CAMNER NAK SURVIVE LONG HAUL FLIGHT??

Okesss..jom angkat tangan, braper ramai yang dah pernah travel jauh? Lets say korang fly ke Europe la yang mostly amik masa 12-14 hours, braper ramai yang hampir pengsan tergolek dog sebab bosan dok tercongok dalam flight?? Hehehhee.. Ni tak kira yang ada transit after 7 hours fly then stop by kejap, then continue balik fly..pun terasa bosan dan boring gak kannn...kannnn...jawab lerrr..adehh..





Jom start! So camner nak survive kalau korang dalam flight yang 12-14 jam ni? Ok, meh saya share tips-tips yang maybe amat berguna untuk korang. Yang fly 45minites ke 1 jam tu, bleh gak lau nak baca..hehehe..

1. Sediakan Hiburan
Apa hiburan?? Mostly dalam flight, dah ada dah entertainment punya bahan kat screen..yo dak? So korang layan je la movie-movie or main game kat console tu. What if flight murah yang takder benda-benda hiburan ni?? So korang la kena preparekan. Bawak je la iPad ke, iPhone ke. Download siap-siap movie ke games ke dalam iPad korang tu. Cas penuh-penuh before fly! Ni baru setengah jam fly, bateri dah nak kong...apa daaaa..hehe.




Korang xder iPad, tab? Alaaa..invest je beli yang murah-murah. Banyak je kat lazada tu. Bukan apa, ada tab or iPad nanti, xder la bosan dok nganga atas seat dalam plane tu kan...kannn. Ohh yer, jangan lupa beli headphone sekali. Kang korang pasang citer badul kuat-kuat kang, takderla mengganggu passenger lain..




Powerbank selalunya bleh bawak atas flight kecuali powerbank yang tinggi sangat power, maybe dorang takkan kasik naik masa boarding. Ni depend pada airlines provider yang korang naik tu la, kena check with them. Tak pun korang bleh bawak laptop yang dah ada movie or apa2 hiburan...jangan bawak PC plak naik atas flight! Ingat...cas duluuuuu  penuh-penuh semua benda-benda alah ni!

Haaa..jangan lupa kalau korang ada bawak kids/anak kecik masa travel jauh-jauh ni! Lagila kannn..kena la pikir apa benda yang bleh kasik anak-anak korang tu tak bosan nanti. Lau dorang bosan, mau dorang melalakkkk... nyusah kan telinga orang lain plak..kan..kann.. So bawakla toys yang dorang suka, or dowload je kartun banyak-banyak taruk dalam ipad! Insyallah okesss..hehhe kalau melalak gak, mean ada taik la tu dalam pampers dorang...hahah gi basuh!!!

Korang pun maybe bley sediakan macam2 game board yang simple2 serta yang kecik2 tu. Maybe bawak papan dam ke, main mini saidina ke..main daun terup ke ngan orang sebelah. Pendek kata, korang akan syiokkk main benda alah tu ngan anak2 or kawan2 or passengers lain sampai tak sedar masa berjalan pantas. Xderla bosan sangat. Erkkk..please jangan bawak papan karom okeeyy! Kena jentik telinga tu oleh kapten nanti!




2. Buku / Magazines 
Haaa...bawak jer 2-3 buku yang agak tebal sket. Bleh gak korang baca buku tu sampai lebam! Yang jenis malas baca buku tu, ni la masanya utk start balik baca buku. Tak pun korang beli je magazine-magazine kesukaan korang. Baca je dari first page sampai tamat. Ada gak yang baca buku or magazine bahasa inggeris, acah-acah mat saleh la kann...ke tengok2 gambar je? Heheheh..x kesah la kan, janji ada benda untuk baca! Lau nak afdal, baca je dictionary..hafal semua benda yang selama ni korang tak tahu...hehehhee

3. Comfort kan Diri
Benda ni pun sangat penting adik-adik, abe-abe dan kakok-kakok sekalian. Camner korang nak rest selama 12-14 jam kalau korang pun tak comfortable kan? So camner nak comfort? Memula korang jangan nak menggatal pakai baju kebarung ke, baju kebaya ke...jubah konvo ke...hahahha.. So pakaila pakaian yang light weigh, tak tebal and tak nipis sangat. Keluarkan semua benda yang ada dalam poket or celah-celah mana tu. Biarkan segalanya kosong, taruk dalam beg!

Best pakaian untuk flight jarak jauh - cotton based. Bukan baju kulit buaya, kulit ular or baju PU based!

Susah nak tido? So bawaklah benda alah yang tutup mata tu, lupa dah apa nama benda alah tu - Ohhh Eyemask! So lau cabin terang sangat, taruk je benda alah tu kat mata, solve problem. Jangan lupa kalau bleh bawak neck pillow, takder la korang sakit leher biler dah elok terlentok nanti...hehhee jangan lentok atas bahu orang sebelah dah laaa...





Walaupun most airlines ada sediakan blanket untuk passenger kot kot sejuk, tak salah kiranya korang bawak sendiri jacket yang lightweight, yang senang gulung or lipat. Banyak jual kat Uniqlo. Jaket ni pun membantu gak kiranya korang dah tak tahan sejuk. Stokin pun sila spare kalau korang ni jenis x tahan sejuk...

4. Tido dan Tido
Camner nak tido dalam keadaan selesa?? Hurmm...banyakkan minum air kosong. Masa nak boarding tu, singgah je mana-mana kedai dalam airport tu..beli air mineral yang botol besar. Believe me, korang akan cepat dahaga biler dok tercongok lama-lama. Beli biler dah lepas kastam, imegresen dan security check tauuu, NOT before that. Nanti tak pasal-pasal semua benda tu kena rampas. Elakkan minuman ber-gas. Minuman yang bergas serta berkafein ni akan wat korang susah nak tido. Amalkan minum air tea cina or teh jepun, sure laju je tido. Psss..sila jangan berdengkur okeyyy, nanti orang lain tumbuk muka korang..muahahhaa.. Ada ubat or stripe anti dengkur kat farmasi, gi beli! Braper sen sangat la kannnn...


5. Hydration
Haaa..benda ni dah ada dah kat atas tapi nak ulang balik. Sediakan air yang banyak dan banyak! Hydration ni memang akan serang korang kalau korang fly lama dengan alitude yang tinggi..tekak pun akan cepat haus dan kering kontang. Kena tahu badan korang tu nak air or tak, and jangan tahan-tahan kalau korang dahaga, Banyyakan minum air kosong! Jangan minum milooooo jerkkk. Elakkan makan benda-benda yang akan kill korang punya water level dalam badan. Actually air sangat penting! Kalau korang dah habis stock air kosong, bleh jer angkat tangan or tekan loceng dan mintak pramugari tu tolong refill kan. Jangan memalu untuk mintak k, kita bayar tuuu tiket mahal..hehhee. So dengan dok tercongok atas kerusi sepanjang 12-14 jam, langsung tak akan bakar korang punya kalori dalam badan. So korang sendirila akan manage water level dalam badan korang tu. Kencing banyak pun takperrrrr....toilet bukan ada sebijik je kot atas plane tu...

6. Sihatkan Badan
Please make sure badan korang ni betul-betul sihat dan fit sebelum korang fly jarak jauh! Bukan apa, selain korang akan hepi sepanjang long-haul flight tu, kalau korang tak sihat...tak pasal-pasal korang ni akan jadik agen virus dan sebarkan penyakit tu kat orang lain plakkk... lets say kalau korang flu ke demam ke, habis semua berjangkittt plak sebab korang..haihhh..sian orang lain kann...kannn...

7. Simple Exercise
Jangan malu-malu untuk do some light exercise dalam flight tu nanti. Especially biler nak ke toilet tu, watla senaman ringan sket untuk ilangkan regangan badan korang tu. Tak salah pun if korang ronda-ronda seround-dua start dari seat belakang sampai seat depan, then masuk balik lorong lain pastu turn balik ke seat korang...At least badan korang tak la ketat sangat bila dah lama duduk tercongok kat seat tu. BUT pls jangan bawak dumbell ke, larik 100meter ke, jogging ke, pumping ke dalam flight. Tak pasal-pasal kena sepak ngan stewardess kang...hahahhahaha

8. Pre-Pack Benda-Benda Ni
Dah tau korang akan fly jarak jauh 12-14jam, so jangan lupa untuk pack benda-benda macam berus gigi, ubat gigi, losyen pelembab, lips balm, bedak, gel rambut, perfume or apa-apa lagi yang korang rasa perlu kena guna masa atas flight nanti. Takder la korang busuk masammm! BUT please make sure barang-barang tu korang pack gunakan botol yang clear dan bersaiz kecik. Tak pasal-pasal plak kena rampas masa nak boarding tu plak. Botol2 kecik untuk gel rambut, untuk taruk bedak etc etc banyak dijual kat mana-mana kedai Daiso.


Jangan lupa jugak pre-pack ubat-ubat yang korang rasa perlu. Kalau aku, aku akan pastikan panadol activefast dan panadol extend sentiasa ada dalam poket semasa travel ke mana-mana. Senang nanti lau korang pening or sakit-sakit badan, telan jerrrkkk...

9. Pack Ikut Kesesuaian
Benda-benda yang aku explain kat atas tu, sila asingkan dengan luggage korang yang besar gajah tu! Beli je small case untuk taruk benda-benda alah tu and selit dalam handcarry bag or bag tangan korang. Before masuk flight, keluarkan this small case ni dari hand luggage. Takderla dah dalam flight baru nak terhegeh-hegeh bukak bag compartment kat atas kepala tu dan baru nak carik! Leteh bile aku tengok orang sebelah dok bz bukak tutup bukak tutup bag compartment kat atas kepala aku...hahhaha... So sila standby siap-siap kat tangan, dapat je seat..terus taruk dalam pocket seat depan korang tu..so takderla nyusahkan orang lain..hahahha..

10. Make Friends!!
Haaa..yang ni ramai yang malas. Tak salah kalau kita make new friends masa atas flight. Bleh la gak korang tukar tukar cerita bagai. Biler nak banyak berbual dan bercerita, penerbangan yang lama tu rasa kejapppp jerkkk.

Ohh..jangan lupa try berkawan ngan steward or stewardess or ngan other cabin crews! Senang nanti korang nak request apa-apa. Bleh la mintak itu ini. Silap-silap gaya, dorang bleh allowed korang ke seat yang lagik selesa - upgrade seat! Manala tau kannnn...hehehe.. So pls make new friends on board!

So guys, tu je tips yang aku nak share kiranya korang ada plan nak flight dalam 12-14 jam ni..Jangan lupa amalkan. Please prepare apa yang patot before fly jarak jauh ni. Emosi tu pun kena jaga, hehehehe.. 

Ohh..maybe korang pun ada cara-cara lain, meh la share!

Ohh..kalau nak travel oversea, apa kata kalau korang sewa je Pocket WIFI ni kat Malaysia, bleh pos ke rumah or gi amik sendiri before fly kat KLCC, kat MidValley or kat KLIA! Sesampai je  korang kat oversea tu..terus je ON dan bleh guna on the spot! Senang...xder la kat sana terhegeh-hegeh nak carik WIFI FREE...hahahhaa...takkan nak benda preeeeee jer kann??? Yang gi travek ngan family or ngan kengkawan, bleh share-share bayar. Takder mahal punnn...Penting kot line internet bila kita kat luar negara, senang nak google apa-apa info nanti. Jgn kedekut sangat kalau nak senang...hehhe

Hehee..baca write up aku pasal POCKET WIFI kat sini.

Or bley terus je kalau korang nak terus BOOKED ONLINE POCKET WIFI tu kat sini

Okeyyy..thats all for now! Thanks sbb visit my travel blog ni..next time jangan lupa masuk lagi ke blog kakikujalanjalan ni erkkkk...Sharing4Caring.

So, JOM JALANJALAN! Muaxxxxx!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
Saturday, April 16, 2016 delete

bawak buku. tak kisah laa buku ilmiah ke, novel ke, komik ke, ikut selera masing-masing.

jgn bwk kamus dewan sudah!

Reply
avatar
Saturday, April 16, 2016 delete

Hahahha betol tu Ammar...or bley hafal kamus dewan...upgrade grammar...hehhe..

Reply
avatar
Anonymous
Saturday, April 16, 2016 delete

HAHAHA...BEST BETOL ULASAN DAN TIPS BRO...TERGULING BACA..KAH KAH KAH.....NAMA BLOG PUN MENARIK!

Reply
avatar
Sunday, April 17, 2016 delete

bawak berjalan2 dlm flight jika dah boring sangat

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!