JANGAN BUAT NI SEMASA TRAVEL ABROAD!!

Wah wah wahhh..seronok nampak usung DSLR ke hulu ke hilir sambil mata terkebil-kebil baca map sebab tersesat, tangan lain plak bz pegang iPhone 6s! Hurmmm..sedarkah korang yang tatalaku korang ni bakal mengundang bala? Maybe ada someone yang dok perati gelagak korang secara senyap-senyap sebab dorang nak menyamun merompak korang..?? Huhh...ngeri wehhh kena samun kat luar negara! So ni list yang selalu travelblog highlight yang korang kena alert sealert-alertnya ketika korang berada jauhhhh ditempat asing!


So jom amik-tahu apa benda yang korang JANGAN BUAT semasa korang berada dibumi asing...and maybe benda ni jugak korang bleh apply semasa travel dalam negeri...huh...



STAY HUMBLE BEBEHHH!
Jangan tunjuk sangat yang korang tu traveller or tourist or pelancong dan perkataan lain yang seerti dengannya. Jangan dok membengongkan diri baca map dikawasan-kawasan yang agak terpencil dari umum, dan jangan pakai baju yang boleh tonjolkan korang ni pelancong baru kat situ..better pakai biasa-biasa jer without any cloths yang over menonjol! Takyah nak acah-acah tourist sangat...


TAKYAH OVER BAWAK CASH!
Takyah nak menggedik tukar RM dalam jumlah yang agak banyak. Korang maybe diperhatikan dari awal lagi semasa korang tengah tukar duit semasa kat luar negara. Simpan je cash seadanya, bukan ribu-riban...silap-silap korang kena samun, apa pun tak dapekkkkk... Kalau dh kat luar negara, jangan nak convert cash kat tempat pelik-pelik, tukar je kat proper money exchange walaupun ada cost sikit. Korang bley jerk guna credit card or debit card semasa kat sana. Bley je withdraw cash dari ATM sikit sikit walaupun agak rugi sebab cas dari bank BUT tu lagik selamat dari tetiber korang kena rompak or tetiba cash korang tercicir ntah ke mana...huhuhu...bleh pening palaaa wooooo..




BAG, BAG...BAG
Bawak beg sandang? Yang pompuan plak sebok bawak handbag Prada, Gucci, LV?  Perghh...benda benda camni la yang bleh mengundang local people untuk rompak korang. Takyahla nak ngegada bawak bag tangan yang ala-ala mahal, stylo dan follow trend tu. Simpan je kat hotel semasa korang keluar jalan-jalan. Taruk dalam safe box dalam bilik or if mahal sangat..soh jer hotel tolong simpankan properly. Dah banyak kes samun yang melibatkan handbag perempuan ni, dorang senang-senang je bleh kerat tali beg tangan, tetas beg dari bawah or bag sandang korang tu tanpa korang sedar. Alihkan bag korang tu dari laluan kenderaan, takot takot tetibe ada mat-mat motor snatch dari belakang plak...sandang je beg tu kat badan, lilit kemas-kemas adik kakokkk  weiii...takyah nak acah-acah kita ni celebriti okeyyyy...


KAWASAN PELIK-PELIK
Takyahla nak ngengada nak melawat kawasan yang pelik-pelik, yang agak jauhhhh dari public or kawasan yang memang terkenal dengan kes-kes jenayah. Takyah nak gatal jalan kat tempat yang korang pun tak sure selamat ke tidak...no no...nooooo! Remember kes rakyat Malaysia yang kena samun kat Vietnam? Korang bleh elak kirannya korang pandai menilai risiko...insyallah selamatttttt...!


BARANG-BARANG BERHARGA
Benda paling berharga ialah korang punya passport! Sentiasa simpan ditempat yang paling selamat!! Ingat, kita ni kekadang careless gakk..so make sure benda alah kaler merah ni simpan betul-betul. Same goes to your other valuebles things...make sure jaga dan jangan dedahkan sangat kat public. Maybe ada antara dorang yang meleleh tengoh handphone canggih korang tu, tak pasal-pasal kena samun!



KERETA SEWA / SEWA KERETA
Haaa..ni ramai yang tak tahu! Sila jangan sewa secara personal dari seseorang, tak kiralah kat luar or dalam negara. Banyak kes-kes kencing berlaku pada tourist yang sewa secara personal ni. Kereta yang dah memang nazak, then dorang akan claim kata kita yang rosakkan. Kalau nak sewa gak, sila sewa kat company yang betul...bukan secara peribadi dari ntah sesaper ntah... And kalau dah sewa kereta tu, takyahla taruk map ke..brochure ke apa ke atas seat or atas dashboard, semua ni akan kasik sign pada orang yang plan nak rompak kita! Simpan je dalam glovebox or tempat tersorok, takyah nak menggatal tunjukkan kat public yang kita ni sedang melancong!

Jangan cuba nak berhenti bila ada orang tahan kereta kita semasa kita sedang drive. Maybe ada hitch hikers yang nak menumpang, sila calculate dulu risiko dalam kepala otak tu..memang la kita berniat baik untuk tumpangkan orang BUT maybe orang tu ada niat tak elok pada kita, So better takyahhhh..




PARKING
Jika korang sewa kereta/van/kereta kuda/kereta lembu  (hehehe...) or apa-apa la kenderaan, make sure proper parking. Jangan park tempat yang agak jauh dan gelap dan tersorok dari pandangan. Park je kat kawasan yang terang dan berbayar. Takyah nak kedekut sangat. Tak pasal-pasal plak kereta hilang sebab kena curik or maybe majlis perbandaran tempat tu tarik kereta sebab park kawasan yang salah! Tak pernah terjadik kat my best fren..hehehe ..park nak murah, letak kat lorong..time nak amik kereta..tengok2 kereta dah lesap sebab dah kena tarikkk! Kan dah involve cost saman kannn kannn... Then sila jangan taruk barang2 berharga dalam kereta, taruk jer dalam boot kalau malas wat naik ke hotel...jangan malas-malas!

NAK JIMAT...JIMAT...RUGI!
Dah sampai sana, kalau berminat nak naik boat ke, nak ronda-ronda ke, make sure beli package tu dari proper agent. Jangan sebab nak jimat dan murah, korang amik package acah-acah hebat tapi murah dari individu yang korang pun kompius biler tengok perwatakan dorang. Silap-silap korang akan kena scam. Silap-silap duit korang terbang melayang masuk poket dia dan korang tak dapat apa-apa...then baru korang sedar yang korang dah kena kencing.


Haaaa...tu adalah serba sedikit tips la, maybe korang pun ada tips-tips lain. Share la okessss, jangan kedekut sangat ilmu tu..hehehhe..

Psss...tips-tips kat atas ni bergantung gak pada sesebuah negara, tak semua negara tak selamat, depend la kat mana yang bleh apply tips-tips nih...depend pada situation laaa... so takyah nak takut-takut sangat lahhhh....gi jerrr keluar travel okess! muaxxxxx....!



TIPS: Kalau korang plan nak travel oversea, why not korang sewa pocket wifi siap-siap dari Malaysia. Bleh amik kat KLIA, Midvalley, Mont Kiara...or bley je soh dorang pos kan terus ke rumah korang. Prepare siap-siap pocket wifi tu sebelum korang fly. Komunikasi ni sgt penting kot, lau bley korang nak je ada signal wifi internet 24jam semasa korang kat oversea kan?? kan?? Senang korang nak refer map la, nak google info la, nak berfacebook nak berinstagram laaa.. So this pocket travel ni sesuai untuk yang travel berjemaah sebab bley share-share signal wifi dan share share cost sewa, kalau travel solo...better beli local sim card je la kat sana. Mana nak sewa this high-speed pocket wifi??? Haaa..baca info saya pasal benda alah ni kat sini...jangan malas-malas nak baca ilmu okesss..hehhehe... BACA KAT SINI or bley jer korang terus SEWA KAT SINI.

Happy Jalan-Jalan...!! XOXO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
Anonymous
Wednesday, May 25, 2016 delete

Ralit membaca nya
Info ni kena put in memori
Masa travel sebenar nanti habis lupa...
Tq

Reply
avatar
Wednesday, May 25, 2016 delete

haihhh..selalunya camtulaa..hehehe

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!