NAK BUAT APA KETIKA TRANSIT?

Huwaaaa...heloo again! Ok..now nak citer pasal transit. Tak kira la kat mana-mana airport pun. Maybe korang long haul flight direct to destinasi korang. But ada jugak yang suka fly un-direct. Especially yang fly almost 12-15 hours! Why korang transit? Kebanyakkannya sebab nak amik angin luar...and nak elak dari bosan long haul flight la kannnn...hehehe..

So...jom start! Ok..apa yang patot korang wat kiranya korang transit kat sesebuah airport tu antara 3 hingga 8 jam? Ada gak connection flight yang amik masa lagik lama kannn.. So, takkan korang nak dok ternganga je kot...or takkan nak dok tercongok je kotttt... tak rock la beb! So apa kata korang wat benda-benda yang kat bawah ni... Selalunya benda-benda ni ada jerk kat mana-mana International Airport...hehehhee...

So, apa yang korang leh buat???

1. Window Shopping
Most of International Airport ada sediakan kemudahan untuk korang shopping or at least cuci mata korang tu dengan window shopping! Wahhh bunyik cam best...lagik best kalau korang ada duit..hehehhe... Most of airport punya shopping outlet memang tax-free!! Tax Free bukanlah bermaksud barang freeee tau... So amik kesempatan ni untuk cari benda-benda yang xder kat Malaysia. Or maybe korang bley beli perfume ke, rokok ke...pakaian ke.. Takde duit? Hurmm..mean korang cuci mata je laaa...pun bolehhh laaa...


2. Lepak Minum
Haaaa..ni pun feveret gak ni. Cer cuba try pekana coffee ke, pekena jus epal ke apa ke. Or cer try makan makanan feveret negara tu. At least dah alang-alang dah transit, tak salah gi try something yang baru...Berlambak cafe or restaurant kat mana-mana airport dalam dunia ni. Cer rajinkan kaki tu ronda-ronda area airport! Or korang bley je lepak sambil makan apa-apa sneks. Takkan nak hadap makanan samaaaa jerkkk cam dalam flight tadi kann...kannn...


3. Play Area
Kalau korang bawak kids, kebanyakkan airport ada sediakan kids playground untuk passenger yang transit ni. Jangan pikir bosan korang jerkkk, bosan kids pun kena pikir jugak! Selain tu maybe ada sesetengah airport yang sediakan game centre kat tempat dorang. Gi la layan video games ke apa ke sementara korang sambung fly...


4. Massage
Nowadays, most of airport dah ada kemudahan massage. Haaa..apa lagi, cer try gi massage badan tu.. dah la lenguh time fly tadik kan. So ni pun best gak kalau korang cuba! Even kat KLIA pun dah ada service massage ni kottt...penah nampak rasanya, hehehe. Or at least korang sumbat jer la syilling dalam kerusi massage. Kesian kat badan yang lenguh-lenguh tu...haihhhh...


5. Premium Lounge
Haaa..ni kalau korang berduit sket, apa kata korang sewa lounge. Bleh la gak lepak-lepak minum. Or kalau lesu sangat, bley je lepak mandi jap then baring-baring. Xderla muka korang tu jadik sembab. Baru la hensem time nak ngorat awek stewardess...hik hik..


6. Habiskan Kerja
Ohh..maybe korang ada benda yang tak settel lagi? So apa kata lepak je memana area yang ada free wifi tu, then siapkan kejer korang. Or at least, revise balik itinerary korang sebelum sampai destinasi tu. Time ni jugak korang bley jer sambung research pasal tempat yang korang nak pergi tu kan..so lagi banyak research, lagilah perfect travel korang tuuuu...

7. Nap..nap... napppp
Maybe tadik korang tak seronok nak tido dalam flight sebab seat tak betol degree kecondongannya kan. Sure sakit belakang! So apa kata korang carik tempat yang sesuai untuk korang nap kejap. Nap bukannya kat belakang lorong tau or celah mana-mana kerusi. Carikla tempat nap - benda ni pun kebanyakannya dah banyak kat mana-mana airport. Sewa kerusi yang bleh condong almost 180º, and then tido sekejap.... Tido selesa lagi elok walaupun hanya 5 minit!



8. Exercise la bangggg
Dah la tadik dah fly 7-8 jam...jap lagik nak sambung lagik fly lagik 7-8 jam, so apa kata kalau korang do some light exercise. Buat je kat tempat-tempat yang tak menggangu orang ramai. Jangan plak korang wat exercise depan kaunter check in, mau kena lempang ngan airport staff! Hahahhaa.. Maybe sesetengah aiport ada sediakan bilik untuk exercise ni, mini-gym ke, bilik riadah ke... So sebelum fly, sila google airport mana yang korang nak transit and carik apa benda kemudahan kat airport tu. Jangan malas-malas!

9. Ronda-Ronda
Malas nak shopping? Malas nak tido? Malas nak massage? Malas nak wat apa-apa? So korang jalan-jalan jer laaa area airport tu. Tengok apa benda yang ada kat situ, check apa benda yang best, perati apa benda yang pelik yang tak terdapat kat Malaysia ni kannnn.. At least otak terbukak sket, hehehhe.. Or kat sesetengah airport, korang bley tengok kapalterbang landing or take-off. At least terhibur sebab dapat tengok macam-macam pesawat yang tak pernah ada kat Malaysia. Jangan tengokkk jerkk..at least try amik tahu tu kapalterbang apa? 737-800 ke, A380 ke...787 Dreamliner ke... Or at least amik tahu nama-nama airlines tu..JAL ke, Emirates ke, Qatar Airlines ke, Qantas ke...EasyJet ke...bla bla blaaaa..



10. Catatan Perjalanan
Hahhh...yang ni untuk kaki yang suka menulis la kan. Catit je apa-apa yang korang dah buat sepanjang fly tadik. Tulis lawa-lawa dalam note book or direct kat hp or laptop. Later senang la nak update dalam blog korang or dalam FB. Takder la garuk kepala kalau kawan tanya apa yang best kat sini or kat sana...

11. Keluar dari Airport!
Haaa semua benda kat atas tak jalan? So apa kata kalau korang keluar kejap dari Airport. But yang ni depend pada berapa lama yang korang transit or depend pada syarat-syarat transit sesebuah negara tu. Selalunya ada je cara nak keluar. Maybe korang bley apply 'transit witout visa'. Yang ni korang kena tanya kat airport tu. Or maybe korang bley jer tanya kat stewardess sebelum korang landing untuk transit. Or maybe dorang hanya allowed korang keluar dari airport hanya kiranya korang ada visa. So please prepare la awal-awal sebelum bertolak, takder la frust menonggeng sebab xleh nak keluar jalan-jalan..hehehhe



ELAKKAN dari bebankan otak korang dengan benda-benda or activiti-activity yang banyak guna otak. Kena kasik otak and badan tu chill sket after fy panjang tadik. So carik benda-benda yang ringan-ringan je untuk dibuat...Stress nanti, biler dh stress, mula la sakit sakit badan or start sakit kepala or sakit perut. Dah jadik tak best dahhhhh kann..kannnn...

So, tu la dia serba sedikit tips yang maybe berguna kalau korang dalam proses transit kat mana-mana airport. Lau rajin, korang follow la. Lau malas, xleh nak cakap apa laaa...wat la apa yang korang suka okesss janji hati heppi!

Kalau korang ada cara korang, meh la share share... :)

TIPS - kalau nak travel oversea - book je Pocket Wifi ni terus kat Malaysia. Sampai je oversea, bley terus guna! Takder la terhegeh hegeh nak cari port wifi freeeee...hehhheehe...


Anyway...HAPPY TRAVEL GUYS!!! Semayang jangan lupa okesssss....muaxxxx!!

Psss..korang xnak ke iklankan produk korang kat blog ni? Hehehe... Kalau nak, baca ni




Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
Anonymous
Saturday, September 23, 2017 delete

mcm ne ek.klu transit kat vietnam.kne ad visa gak ke?transit 15jam.tp xperlu chek in kat kaunter lg kn?abs luggage mcm ne?xyah tuntut ke?atau airport y uruskn?

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!