NAP DI 'SLEEEP BOX' DON MUEANG AIRPORT (DMK)

Malas nak bangun pagi dan rushing ke Don Mueang International Airport dari hotel korang di Bangkok? Or korang nak tak rushing ke kota Bangkok bila tiber dah agak lewat dari Malaysia???


Jangan risauuuu!! Now korang dah bley sewa tempat untuk nap or tido dengan kadar yang agak murah (for short term stay and sleep) di Don Mueng International Airport (DMK), Bangkok.

So..maybe korang fly dari KLIA dan landed kat Don Mueang Airport dah agak lewat malam. So why nak kena membazir duit sewa cab untuk ke hotel di Bangkok? Why not korang lepak bermalam dulu kat airport kan...kannnn.... AirAsia landed kat airport ni...



Last month masa aku kat airport ni, banyak area still dalam proses renovate especially di area domestic terminal. Now biler gi lagik sekali, almost semua benda dah complete..kedai makanan halal pun dah ada. Paling koman pun korang bleh makan kebab halal di hujung airport Don Mueang di area International Terminal. Ohhh..dont worry, korang bleh jalankaki je dari International Terminal ke Domestic Terminal di Don Muaeng Airport ni...tak jauh pun if korang nak ronda-ronda.


Jadik..kalau korang landed agak lewat, better korang stay je dulu kat 'SleeepBox' di Don Muaeng International Airport Bangkok. Selain bley ilangkan penat korang, korang jugak bleh save masa dan save budget.

So berapa rate dorang? This SleeepBox bermula pada kadar serentah THB1,000 untuk 3 jam pertama, then dorang akan cas THB200 untuk additional hours. Untuk stay semalaman, korang hanya perlu bayar THB1,800 jerkkk....so agak berbaloi laaa kan untuk korang stay kat sini sebab nak jimat masa rushing ke airport or nak elakkan rushing ke Bangkok kiranya korang landed lewat malam! Ohh..lupa, kat sini hanya bilik jeerkkk.. kalau korang plan nak mandi, additional THB300 cas akan dikenakan. Lau setakat nak basuh muka, belambak toilet free kat airport ni...hehehhe






Harga stay kat sini agak reasonable kalau korang hanya nak nap or rest for a few hours, BUT kalau korang plan nak stay agak lama, better korang stay je kat proper hotel kat Bangkok kottt....

Location: Domestic Terminal, Don Mueang International Airport. (jalan jerr dari International Terminal dalam 200 meter, terus ke tingkat 4)

So far xder plak any website yg korang bley advance booking, just walk in jerrkkk...



TIPS: Nak ke Bangkok tapi nak sentiasa ada Handphone kat tangan yang penuh signal internet WIFI? Why not korang jimatkan duit korang dengan sewa je Pocket Wifi terus kat Malaysia, then fly ke Bangkok. Sampai je ke Bangkok, terus jer ON dan bleh guna on the spot! Xyah susah payah nak carik sim card local kat sana. Sesuai untuk yang travel berjemaah sebab bleh share share cost sewa dan bleh share wifi....kalau solo traveller, better amik local sim card je kottt... Baca pasal info sewa Pocket Wifi ni kat siniiiiii...

Selamat Travelllll!! XOXO!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!