OVERSEAS WEEKEND GATEAWAY? WHY NOT?...

Haaa..penat kejer sepanjang hari?? Why not korang yang selalu bz ni larik kejap ke negara jiran for weekend gateaway?? Maybe korang bley fly Jumaat malam after work or maybe bley je fly early Sabtu then fly balik Ahad petang or malam. Memang agak rushing but believe me, at least korang bley legakan otak korang yang berserabut semasa bekerja!


So mana nak pergi?? Meh saya cadangkan beberapa tempat yang mampu korang travel semasa weekend. Yang penting korang bley enjoy your short trip semasa hari minggu. Bley jerk travel sorang or maybe dengan kengkawan.

SINGAPORE
Singapore yang paling senang! Korang bley drive sendiri jerkk terus ke Singapore or if malas drive, bley je fly ke sana. Banyak option untuk flight murah macam Air Asia or Jetstar Asia.  Korang bley jalan santai di Orchard Road, bleh lepak makan-makan di Arab Street, lepak amik angin di Marina Bay or area Merlion Statue. Korang bley jer sight seing di banyak area kat sini, bleh merasa naik beca di waktu malam di China Town. And untuk yang fly, bleh jerk buang masa di Changi Airport - Airport yang mendapat ranking No.1 dalam dunia! Yang tak bestnya ialah rate SingDollar still lagi mahal if compare tu RM Malaysia...adoiyaiiii...



BANGKOK
Haaa..maybe korang bley fly kejap ke Bangkok. Jangan risau pasal masalah masa yang singkat sebab saya dah banyak kali dah fly ke Bangkok during weekend! Memang sempat! So maybe korang bley naik AirAsia dan mendarat di Don Mueang Airport (DMK). Terus jer naik teksi ke kota Bangkok sebab murah! So kat sini, korang bley jer jalan-jalan di weekend market yang terkenal iaitu di Chatuchak Weekend Market. Bermacam benda ada di sana, sesuai untuk korang cuci mata or nak light shopping. Then korang bley lepak makan tomyam or pulut mangga yang terkenal kat Bangkok ni..saya rekemen korang pergi je ke Usman Thai di Soi 22, Bangkok. Masakan kat sini memang awesome dan meletop-letop! Pastu korang bleh je cuci mata di Siam Paragon Mall or MBK Mall. Dah sampai area ni, Hard Rock Bangkok memang dekat jerk...jalan kaki dah bley sampai. Pastu bley lepak kat Terminal 21 Shopping Complex, pun hebat gak concept shopping mall ni yang mengadaptasi konsep airport! Kat sini jugak korang bleh rasa naik Tuk-Tuk. Kalau pandai bodek macam saya itu hari, bley jer naik Tuk-Tuk dengan bayaran TB100 (RM10) jerkkk untuk round-round bangkok sampai lebeh dari sejam! Untuk night market, korang lepak je kat Patpong. Ni pun area night market yang awesome dan terkenal kat Bangkok! Rugi if korang tak jengok... Ohh ya, Spa dan Massage  yang awesome memang banyak berterabur kat Bangkok ni...cer try! Hehehe...





JAKARTA
Jakarta pun not bad untuk korang lawat cuma masalah traffic jem la yang takleh blah...leh wat sakit pala wehh..hehehe. So AirAsia pun ada cheap tickets untuk ke sini during weekend. Kena pandai carik laaa kan. Mana nak lepak?? Haaa..korang bley jer lepak window shopping beberapa mall yang hebat-hebat kat sini like Grand Indonesia (FX Mall), Mangga Dua - ni tempat barang murah! - berbaloi kalau lepak sini beb... , Blok M dan  maybe korang bley jengok pelbagai souvenirs yang murah dan pelik-pelik kat Pasar Ikan (nama dia memang Pasar Ikan - bukan tempat jual ikan okesss...) Maybe korang bley ronda-ronda di Pasar Baru (Jakarta's Market) , kat sini pun banyak benda untuk korang explore dalam masa yang singkat. Maybe korang bley release tension dengan masuk pusat Spa yang agak murah kat sini! Mana nak makan?? Huhh..dont worry, banyak warung makanan yang hebat-hebat kat sekitar Jakarta ni....sedap sedappp!



BANDUNG
Bandung pun okey jerk untuk kaki window shopping dan kaki shopping! Kat sini korang bley lawat pelbagai shopping factory outlets kat sini sampai lebam! Korang bley ronda di Cihampelas Walk, lepak di Dago Area, then terus ke Factory Outlet di Jalan Riau, pastu amik cab ke Rumah Mode.Then bley terus ke Paris Van Java...pendek kata memang putus kaki korang sebab penat window shopping! Hehehhee...then sure stress kerja korang akan hilang!




HO CHI MINH
Hurmmm...kat sini pun sompekkkk if korang nak travel during weekend. Amik jer flight early subuh pada hari Sabtu, then fly balik KL ahad malam. Ok..mana nak lepak?? Korang boleh lepak santai di area Ben Thanh Market, salah satu temat iconic kat sini. Then korang bley ronda-ronda dan bergambar di banyak building yang cantik-cantik macam di sepanjang Saigon River. Penuh kat situ bangunan tinggalan France yang cun-cun. Nak senang korang bley jer sewa motor untuk ronda-ronda bandar Ho Chi Minh. Korang bley try ronda-ronda di Dan Sinh Market. Banyak benda-benda pelik kat sini...kalau minat, terus beli! Jngan lupa bargain for best price! Try avoid tempat-tempat yang agak jauh dari bandar or tempat-tempat sunyik. Bukan apa, takot kena rompak macam kes-kes lepas tu...hurmmmm...






BANDAR SERI BEGAWAN
Walaupun tak seglamour tempat lain, but tak salah kalau korang gi explore sendiri in 1 day! Maybe korang bleh tengok dan jengok di sekitar Perkampungan Air di Kampung Ayer Water Village. Bley amik gambar cantik cantik kat sini. Then korang bley layan diri di Market. Kat sini banyak makanan tradisional dan cenderamata. Bley jek lepak makan makan sambil tengok budaya kat sini. Then korang bley spend masa sebelah malam di Pasar Gadong. Pun bleh dapat banyak makanan sedap-sedap kat sini. Cer try custom Hamburger Brunei Style...hehhee. Selain tu, korang bley naik boat / water taxi dan menyusuri sungai di area ni..korang bley tengok monyet, beruk , mangroves dan macam-macam lagi binatang di sepanjang sungai tu..






TIPS JIMAT: Jangan lupa sewa siap-siap POCKET WIFI kat Malaysia sebelum korang flyyyy...sangat jimat, bleh share2 wifi signal dengan kawan2...Sewa kat Malaysia, amik kat Malaysia, sampai je kat destinasi yg korang nak gi tu, terus ON dan bleh gunaaaa...yeahaaaa!!

So...enjoy your day kat destinasi weekend korang ni...muahhhh XOXO

Jangan lupa baca entri-entri saya sebelum ni okesss...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
Anonymous
Wednesday, May 18, 2016 delete

really helpful! full of joy during weekend gateaway....

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!