kemana destinasi korang nak jalan-jalan kat Tokyo ni? So write-up ni  based on my experience kat Tokyo la kan....

1. ADAB BUDAYA
Frankly korang akan dapat menikmati 2 dalam 1 semasa kat Tokyo ni. Kat sini merupakan gabungan tradisional lama dan juga modern. Gabungan ni lah yang membuatkan Tokyo unik. Sesetengah tempat di Tokyo ni seperti Asakusa, masih terdapat belia yang meronda memakai Kimono. Dan kat sini korang bleh jumpa abang-abang sado serta awek jepun yang kerjanya menarik beca!



2. ASAKUSA
Asakusa adalah tempat yang kerap pelancong datang. Why? Sebab disinilah pertembungan 2 generasi. Generasi lama vs generasi moden. Korang bleh tengok semuanya kat sini. So tempat yang korang kena datang ialah area Sensoji Temple, Asakusa. Macam yang dah disebut diatas, korang bleh tengok awek berpakaian Kimono kat sini. But if korang jumpa jantan pakai Kimono, sila larikkk...hahahha. Kat sini jugak korang bleh cuba naik beca jepun beroda 2 (rickshaw). So beca ni ditarik oleh abang-abang sado Jepun yang hensem. Ada jugak gegirl yang turut menjadi penarik rickshaw.


Kat sini jugak korang bleh tengok Japan sembahyang kat Sensoji Temple. Korang jangan gi sembahyang plak dalam temple tu, kena panah petir nanti! So ni merupakan antara temple yang terkenal kat Tokyo and Japan. Ramai geng-geng tua jepun datang ke sini untuk tunaikan hajat dorang.



Area Sensoji Temple gak terkenal sebangai tempat untuk pelancong membeli cenderamata. Korang pun bleh shopping souvenir kat sini. Macam-macam benda bley dapat. Dari fridge magnet basic sampaila ke fridge magnet bentuk bintang ninja. Dari baju t-shirt i love tokyo sampailah ke baju kimono. Dari gelas-gelas kecik sampailah ke cawan-cawan besar. Tugas korang hanya keluarkan duit je..kalau takder duit, gi ronda-ronda cuci mata pun jadikkklaaah. By the way, mostly barang-barang kat sini agak mahal kot. Maybe sebab nilai Ringgit kita murah...adoiii..


Kat sini juga terdapat beberapa kedai makanan halal. Korang kena baca entri saya sebelum ni la. Map pun ada kat entri sebelum ni, download je. Download tu apa? Entahhlaaa..hahaha. Takpun  korang google jer...hehehe. So korang takkan mati kelaparan kat sini. Kalau lapar gak, korang gigitla saper-saper kat sana dulu...

3. AKIHABARA
Akihabara juga terkenal dengan nama Electric Town. Why nama dia electric town? Sebab kat sini penuh dengan kedai-kedai yang menjual barangan elektronik dari kedai kecik-kecik tepi Akihabara Station hinggalah ke supermarket besar seperti Yodobashi. Saper-saper yang gile anime punya games, bolehlah menggelupur kat sini. Robot-robot gundam pun banyak dijual disini dari harganya ¥300 hinggalah ke beribu-ribu Yen. Pilih je yang mana berkenan di hati...cewahhh.


Kalau ke sini, tak sah jika tak singgah di Yodobashi - tempat ni ala-ala supermarket la. Semua benda ada dijual disini macam gadget-gadget, alat-alat elektric yang pelik-pelik (sila jangan terngaga masa tengok benda2 pelik...wat malu je...hahaha), jam-jam japan like G-Shock etc...hinggalah ke peralatan sukan. Ada 7 level semuanya...korang jalan la sampai termuntah. Minimum masa kat sini kena amik lebih kurang 2-3 jam kot.



Nak gambar cun? Sila datang area ni pada lewat petang sebab time ni lampu-lampu neon bergemerlapan...memang awesome kalau korang bergambar time ni!

4. SHIBUYA
Why nak kena datang sini? Okesss..kat Shibuya ni la terletaknya lintasan pejalan kaki antara yang tersibuk didunia - sila ke Shibuya Crossing. Why sibuk? Ntahlaa..sepanjang masa, ada je beratus orang yang melintas kat sini.



Korang bleh lihat beribu orang kat sini yang buat-buat sibuk melintas jalan dua tiga kali sebab nak bergambar semasa melintas, termasuklah aku..ahahahaha. Kat sini juga merupakan kawasan penggambaran Fast & Furious - Tokyo Drift, tapi bukan cerita melayu Isteriku Luar Biasa or Suami ku Encik Sotong Kurita tau! Kalau citer tu shoot kat sini, mau pengsan...hahaha.


Kat sini jugak penuh dengan pelbagai kedai-kedai untuk korang shopping mop sampai licin! Semua benda ada kat sini kecuali nasik goreng ikan masin!

Nak gambar cun? Pun datanglah sebelah lewat petang sebab backgroundnya penuh dengan bangunan yang bersalutkan lampu-lampu neon!

5. UENO PARK
Dah namanya pun park - meaning kat sini adalah kawasan taman. Korang bleh datang lepak sambil tengok orang-orang jepun melepak, bersenam, membaca buku serta bercouple-coupling..hehe. Kalau time sakura, korang sure jenuh berjalan bawah pokok sakura sepanjang jalan kat taman ni. Area ni gak penuh ngan pelancong-pelancong, kira jalan-jalan area ni macam ala-ala melepak kat Hyde Park London la kononnya.



Yang berfamily tu, bolehlah melepaskan anak-anak korang kat sini biar dorang jalan or berlari...memang puas sebab kawasannya besar.



Kat sini jugak korang boleh singgah di Euno Hard Rock Cafe. Sila jalan kaki 100 meter untuk ke Ueno Station ...kat dalam station ni la terletaknya Ueno Hard Rock. Watper ke sini? Adoiii..korang bleh la shopping baju Hard Rock Euno kat sini or at least beli fridge magnet Euno Hard Rock - pastu pakai time jalan-jalan kat kampung korang - sure semua ternganga - kelassssssss...




Makanan halal pun banyak kat sini, dont worry! Carik Ameyoko Street. Alahhh..sebelah Ueno Station jerk...jalan kaki 5 minutes dah sampai bro! Kat sini penuh dengan barang-barang seperti baju baju dan kasut...kat sini lagik murah dari Asakusa. So celah-celah kedai ni la terdapat beberapa kedai makanan halal seperti kebab. So dah jumpa kedai halal tu, sila makan! Takpun tapau wat balik makan kat rumah sebab pasni susah dah nak jumpa kedai makanan halal...huh...

6. TOKYO DISNEYLAND / DISNEYSEA
Wahhh...Disneyland ni antara yang terbusy didunia! Why? Sebab sepanjang masa orang akan sentiasa penuh! Ntah bila la nak kosong. Kat sini jugak terletaknya DisneySea. Pilih je salah satu, jangan tamak sangat nak gi dua-dua tempat. Tiket mahalll oooo...



So tiket nak masuk Disneyland:

Tokyo Disneyland Ticket Price
Adult (18 keatas) - ¥6900 - RM212.00
Junior (12-17 tahun) - ¥6000 - RM184.00
Child (4-11 tahun) - ¥4500 - RM138.00
Senior (65 keatas) - ¥6200 - RM190.00
*Currency pada masa ni 3.75 !!!

Pada yang bawak kids tu, eloklah bawak dorang jalan-jalan kat sini. Walaupun hampir mustahil untuk join semua games or permainan kat sini, at least try la 3-4 games. Since kat sini ramai giler umat manusia yang datang ntah dari mana, so almost semua permainan korang kena Q panjang! Unless la korang beli 'Express Pass' , so boleh la korang potong semua barisan sambil mendabik dada...hahaha.



Hurmm..apa paling best? Rasanya yang best macam dorang punya parade/perakakan la. Kids sure suka! Selalunya akan ada 2-3 parade dalam satu hari, sila refer booklet Disneyland masa kat sana nanti sebab parade ni bergantung pada musim dan tema jugak kot.



Alang-alang dah sampai Disneyland, sila tunggu sampai malam sebab malam tu la akan ada pertunjukan laser, show bunga api etc etc.... memang best dan gempak beb! So saper yang balik awal tu, teramatlahhhh ruginya!





OK..makanan halal memang payah kot kat Disneyland. So apa yang aku buat ialah seludup masuk makanan like roti, biskut ke dalam bag galas. Pandai-pandailah korang sorok mcamana...hehe maybe sorok kat celah baju ke, dalam stroller ke, dalam bag tangan bini ke...wateva la asalkan seludup... Kalau kat dalam, yang halal pun maybe french fries jer kot selain air bergas macam coke, pepsi. Takkan nak bedal french frise dari pagi sampai malam kotttt...

7. ROPPONGI
Haaa..roppongi jugak korang kena lepak, try lepak sini sebelah malam. Ni kira macam area Bukit Bintang la kalau kat KL. Penuh kedai-kedai branded untuk orang-orang kaya kat sini. Train station Roppongi pun macam cantik dan mewah sket jika nak dicompare dengan train station yang lain. Maybe sbb dorang nak jaga status area ni la kot. Bangla memang jarang la aku jumpa kat area ni...hahaha. Area ni jugak penuh dengan club club malam untuk yang kaki clubbing tu. Sorry, kelab dangdut takde kat sini okey...





And kat sini jugak ada Hard Rock Cafe Roppongi. Haaa..tadi dah beli t-shirt Hard Rock Ueno kan? So dah sampai Roppongi, beli la plak baju Hard Rock Roppongi plak. Baru la ko memang debommmm...

8. HARAJUKU
Harajuku? Cakap je pasal tempat ni, terus korang kena bayangkan geng-geng anak-mudah jepun yang suka melaram dengan style Harajuku Style - watak anime yang cute muteeee... So kat sini lah kalau korang nak tengok dorang melaram. Selalunya geng-geng anime ni akan lepak kat Harajuku ni pada hari Ahad. Tapi aritu masa lepak sana, tak la banyak sangat jumpa geng-geng dorang ni..maybe cuaca sejuk so dorang malas nak keluar lepak la kot.
Googles photo - not mines





Kat sini jugak terletaknya Takeshita Dori Street. Ada apa kat sini? Hurmm kat sini penuh dengan kedai-kedai yang menjual cenderamata / souvenir yang pelik-pelik. Memang rambang mata wehhh kalau korang sampai ke sini.  Rasanya area ni barangnya lagi murah jika nak dibandingkan dengan area Asakusa or area Ueno tu. Banyak jugak kedai yang menjual baju-baju anime untuk yang berminat. Terserempak dengan 2 awek mat saleh yang baru keluar dari kedai ni dengan menggayakan ala anime, memang awesome! 



Lapar? Jangan risau...kalau korang lapar, carik je foodcourt yang terdapat Takeshita Dori Street ni...terus ke tingkat 3, ada orang jual kebab kat atas tu. Kat tepi lorong ni pun ada yang jual kebab. Semuanya sedap...maybe sebab lapar kot...hahahha. Selain kebab, ada sebuah kedai yang menjual waffel yang jugak halal...besar plak tu... Lupa dah apa nama kedai tu tapi orang memang ramai Q. So korang pun kena la Q jugak. Jangan memandai korang nak potong Q, kang kena karate plak ngan awek yang pakai Kimono...hahaha.



Kat sini juga ada satu kedai yang jual sugarcandy yang bersaiz besar dan berwarna-warni. Rasanya bley makan... dah makan dah pun...huhu. Memang sedap! Harganya dalam ¥300 bergantung pada saiz. Yang menariknya, yang wat sugarcandy tu ialah awek-awek jepun yang cun! So memang berbaloi kalau korang Q untuk merasa sugar candy ni...erkkk.

8. TOKYO DIVER CITY
Haa...kat sini korang boleh lepak kat pantai nan bersih diselimuti pasir yang memutih bak krim Qu Puteh Qu Puteh barulahhhh putehhhhhhh... Tempat ni terletak di Odaiba, kena naik train la kot ke sini. Lokasinya tepi laut, dekat dengan Rainbow Bridge - rainbow bridge ni korang kena datang malam kot, baru cun.



Area ni actually dorang tambak dengan sampah. Tapi satu sampah pun tak nampak kat sini, kat Bangsar lagik banyak sampah walaupun bukan ditambak dengan sampah!

Ada apa kat sini? Ok...kat sini korang bleh bergambar dengan satu robot gundam yang bersaiz gergasi. Tak sah kot datang Tokyo kalau tak bergambar dgn robot. Robot ni plak ada wat show pada jam jam tertentu, lupa plak jam berapa. Korang kena google la okes.



Kat sini jugak korang bleh bergambar dengan Odaiba Statue of Liberty - ni kira sama la macam kat New York tu - Statue of Liberty...hehehe so takyah nak gi sampai New York, kat Japan pun adoooo...



Pastu korang bleh shopping kat kedai-kedai taxfree kat dalam plaza ni. Ada macam-macam kedai branded, pakaian, sports kat dalam ni. Uniqlo pun ada...harga dia lagi murah dari KL kot... pilihan pun banyak.

Pastu kat sini korang bley makan makanan jepun kat food court dia. Takoyaki ke...apa ke...ada yang halal. Kena rajin google and pusing carik kat foodcourt ni.

Then pas makan, bleh lepak kat pantai sambil tengok pemandangan indah...Jangan terlelap dah, kang air pasang terus lemas plak kang...

9. TOKYO DOME CITY
Haaa..kat sini korang boleh hiburkan hati dengan naik roller coaster yang tinggi sampai tembus masuk kedalam building...hahahha. Macam-macam permainan yang ada kat sini, korang cuma kena bayar tiket je untuk main...heheh yang takder duit macam we all, just skadar tengok melopong jer laaaaaa....





10. TOKYO SKYTREE & TOKYO TOWER
Tokyo Skytree dan Tokyo Tower adalah dua benda yang berbeza! Tokyo Tower ni merupakan tower telekomunikasi yang first wujud sebelum pembinaan Tokyo Skytree. Dua-dua tower ni korang bley lawat and bley naik sampai atas...semuanya kena tiket. Kalau nak free, panjat je pokok sebelah tower tuh. Hehehe...








11. MOUNT FUJI
Banyak cara untuk korang ke sini. Korang bleh naik Shinkansen (bullet train), naik bus, naik cab or drive sendiri if korang sewa kereta. Kalau nak jalan kaki pun boleh, tapi 2 minggu la sampai ke Mount Fuji! Ni pun antara tempat wajib yang korang kena lawat kalau ada budget dan kalau ada kesempatan masa. Nak tengok Mount Fuji ni pun ada masa-masanya gak, time we all gi sini...nasib agak malang kerana tak nampak puncak Fuji sebab ada kabus tebal...adoyaiii..







Kat sini korang bleh naik sampai ke 5th Station (x boleh naik waktu winter), korang jugak bleh naik boat besar kat tasik area ni. Kereta cable pun adoooo! Kalau nak jimat, beli terus package tiket untuk boat dan jugak cable car. Kalau korang nak panjat bukit ni pun boleh tapi jenuhhhnya la naik anak tangga tu, mau pengsan! Hehehe...

11. SHINKANSEN (Bullet Train)
Alang-alang dah jejak kaki kat Tokyo ni, apa kata korang cuba naik shinkansen (bullet train). Maybe korang bleh try naik shinkansen ni terus dari Tokyo ke Mount Fuji....speed train ni mencecah 240kmh! Kat luar nampak laju nak mampus tapi bila dah duduk kat dalam, nampak macam pelan mcam siput la  plak...hehehe...harus try okey!






Shinkansen toilet yang modern

Maybe ada lagi banyak lagik tempat best kat Tokyo ni tapi tu laaa, jalan kat tempat yang mampu jer. Yang agak jauh or kos mahal tu, tak gi la kot, kena tunggu putera arab derma 2.6b baru aku mampu nak travel semua tempat...huhu. 

Kalau korang ada budget lebeh, jom plak ke Tateyama Alphine Route. Memang agak jauh sket la dari Tokyo, naik shinkansen... tapi amat berbaloi. Nak tahu pasal Tateyama Alphine Route, sila baca entri saya sebelum sebelum ni okesss..


Tateyama Alphine Route
Since korang dah plan nak datang Tokyo or Osaka or any parts of Japan, jangan lupa sewa POCKET WIFI siap-siap. Takyah nak tuggu sampai Japan baru nak sewa. Kat Malaysia pun korang dah bleh sewa terus, murah, senang dan tanpa any deposit!! Landed je kat Tokyo, terus bleh ON dah terus guna dengan speed yang amat laju serta UNLIMITED DATA! Mana nak sewa??? CLICK JE KAT SINI UNTUK SEWA POCKET WIFI :) Dah guna this Pocket Wifi semasa gi Osaka, Tokyo, Mount Fuji, Tateyama Alpine dan macam2 tempat lagi. Speed mmg awesomeeeee!

Maybe korang ada tempat-tempat lain...meh meh share! 

INFO: Korang bley guna web ni untuk buat planning korang masa kat Japan. Click sini mehhh..

Baca jugak entri saya - TIPS-TIP SEMASA DI TOKYO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
Saturday, March 19, 2016 delete

blog yang cun dan menarikkkkk....banyak info dan gambar yg cun! thanks for all info's

Reply
avatar
Wednesday, September 28, 2016 delete

I'm going to Japan on this coming December. Naseb baca blog ni. Baru tau kewujudan pocket wifi yg boleh collect kat KLIA je. Thanks bro 'mario'!

Reply
avatar
Wednesday, September 28, 2016 delete

Wahhh..happy to hear that u will fly to Japan! Hehehe...okes okes..dont forget your pocket wifi...dont forget to visit my blog again! Happy Travel! XOXO!

Reply
avatar
Wednesday, September 28, 2016 delete

Booked already! Haha. Sure, love to read ur blog.bahasa sempoi je senang nak hadam. Haha. Thanks!

Reply
avatar
Saturday, February 25, 2017 delete

salam boss..kalau nk pergi bulan april perlu ke lg pakai baju sejuk?

Reply
avatar
Sunday, February 26, 2017 delete

Wsalam...kalau April, sesetengah tempat especially belah utara Tokyo still sejuk rasanya...but tak perlu bawak yang terlalu tebal la kot..

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!