DO AND DON'TS KETIKA ABROAD - SAFETY FIRST!

Wahhh...lately ramai yang dah berani untuk keluar travel abroad. Tak kiralah korang travel secara solo or secara berjemaah ngan kengkawan or ngan family members. Tak kiralah korang travel guna duit poket sendiri or guna duit kutu or family tanggung...hehehe. Mean anda heybattt!
No..no..nooo!
BUT setelah beberapa kali aku dikejutkan dengan kes-kes jenayah yabg berulang especially yang berlaku di Vietnam, tempoh hari, maka benda pertama yang korang kena taruk dalam kepala ialah SAFETY.

Hurmm...yes maybe korang dah berpengalaman travel ke banyak negara, but tu la kan..malang tak berbau. Yang kerap travel pun dorang akan mark untuk rompak, samun bagai. Ini kan plak yang baru nak berjinak-jinak untuk keluar negara. So, kena ingat..SAFETY FIRST. Kat sana yang boleh tolong kita adalah diri kita sendiri, not others.
So jom kits share tips-tips DO and DONTS ketika korang berada di tempt baru. Tak kiralah kat dalam or kat luar negara. But mostly korang patut double aware la if kat luar Malaysia.


SO, LETS START WITH DO!

DENGAR, DENGAR DAN DENGAR NASIHAT/TIPS
Ermm..jangan amik mudah if korang dapat apa-apa nasihat keselamatan dari kengkawan or dari airlines provider or dari travel agent. Tak kiralah apa juga nasihat. Yang penting korang kena dengar dan jangan wat tak tahu and amik mudah. Contohnya kalau member korang dah nasihat, kalau nak gi shopping kat Vietnam, jangan pergi ke kedai A and B. Jangan bawak banyak cash takot nanti jadi mangsa penyeluk saku, mangsa samun or rompak. So sila dengar nasihat kawan okesss..jangan nak ketegaq sangat ala-ala kita ni dah terer segala benda.

COMMON SENSE / INSTINCT  SANGAT PENTING
Naluri kita ni kebanyakkannya betul. Contohnya kalau kita nak sangat main try parachute kat Sydney, but naluri kita ni kata jangan..jangan.. So sila sesekali follow naluri korang tu. Kang tak pasal-pasal pengsan sebab ada kes kawan yang pengsan masa dah terjun dari aircraft, so korang tahu keupayaan badan korang camner kan...kannn... And kalau travel ngan kengkawan or family, sila la sesekali dengar gak pandangan mereka, jangan dok pikir kepala sendiri jer, common sense la sket brader..hehehe...
MEDICAL STATUS
Ni pun tak ramai yang amik peduli. Actually kalau korang travel solo, please tarok some medical status korang lat dal am wallet ke, bag ke apaa ke, kot-kot la korang ada sakit asthma ke, jantung ke, senang medical personal nak rawat korang kalau korang pengsan. Sama gak kalau korang travel ngan kengkawan. Tak salah bagitau masalah kesihatan korang kat kengkawan yang travel sekali tu, senang dorang nak rawat kalau terjadi apa-apa kat korang...kan kannn... So, sila share medical status korang tu ngan geng-geng yang travel sekali tu....

DOKUMEN
Hurmmm..benda ni palinglaaa utama. Wehh..meh sini nak bagitau, sila jaga passport merah koranng tu ibarat menjaga nyawa, ibarat menjaga bini, ibarat menjaga awek korang sendiri. If benda alah tu ilang, alahaii rumitnya hidup korang nanti kat negara luar. Sama gak dengan benda-benda penting lain seperti emergency cash, card credit, insurance policy, airline ticket bla bla blaaa..sentiasa korang kena jaga serapi-rapinya benda-benda alah ni. Kalau bley, beli money belt or pouch bag yang korang boleh sorok/pakai di bawah baju tu...beli yang mahal sket yang ada anti-theft function, or simpan dalam kargo pants yang berzip kemas. Kalau aku, passport dan emergency cash sentiasa melekat kat sebelah dalam badan. Tak simpan dalam beg sandang ke apa sebab kengkadang beg sandang kita pun kita bley terlupa amik selepas makan or bergambar! Kannnnnn...kannnnn... Cer amalkan simpan salinan all those documents - photostat siap-siap kot kot terjadi benda yang pelik-pelik nanti, at least kita ada salinan... Cuba simpan salinan ni kat hotel lobby or dalam safe deposit box kat hotel.
MALU BERTANYA SESAT JALAN
Jangan segan silu nak tanya local people or travel agent tentang lokasi yang kita nak gi tu. Especially yang berada jauhhh dari kawasan public or masuk ke pendalaman sket. Bahaya ke...selamat ke...ada apa kat sana waktu tu...semua tu korang kena rajin bertanya. If dorang dah nasihat xyah la gi area tu, so better korang dengar jerkk. Local peoples lagi terer dan tahu pasal tempat yang korang nak gi tu okesss.. so jangan degil nak decide dengan kepala sendiri...hehhee. Korang kena pastikan kawasan yang korang nak tuju tu betol-betol selamat. Tak kira la selamat dari segi mana pun, janji selamat!


LINTAS JALAN, TENGOK DULU!
Hahaha..yang ni pun korang kena carefull and carefull and carefull! Ramai yang amik mudah hal ni sehinggalah jatuh tersungkur baru perasan laluan trafic tak sama macam kat Malaysia. Ramai yang amik mudah semasa melintas jalan. Remember, haluan traffic kat luar negara tak sama dengan laluan traffic kat kodiang kedah tempat korang tu...tak sama macam kat gua musang or tak sama macam greenwood gombak okeyyy! Observed dan peratikan betol-betol mana laluan traffic, dari kiri or kanan? Kalau kat Japan, korang lintas jalan sure kenderaan akan berikan laluan. Tapi kalau kat Vietnam or Thailand, cer try lintas...kompem kena langgar ngan tut-tut kalau tak carefull...hehehhe...so guys, sesampai jer sana...observed semua benda okey. Jangan sebok observed awek jerkkk...adehhhh

DON'T DO THIS OKESSS!


BAWAK RIBU-RIBAN
Jangan bawak cash yang banyak sampai beribu-ribu kalau keluar travel tu.  Bawaklah seadanya. Kalau kena samun or kena rompak or kena pick pocket or bag tangan kena tetas, apa pun tak bolehhhh.. So, berpada-padalah. Better guna credit/debit card or cash je kat ATM kat sana BUT make sure korang dah activate overseas punya limit dan usage.

SAY NO - POKET BELAKANG

Jangan sesekali simpan large amount of money kat poket belakang. Simpan jer cash korang tu kat pocket tepi yang paling hampir dengan mata korang. Banyak kes duit ilang sebab korang tak perasan yang korang dah pun kena pick-pocket!

TUNJUK KAYA

Jangan nak ngengada acah-acah kaya dengan kira duit yang banyak kat depan public! Maybe korang tak perasan yang ada mata dok usha korang, tunggu masa nak ngappp je. So takyahlah tunjuk cash kat depan orang ramai. Jangan nak acah kaya dengan pakai gelang tangan setebal peha or pakai rantai leher labuh sampai ke lutut nak acah-acah hebat. Nanti kang ada plak yang acah pistol untuk samun kang.

JADIK HERO

Janganlaaa korang acah berani sangat nak keluar tak tentu hala kat tempat yang sunyik secara solo. Pastikan bawak member. Lagi ramai lagi bagus, takyah acah berani handal hero sangat.

TUMPANG DAN MENUMPANG

Jangan nak amalkan hitch hike! Jangan menggatal nak tahan kereta strangers sebab semata-mata nak jimat dan nak tumpang freeeee... Gilo ko apo nak tumpang ngan orang yang tak kita kenal, haihsssss. Yes ada kawan yang hebat travel cakap,  its okey kalau nak hitch hike but tu la kan, selagi tak kena..selagi tu la dorang kata ok. So sila nilai risiko sebelum hitch hike ni. Tumpang ngan kawan pun kengkadang kawan pau soh bayar tol kann...hehhee. Begitu juga sebaliknya. Kalau korang sewa kereta kat luar negara, jangan ngengada nak baik hati sangat nak kasik orang luar tumpang walaupun ianya awek cunnnn... tak pasal-pasal masuk perangkap samun plak kang. Read report about hitch hiking ni kat sini

JANGAN NAK BAIK SANGAT

Jangan pandai-pandai terima pelawaan minum secara tiber tiber dari somebody yang korang baru kenal. Especially gadis-gadis tak kira lawa or tak, kurus or gemuk, slim or chubby. Maybe dorang akan taruk something dalam air korang tu. And time lepak minum, pastikan minuman korang tu terjaga, jangan sampai terlalai hingga dorang sempat masukan something..pun pernah happen before this okessss...


JANGAN SHARE

Nahh..yang ni last yang jarang korang amik kisah. Jangan share-share bekas minuman korang tu ngan orang lain. Tak pasal-pasal berjangkit plak kuman dari mulut dorang ke badan korang. Di negara dunia ketiga, banyak penyakit berjangkit melalui minuman...ingat tuuuuu...so kalau nak share ngan kengkawan okey jer...


So, amacam?? Maybe korang pun ada nasihat, petua dan tips untuk yang baru nak jalan-jalan ke luar negara...


_________________________________________________________________________




Tips Extra:

TIPS: Nak jalan-jalan overseas tapi nak sentiasa ada handphone kat tangan yang penuh signal internet WIFI? Why not korang jimatkan duit korang dengan sewa je Pocket Wifi terus kat Malaysia, then fly je ke mana-mana negara yang korang nak travel tu. Sampai je kat sana, terus jer ON dan bleh guna on the spot! Xyah susah payah nak carik sim card local kat sana. Sesuai untuk yang travel berjemaah sebab bleh share share cost sewa dan bleh share wifi....kalau solo traveller, better amik local sim card je kottt... Banyak jer tempat yang kita boleh sewa this pocket wifi - but saya selalu booked kat sini sebab dah banyak kali guna dah sangat berbaloi. Saya selalu sewa kat SINI.

Selamat Travelllll!! XOXO!






Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
Anonymous
Saturday, June 04, 2016 delete

GOOOOD DAMN TIPS! TQ!

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!