WORKING THE SKIES! - STEWARDESS, BEHIND THE SCENES.

Okess...now we talk about airlines business! Slalu korang fly, sedap-sedap jer korang lepak duduk atas seat kan? Tak kira laa seat economy, bussiness class or first class...wahhhh...seronok kann? Especially time kita cuti untuk gi travel yang jarak jauh ni.... But do you all tahu siapa yang paling busy behind the scenes selain dari pilot/captain yang dok busy handle plane dari sebelum start aircraft pushback hinggalah sampai time landing? Of course la airlines punya steward and stewardess... Do you know apa actuall job dorang selain dari serve F&B untuk korang?




DO AND DON'TS KETIKA ABROAD - SAFETY FIRST!

Wahhh...lately ramai yang dah berani untuk keluar travel abroad. Tak kiralah korang travel secara solo or secara berjemaah ngan kengkawan or ngan family members. Tak kiralah korang travel guna duit poket sendiri or guna duit kutu or family tanggung...hehehe. Mean anda heybattt!
No..no..nooo!
BUT setelah beberapa kali aku dikejutkan dengan kes-kes jenayah yabg berulang especially yang berlaku di Vietnam, tempoh hari, maka benda pertama yang korang kena taruk dalam kepala ialah SAFETY.

Hurmm...yes maybe korang dah berpengalaman travel ke banyak negara, but tu la kan..malang tak berbau. Yang kerap travel pun dorang akan mark untuk rompak, samun bagai. Ini kan plak yang baru nak berjinak-jinak untuk keluar negara. So, kena ingat..SAFETY FIRST. Kat sana yang boleh tolong kita adalah diri kita sendiri, not others.
So jom kits share tips-tips DO and DONTS ketika korang berada di tempt baru. Tak kiralah kat dalam or kat luar negara. But mostly korang patut double aware la if kat luar Malaysia.


SO, LETS START WITH DO!

DENGAR, DENGAR DAN DENGAR NASIHAT/TIPS
Ermm..jangan amik mudah if korang dapat apa-apa nasihat keselamatan dari kengkawan or dari airlines provider or dari travel agent. Tak kiralah apa juga nasihat. Yang penting korang kena dengar dan jangan wat tak tahu and amik mudah. Contohnya kalau member korang dah nasihat, kalau nak gi shopping kat Vietnam, jangan pergi ke kedai A and B. Jangan bawak banyak cash takot nanti jadi mangsa penyeluk saku, mangsa samun or rompak. So sila dengar nasihat kawan okesss..jangan nak ketegaq sangat ala-ala kita ni dah terer segala benda.

COMMON SENSE / INSTINCT  SANGAT PENTING
Naluri kita ni kebanyakkannya betul. Contohnya kalau kita nak sangat main try parachute kat Sydney, but naluri kita ni kata jangan..jangan.. So sila sesekali follow naluri korang tu. Kang tak pasal-pasal pengsan sebab ada kes kawan yang pengsan masa dah terjun dari aircraft, so korang tahu keupayaan badan korang camner kan...kannn... And kalau travel ngan kengkawan or family, sila la sesekali dengar gak pandangan mereka, jangan dok pikir kepala sendiri jer, common sense la sket brader..hehehe...
MEDICAL STATUS
Ni pun tak ramai yang amik peduli. Actually kalau korang travel solo, please tarok some medical status korang lat dal am wallet ke, bag ke apaa ke, kot-kot la korang ada sakit asthma ke, jantung ke, senang medical personal nak rawat korang kalau korang pengsan. Sama gak kalau korang travel ngan kengkawan. Tak salah bagitau masalah kesihatan korang kat kengkawan yang travel sekali tu, senang dorang nak rawat kalau terjadi apa-apa kat korang...kan kannn... So, sila share medical status korang tu ngan geng-geng yang travel sekali tu....

DOKUMEN
Hurmmm..benda ni palinglaaa utama. Wehh..meh sini nak bagitau, sila jaga passport merah koranng tu ibarat menjaga nyawa, ibarat menjaga bini, ibarat menjaga awek korang sendiri. If benda alah tu ilang, alahaii rumitnya hidup korang nanti kat negara luar. Sama gak dengan benda-benda penting lain seperti emergency cash, card credit, insurance policy, airline ticket bla bla blaaa..sentiasa korang kena jaga serapi-rapinya benda-benda alah ni. Kalau bley, beli money belt or pouch bag yang korang boleh sorok/pakai di bawah baju tu...beli yang mahal sket yang ada anti-theft function, or simpan dalam kargo pants yang berzip kemas. Kalau aku, passport dan emergency cash sentiasa melekat kat sebelah dalam badan. Tak simpan dalam beg sandang ke apa sebab kengkadang beg sandang kita pun kita bley terlupa amik selepas makan or bergambar! Kannnnnn...kannnnn... Cer amalkan simpan salinan all those documents - photostat siap-siap kot kot terjadi benda yang pelik-pelik nanti, at least kita ada salinan... Cuba simpan salinan ni kat hotel lobby or dalam safe deposit box kat hotel.
MALU BERTANYA SESAT JALAN
Jangan segan silu nak tanya local people or travel agent tentang lokasi yang kita nak gi tu. Especially yang berada jauhhh dari kawasan public or masuk ke pendalaman sket. Bahaya ke...selamat ke...ada apa kat sana waktu tu...semua tu korang kena rajin bertanya. If dorang dah nasihat xyah la gi area tu, so better korang dengar jerkk. Local peoples lagi terer dan tahu pasal tempat yang korang nak gi tu okesss.. so jangan degil nak decide dengan kepala sendiri...hehhee. Korang kena pastikan kawasan yang korang nak tuju tu betol-betol selamat. Tak kira la selamat dari segi mana pun, janji selamat!


LINTAS JALAN, TENGOK DULU!
Hahaha..yang ni pun korang kena carefull and carefull and carefull! Ramai yang amik mudah hal ni sehinggalah jatuh tersungkur baru perasan laluan trafic tak sama macam kat Malaysia. Ramai yang amik mudah semasa melintas jalan. Remember, haluan traffic kat luar negara tak sama dengan laluan traffic kat kodiang kedah tempat korang tu...tak sama macam kat gua musang or tak sama macam greenwood gombak okeyyy! Observed dan peratikan betol-betol mana laluan traffic, dari kiri or kanan? Kalau kat Japan, korang lintas jalan sure kenderaan akan berikan laluan. Tapi kalau kat Vietnam or Thailand, cer try lintas...kompem kena langgar ngan tut-tut kalau tak carefull...hehehhe...so guys, sesampai jer sana...observed semua benda okey. Jangan sebok observed awek jerkkk...adehhhh

DON'T DO THIS OKESSS!


BAWAK RIBU-RIBAN
Jangan bawak cash yang banyak sampai beribu-ribu kalau keluar travel tu.  Bawaklah seadanya. Kalau kena samun or kena rompak or kena pick pocket or bag tangan kena tetas, apa pun tak bolehhhh.. So, berpada-padalah. Better guna credit/debit card or cash je kat ATM kat sana BUT make sure korang dah activate overseas punya limit dan usage.

SAY NO - POKET BELAKANG

Jangan sesekali simpan large amount of money kat poket belakang. Simpan jer cash korang tu kat pocket tepi yang paling hampir dengan mata korang. Banyak kes duit ilang sebab korang tak perasan yang korang dah pun kena pick-pocket!

TUNJUK KAYA

Jangan nak ngengada acah-acah kaya dengan kira duit yang banyak kat depan public! Maybe korang tak perasan yang ada mata dok usha korang, tunggu masa nak ngappp je. So takyahlah tunjuk cash kat depan orang ramai. Jangan nak acah kaya dengan pakai gelang tangan setebal peha or pakai rantai leher labuh sampai ke lutut nak acah-acah hebat. Nanti kang ada plak yang acah pistol untuk samun kang.

JADIK HERO

Janganlaaa korang acah berani sangat nak keluar tak tentu hala kat tempat yang sunyik secara solo. Pastikan bawak member. Lagi ramai lagi bagus, takyah acah berani handal hero sangat.

TUMPANG DAN MENUMPANG

Jangan nak amalkan hitch hike! Jangan menggatal nak tahan kereta strangers sebab semata-mata nak jimat dan nak tumpang freeeee... Gilo ko apo nak tumpang ngan orang yang tak kita kenal, haihsssss. Yes ada kawan yang hebat travel cakap,  its okey kalau nak hitch hike but tu la kan, selagi tak kena..selagi tu la dorang kata ok. So sila nilai risiko sebelum hitch hike ni. Tumpang ngan kawan pun kengkadang kawan pau soh bayar tol kann...hehhee. Begitu juga sebaliknya. Kalau korang sewa kereta kat luar negara, jangan ngengada nak baik hati sangat nak kasik orang luar tumpang walaupun ianya awek cunnnn... tak pasal-pasal masuk perangkap samun plak kang. Read report about hitch hiking ni kat sini

JANGAN NAK BAIK SANGAT

Jangan pandai-pandai terima pelawaan minum secara tiber tiber dari somebody yang korang baru kenal. Especially gadis-gadis tak kira lawa or tak, kurus or gemuk, slim or chubby. Maybe dorang akan taruk something dalam air korang tu. And time lepak minum, pastikan minuman korang tu terjaga, jangan sampai terlalai hingga dorang sempat masukan something..pun pernah happen before this okessss...

AIR ASIA NOW FLY TO MAURITIUS!

Wahhh...wahhh...now korang takyah lagik pening-pening nak pikir camner nak jalan-jalan ke  Mauritius sebab now AirAsia dah pun bukak tempahan untuk korang flyyyyyy direct ke sana! Wahh wahh wahhhhh...sronok korang yerkkk...

photo from - www.southerncrosshotels.mu
So dari KLIA2 (KUL), AirAsia akan bawak korang terbang selama 7 jam ke Mauritius (MRU)...hurmmm kat mana Mauritius ni?? Nama penuh tempat ni ialah Republic of Muritius (French: République de Maurice) - terletak di Indian Ocean lebeh kurang 2,000 kilometers dari tanah Afrika. Perghhh macam jauh tuuu tapi jarak nak fly ke sana macam dari KLIA ke Japan jerkk..total plus minum 7 jam jerkk.. So rasanya kat sini pakai matawang Mauritian Rupee (MUR)...erkk rasanya la sebab x penah sampai lagik...hehehe





So apa yang hebat sangat kat Mauritius ni?? Of course la dorang punya pantai yang memutih..qu putih qu putih barulah putehhhhh...hehehe pengsan!

Diceriterakan oleh member2 yang dah penah sampai kat sini, korang bley layan sunrise dan sunset yang terbaik...then bley layan golek-golek di pasir pantai dan juga boleh layan snorkelling di laut yang crystal clearrrr....so sila imagine la sendiri okes..

Kat sini jugak korang bleh try hiking, berjalan melalui hutan yang cantik serta mandi manda serta bergambar berlatarbelakangkan air terjun yang cun!

Best time nak gi sana??
Melalui study kat encek google, paling win kalau korang nak layan Mauritius adalah dari bulan May ke bulan December di mana time ni cuaca sangat nyaman, kering dan ada sinar mentari sang suria, cewahhh...

Elakkan dari ke sana pada bulan January hingga Mac - sebab time ni musim cyclone! Bahaya beb...kang tak pasal-pasal hanyut plak korang ke tengah laut!


photo from - indian-ocean.com

AIRPAZ.COM / FARECOMPARE.COM - UNTUK CHEAP TICKET HUNTERS!

Wahhh..nampaknya rakyat Malaysia dah makin seronok travel ke merata dunia! Kita bley clearly tengok kat pelbagai travel groups kat FB seperti Backpackers Buddies Malaysia, Travel Buddies Malaysia dan pelbagai group lagi yang hebat ahli groupnya berbicara tentang travel di dalam Malaysia serta luar negara! This is sooo positive!


So selain daripada beberapa engine carian yang telah dan sememangnya terkenal seperti:

1. SkyScanner http://www.skyscanner.com.my
2. CheapFlight - http://www.cheapflights.com.my
3. Momondo - http://www.momondo.com
5. Google Flight - https://www.google.com.my/flights/
6. ItaSoftware - http://matrix.itasoftware.com

Kini terdapat 2 lagi engine carian yang tak kurang hebat gak untuk korang yang jenis cheap ticket hunters ni, kini korang bleh gunakan engine carian AIRPAZ. Web ni jugak agak hebat dalam membandingkan pelbagai harga tiket dari pelbagai airlines provider. Tak caya?? Cer try click this AirPaz ni!


Yeahhh..apa lagik, start hunting tiket-tiket murah okesss! Happy Jalan-Jalan guys!

JANGAN BUAT NI SEMASA TRAVEL ABROAD!!

Wah wah wahhh..seronok nampak usung DSLR ke hulu ke hilir sambil mata terkebil-kebil baca map sebab tersesat, tangan lain plak bz pegang iPhone 6s! Hurmmm..sedarkah korang yang tatalaku korang ni bakal mengundang bala? Maybe ada someone yang dok perati gelagak korang secara senyap-senyap sebab dorang nak menyamun merompak korang..?? Huhh...ngeri wehhh kena samun kat luar negara! So ni list yang selalu travelblog highlight yang korang kena alert sealert-alertnya ketika korang berada jauhhhh ditempat asing!


So jom amik-tahu apa benda yang korang JANGAN BUAT semasa korang berada dibumi asing...and maybe benda ni jugak korang bleh apply semasa travel dalam negeri...huh...



STAY HUMBLE BEBEHHH!
Jangan tunjuk sangat yang korang tu traveller or tourist or pelancong dan perkataan lain yang seerti dengannya. Jangan dok membengongkan diri baca map dikawasan-kawasan yang agak terpencil dari umum, dan jangan pakai baju yang boleh tonjolkan korang ni pelancong baru kat situ..better pakai biasa-biasa jer without any cloths yang over menonjol! Takyah nak acah-acah tourist sangat...


TAKYAH OVER BAWAK CASH!
Takyah nak menggedik tukar RM dalam jumlah yang agak banyak. Korang maybe diperhatikan dari awal lagi semasa korang tengah tukar duit semasa kat luar negara. Simpan je cash seadanya, bukan ribu-riban...silap-silap korang kena samun, apa pun tak dapekkkkk... Kalau dh kat luar negara, jangan nak convert cash kat tempat pelik-pelik, tukar je kat proper money exchange walaupun ada cost sikit. Korang bley jerk guna credit card or debit card semasa kat sana. Bley je withdraw cash dari ATM sikit sikit walaupun agak rugi sebab cas dari bank BUT tu lagik selamat dari tetiber korang kena rompak or tetiba cash korang tercicir ntah ke mana...huhuhu...bleh pening palaaa wooooo..


NAP DI 'SLEEEP BOX' DON MUEANG AIRPORT (DMK)

Malas nak bangun pagi dan rushing ke Don Mueang International Airport dari hotel korang di Bangkok? Or korang nak tak rushing ke kota Bangkok bila tiber dah agak lewat dari Malaysia???


OVERSEAS WEEKEND GATEAWAY? WHY NOT?...

Haaa..penat kejer sepanjang hari?? Why not korang yang selalu bz ni larik kejap ke negara jiran for weekend gateaway?? Maybe korang bley fly Jumaat malam after work or maybe bley je fly early Sabtu then fly balik Ahad petang or malam. Memang agak rushing but believe me, at least korang bley legakan otak korang yang berserabut semasa bekerja!


So mana nak pergi?? Meh saya cadangkan beberapa tempat yang mampu korang travel semasa weekend. Yang penting korang bley enjoy your short trip semasa hari minggu. Bley jerk travel sorang or maybe dengan kengkawan.

SINGAPORE
Singapore yang paling senang! Korang bley drive sendiri jerkk terus ke Singapore or if malas drive, bley je fly ke sana. Banyak option untuk flight murah macam Air Asia or Jetstar Asia.  Korang bley jalan santai di Orchard Road, bleh lepak makan-makan di Arab Street, lepak amik angin di Marina Bay or area Merlion Statue. Korang bley jer sight seing di banyak area kat sini, bleh merasa naik beca di waktu malam di China Town. And untuk yang fly, bleh jerk buang masa di Changi Airport - Airport yang mendapat ranking No.1 dalam dunia! Yang tak bestnya ialah rate SingDollar still lagi mahal if compare tu RM Malaysia...adoiyaiiii...



BANGKOK
Haaa..maybe korang bley fly kejap ke Bangkok. Jangan risau pasal masalah masa yang singkat sebab saya dah banyak kali dah fly ke Bangkok during weekend! Memang sempat! So maybe korang bley naik AirAsia dan mendarat di Don Mueang Airport (DMK). Terus jer naik teksi ke kota Bangkok sebab murah! So kat sini, korang bley jer jalan-jalan di weekend market yang terkenal iaitu di Chatuchak Weekend Market. Bermacam benda ada di sana, sesuai untuk korang cuci mata or nak light shopping. Then korang bley lepak makan tomyam or pulut mangga yang terkenal kat Bangkok ni..saya rekemen korang pergi je ke Usman Thai di Soi 22, Bangkok. Masakan kat sini memang awesome dan meletop-letop! Pastu korang bleh je cuci mata di Siam Paragon Mall or MBK Mall. Dah sampai area ni, Hard Rock Bangkok memang dekat jerk...jalan kaki dah bley sampai. Pastu bley lepak kat Terminal 21 Shopping Complex, pun hebat gak concept shopping mall ni yang mengadaptasi konsep airport! Kat sini jugak korang bleh rasa naik Tuk-Tuk. Kalau pandai bodek macam saya itu hari, bley jer naik Tuk-Tuk dengan bayaran TB100 (RM10) jerkkk untuk round-round bangkok sampai lebeh dari sejam! Untuk night market, korang lepak je kat Patpong. Ni pun area night market yang awesome dan terkenal kat Bangkok! Rugi if korang tak jengok... Ohh ya, Spa dan Massage  yang awesome memang banyak berterabur kat Bangkok ni...cer try! Hehehe...





JAKARTA
Jakarta pun not bad untuk korang lawat cuma masalah traffic jem la yang takleh blah...leh wat sakit pala wehh..hehehe. So AirAsia pun ada cheap tickets untuk ke sini during weekend. Kena pandai carik laaa kan. Mana nak lepak?? Haaa..korang bley jer lepak window shopping beberapa mall yang hebat-hebat kat sini like Grand Indonesia (FX Mall), Mangga Dua - ni tempat barang murah! - berbaloi kalau lepak sini beb... , Blok M dan  maybe korang bley jengok pelbagai souvenirs yang murah dan pelik-pelik kat Pasar Ikan (nama dia memang Pasar Ikan - bukan tempat jual ikan okesss...) Maybe korang bley ronda-ronda di Pasar Baru (Jakarta's Market) , kat sini pun banyak benda untuk korang explore dalam masa yang singkat. Maybe korang bley release tension dengan masuk pusat Spa yang agak murah kat sini! Mana nak makan?? Huhh..dont worry, banyak warung makanan yang hebat-hebat kat sekitar Jakarta ni....sedap sedappp!



BANDUNG
Bandung pun okey jerk untuk kaki window shopping dan kaki shopping! Kat sini korang bley lawat pelbagai shopping factory outlets kat sini sampai lebam! Korang bley ronda di Cihampelas Walk, lepak di Dago Area, then terus ke Factory Outlet di Jalan Riau, pastu amik cab ke Rumah Mode.Then bley terus ke Paris Van Java...pendek kata memang putus kaki korang sebab penat window shopping! Hehehhee...then sure stress kerja korang akan hilang!




HO CHI MINH
Hurmmm...kat sini pun sompekkkk if korang nak travel during weekend. Amik jer flight early subuh pada hari Sabtu, then fly balik KL ahad malam. Ok..mana nak lepak?? Korang boleh lepak santai di area Ben Thanh Market, salah satu temat iconic kat sini. Then korang bley ronda-ronda dan bergambar di banyak building yang cantik-cantik macam di sepanjang Saigon River. Penuh kat situ bangunan tinggalan France yang cun-cun. Nak senang korang bley jer sewa motor untuk ronda-ronda bandar Ho Chi Minh. Korang bley try ronda-ronda di Dan Sinh Market. Banyak benda-benda pelik kat sini...kalau minat, terus beli! Jngan lupa bargain for best price! Try avoid tempat-tempat yang agak jauh dari bandar or tempat-tempat sunyik. Bukan apa, takot kena rompak macam kes-kes lepas tu...hurmmmm...

SKY POOL VILLA - GRAND LEXIS

Oh my...last week once again aku berpeluang untuk lepak di salah satu suite mewah di Grand Lexis, Port Dickson. This is my second time stay here after i did it with my big family members last 2 years ago. And still tak pernah boring bila stay kat sini!


So this article just nak share a few photos of my room - maybe korang pun bley plan untuk stay sini during weekend or during your holiday vacation. Memang puashati dan berbaloi! So...enjoy all photos - ni bilik 'Sky Pool Villa'
















So...apa benda lagi kemudahan yang ada dalam bilik ni???

  •     Size 1,216 - Serious memang besarrrr gilerr!
  •     Tower Block
  •     2 king size beds
  •     Can accommodate 04 persons
  •     Private swimming pool with garden - pun awesomeee, korang ada privacy!
  •     Dry Kitchenette
  •     Separate bath and toilet
  •     Rain shower
  •     Wall mounted hairdryer
  •     Mini fridge
  •     In-room safe box
  •     Astro - 19 channels
  •     42" LCD flat screen TV
  •     Coffee and tea making facilities
  •     Electric kettle
  •     IDD telephone
  •     Ceiling mounted air-conditioner
  •     Ceiling fan
  •     DVD player
  •     Microwave oven
  •     Iron and ironing board
  •     Bathroom weighing scale
  •     Umbrella
Haaa...apa lagi yang tak cukup?? Kalau datang with family memang sangat berbaloi, bleh masak je dalam this unit. Xyah nak keluar makan kat luar...spend jer whole day dalam bilik! So selain tu, kat sini jugak korang bleh ber'spa' sampai pengsan...hehehe..pergi je ke Lex Spa.


Selain tu, kat sini jugak korang bley try sukan memanah, ada gak kawasan untuk korang layan soccer beach, ada tempat untuk korang sewa basikal, ada gymnasium, ada kawasan playground untuk kids, ada outdoor pools yang besar, ada KMX yang korang bley sewa dan ride...dan ada juga Segway (sila google)...hehhehe...

So pendek kata, kalau free...datang je lepak sini...tak rugi!!

More info pasal this Grand Lexis: http://www.grandlexispd.com/

Read my past articles about Grand Lexis: http://www.kakikujalanjalan.com/2016/04/grand-lexis-gathering.html

AIRASIA X FLYING TO RUSSIA!

AirAsia X flying to Russia soon!’ Tony Fernandes confirms. 

AirAsia Bhd’s long-haul low-cost unit, AirAsia X Bhd, has added Russia in its route prospects.


Photos by - russia-insider.com

AirAsia Group Chief Executive Officer (CEO), Tan Sri Tony Fernandes, said he met Russian Federation Council Chairman, Valentina Matvienko, at an interactive meeting and business luncheon here.

In his Twitter account, the aviation tycoon said: “Now meeting Russia Number 2 strong lady. #AirasiaX will be flying to Russia soon.”


On the timeline, Fernandes, in a short text message, replied: “Wait and see”.  

   


The meeting today was organised by Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), Russian Embassy in Malaysia and Business Council For Cooperation with Malaysia.


Also present were Second International Trade and Industry Datuk Seri Ong Ka Chuan, ASLI CEO Tan Sri Dr Michael Yeoh and Business Council for Cooperation with Malaysia Chairman Dr Vladimir Sautov.


AirAsia X seems to be going all out adding new destinations this year, in line with its turnaround plan.


Earlier this year, AirAsia X CEO, Benyamin Ismail, was reported as saying the airline was also looking at restoring flights to Tehran given that Iran would offer a huge potential, while adding that London and Paris remained under its radar.




WHY TAKUT UNTUK TRAVEL??

Among us, sure ada gak yang still rasa panik or gelabah or takut-takut untuk travel, especially kalau korang travel in solo mode or travel berdua je...so why nak takut? So camner nak face that fear?? Actually banyak jerk cara nak elakkan hal takut ni..cara paling efektif, korang ke kuar travel! Kena try then face sendiri that fear, sure that fear akan hilang!!

Ok..jom kita tengok jenis-jenis ketakutan yang selalu korang alami, termasuklah aku sendiri kot..hehehhee....kan kannnnnn :-)

1. Korang punya Comfort Zone
Haaa..ni yang first! Selalunya korang syiokkk sangat dok kat umah sendiri. Sah-sah la semua orang akan rasa comfort bila lepak kat umah sendiri kan. Sumtimes korang akan penat pikir pasal hal-hal kerja + hal anak-anak kat umah, apa akan jadik kat dorang kalau korang kuar travel?? Ada yang pikir bini, pikir laki...haihh..so memang takkan kemana la kalau manjang pikir camtu. Korang akan rasa semua benda tu akan rosak or fall apart kiranya korang tak handle sendiri hal-hal tu. So...how to face it? Pakar pyskologi kata, korang kena write down semua benda worst scenario tu kat atas kertas, then tulis apa plak counter measure untuk that worst scenario. Then baca berulang-kali...insyaallah korang akan rasa lega dan tak takut untuk tinggalkan semua-semua tu yang korang hadap setiap hari 24/7. Kena ada rasa TRUST pada diri sendiri kot...kalau semua benda 'tak harap', maka sampai ke sudahlah korang takkan keluar travel ngan kengkawan or secara solo! Apa-apa pun, kena selalu thin positive beb!!



2. Takut Sesuatu yang Korang Tak Tahu
Haaa..yang ni memang semua orang akan alami. Orang jenis ni memang akan culculate semua benda bahaya semasa dorang plan nak travel. Semua tempat dorang akan rasa bahaya dan tak selamat. Too much pikir negative tak akan bawak anda kemana! So how to overcome this? Senang jerkkk...cer korang google apa yang ada kat tempat yang korang nak lawat tu. Dengan info yang banyak, korang for sure akan rasa lebih secure, rasa lebih selamat. Amik tahu apa yang ada kat sana, penduduknya jenis macamana, pantang larangnya apa...bla bla blaaaa.. So dengan info-info ni, korang akan rasa lebeh selamat! Trust me...dulu aku nak gi oversea memang takut beb...but bila dah gi sekali with full or research pasal tempat yang aku nak gi tu, aku dah bleh buang all those negative punya feeling! Sampai je kat sana...rilexxxx je ronda-ronda...hehehhe...cer try buat okesss.



PREVIOUS HOT!