On weekend, aku berkesempatan untuk merasa sendiri sejauh mana adventurenya Gua Tempurung. Kali ni jalan-jalan ngan 3 geng opis yang sakit otak - peyuh, macha and ubai + 2 staff dari Korea. Actually plan ni originally datang dari mamat Korea tu la yang beria nak explore Gua Tempurung! So aku ni artis jemputan jerkkk..hahhaha..
Btw Gua Tempurung ni terletak di Perak, tak jauh mana pun if korang drive dari KL. Perjalanan dari tol Jalan Duta ke Gua Tempurung amik masa dalam 1 jam 45 minit je dengan kelajuan biasa. Kalau korang naik basikal, maybe 2 hari la kot baru sampai...hehehehe
Dari KL, korang akan keluar ikot exit 135 Gopeng. Then after tol, korang belok kanan. Sepanjang jalan terdapat signage untuk ke Gua Tempurung tu. Dari tol ke Gua Tempurung, amik masa tak sampai 10 minit pun, then korang akan nampak satu junction sebelah kiri. Dont worry, takyah pakai Wazes pun sebab ada signboard besar kat simpang masuk. Terus je dalam 1.5KM, then korang akan sampai! Dont worry, parking is FREEEEEE!
Ok..then korang gi je la beli tiket. Ada 4 kategori tiket untuk teroka Gua Tempurung ni:
1. Tour 1 - Golden FlowStone
Yang ni tour yang paling senang. Perjalanan teroka gua dari main entrance hinggalah ke Platform
no.3, then korang akan patah balik. Easy
**Tickets: Adult RM8 / Children RM4 / Senior Citizen RM4
2. Tour 2 - Top of The World (minimum 5 adults)
Yang ni plak tour selama 1 jam 45 minit. Yang ni korang akan walking dalam gua hinggalah ke platform no.5, dan kemudian korang akan patah balik.
**Tickets: Adult RM12 / Children RM6 / Senior Citizen RM6
3. Tour 3- Top of The World & Short River Adventure. (minimum 8 adults)
Yeahhh..yang ni trip yang agak mencabar sket. Trip ni makan masa selama 2 jam 30 minit . Dont worry, trip ni akan ditemani oleh Cave Ranger. Journey ni akan melalui gua sejauh 1.2KM bermula dari main entrance hingga ke Golden Flowstone dan kemudian korang akan melalui Top of The World dan seterusnya korang akan merasai pengalaman berjalan melalui underground river yang sungguh menarik dan sedikit mencabar.
**Tickets: Adult RM12 / Children RM6 / Senior Citizen RM6
4. Tour 4 - The Grand Tour! (minimum 8 adults)
Haaa yang ni route paling dasyat sekali! Perjalan route ni amik masa selama 3 jam 30 minit hingga ke 4 jam bergantung pada lajunya korang jalan dan rentas halangan. Ni merupakan complete journey dalam gua sejauh 1.8KM. Laluannya bermula dari main entrance terus ke Golden Flowstone, sambung ke Top of The World serta melalui perjalanan menggunakan anak sungai di bawah gua. Kompem semua baju basah! Dont worry kerana korang akan sepanjang masa ditemani oleh Cave Renger yang sangat hebat serta berpengalaman!
**Tickets: Adult RM30 / Children RM15 / Senior Citizen RM15
So we all amik route paling susah dan paling jauh, iaitu Tour 4 - The Grand Tour!. After sedikit doa dari semua peserta Route #4 ni, perjalanan we all bermula melalui main entrance. After masuk je, korang akan kagum dengan pemandangan gua yang indah. Cave Ranger we all - Brother Tajul memang sangat awesome + hebat! Banyak maklumat yang dia bgtau we all mengenai keadaan dalam gua ni. Semua ternganga apabila Bro Tajul tunjukkan we all bentuk2 batu yang menyerupai binatang yang ada kat sini.
Then we all teruskan explore dgn memanjat tangga-tangga besi untuk ke atas. Pada yang gayat, sila jangan tengok kat bawah! Terbayang macamanala dorang bley bina anak-anak tangga ni didalam gua...heybattt!
Perjalan we all diteruskan dengan menuruni anak tangga dalam keadaan yang serba gelap. Then bermulalah cabaran pertama..korang akan turun bahagian curam dengan gaya slidingkan badan korang. Why? Kerana tempat ni sangat licin, so sliding merupakan the only cara untuk turun. So takyahla nak segak or melawa sangat sbb semua pakaian akan kotor dan basah..hehehhe..Kalau korang gerak dalam big group macam we all (more than 35 pax kot sbb mix dgn group lain), maka sliding ni akan amik masa sebab cave ranger akan lepaskan seorang demi seorang untuk slidingkan badan menuruni curam ni. Sila jangan gerun or takot untuk cuba!

Then sampaila ke cerunan yang ke-2, kali ni cerun agak tinggi...pun korang akan sekali lagi menuruni cerunan ni dengan slide kan badan korang...hahhaa nampak gerun je bila first time nampak cerun yang curam ni. Ohh before that, korang akan mendaki diatas tanah yang agak licin serta afak tinggi. Yang penting korang kena berani dan trust yourself, sure korang bley sampai ke atas!
![]() | |
|
Selain tu, ada cerun setinggi 9 meter yang korang terpaksa lalui kiranya korang pilih Tour #4 ni. Hahaha..kali ni kerjasama berpasukan amatlah perlu! Cerunan ni memang agak merbahaya. Ramai yang terpeleot kaki kat sini berdasarkan apa yang dikatakan oleh caves ranger we all. So Bro Tajul pada awalnya menunjukkan cara menuruni cerun curam ini dengan betul - pun dengan cara body sliding. Cuma kali ni agak tinggi, ada team yang turun terlebih dulu untuk sambut geng-geng lain semasa proses body sliding ni. Yang penting kena berani and kena percaya pada member-meber korang yang akan sambut korang semasa penghujung sliding ni. Believe ni, memula nampak cerun curam ni...memang gerun beb! Hahaha..
Pastu we all akan bergilir masuk ke dalam sebuah lubang sedalam 3 meter kot...dont worry, nmpak je dalam but we all punya caves ranger akan sambut we all kat bawah tu agar we all tak jatuh terlentang macam nangka busuk...hahhaha..thanks again Bro Tajul!
![]() |
Inside cave - Dark environment actually ,but i snap using slow aperture with GoPro to make it bright |
![]() | |
|
Laluan ini akan berterusan sehingga korang akan jumpa jalan keluar yang korang memula masuk tadik...sedikit demi sedikit cahaya langit mula kelihatan...huh..lega..hahha
So pada korang yang teringin nk merasai pengalaman berjalan, hiking, memanjat serta berenang dalam underground river serta nak rasa gayatnya body sliding kat cerun yang curam, sila ke Gua Tempurung! Serius trip ni memang awesome dari kuih bahulu yang korang makan tu!
We all settel semua laluan dalam masa 4 jam lebeh, keluar gua je..hujan lebat! Sejuk satu badan! Hahaha...
Sorry no photo masa we crawling dalam air bcoz too dark and tangan plak bz merangkak..hahha
Ok..ni kelengkapan yang korang harus prepare kiranya korang ada plan nak ke Gua Tempurung.
i. Any kind of light, torchlight - seeloknya korang gunakan headlamp yang melekat kat kepala korang tu, so senang nanti korang nak berjalan or sliding or merangkak. Takderla tangan tu terkial kial nak pegang torchlight.
ii. Kasut - sila carik kasut yang sesuai untuk korang jalan dalam gua yang licin dan basah. Selipar? Perghh tidak digalakkan sama sekali!
iii. Pakaian - Pakai baju yang simple, sebab korang akan redah batu licin, merangkak dalam sungai, turun cerun curam dengan cara sliding. So agak-agaklah baju.seluar camner yang korang nak pakai. Takkan nak pakai baju kurung or baju melayu kot...hahahhaa..
iv. Kesihatan - Yang ada penyakit asma or sakit jantung or ada yang pernah patah-patah tulang tidak digalakkan untuk try route-route yang susah. Nak jugak, amik je la Tour #1 or Tour#2. Yang sakit otak takder masalah untuk join sbb we all pun ramai yang sakit otak dan brain damage! Muahahaha...
![]() |
This is our Caves Ranger who guide us in this awesome trip |
Mr.Tajul - 0176443608, dont worry, brother ni baik dan awesome!
Ok...jom layan videooooo...
9 comments
commentsOSEM BLOG!
ReplyNak tanya..kne fit betul-betul ke kalau nak masuk gua tempurung ni for trip 4? Tak pernah try benda2 cmni
ReplyHi...x perlu sangat pun..janji ada stamina sket pun ok. Tak heavy sgt pun. Memang sgt seronok kott explore gua ni... harus cuba!
Replykena booking dulu ke nak pegi gua tempurung tu?
ReplyIf plan to go with big groups, then better booking in advance. But kalau setakat 2- orang, walk in pun okeyyyy
ReplyAda waktu tertentu ke nk masuk tour 4 tu?
ReplyUntuk yang masuk lubang kecik tu, utk yg berbadan besar mcm mana ye? Dia ada sediakan jalan alternatif ke?
ReplyThanks for sharing you travel story with us Kakikujalanjalan.
ReplyTANYA KAKIKUJALANJALAN: