BROGA HILL NIGHT HIKE

Walaaa...after hujan lebat seharian, akhirnya lewat malam hujan akhirnya stop. Fuhh legaaa..mean plan we all untuk naik Broga Hill di bulan Ramadhan untuk tahun ke tiga ni nampaknya cerahhh! So without delay, as per plan...we all start gerak dari KL jam 12 malam.


Cuaca agak cerah walaupun ada sedikit rintik hujan. Hopefully dah sampai kaki Broga nanti, hujan akan fully stop la kot...

After 45 minutes drive, we all akhirnya sampai gak ke kawasan parking di kaki Broga Hill. After lepak borak merepek bersama dorang, we all start gerak jam 1.30 pagi. Tak ramai yang datang malam ni. Maybe sebab hujan tak menentu kot..ntah laaa...selalunya malam minggu memang agak penuh geng-geng panjat bukit kat Broga ni.



So tak macam tahun sudah, laluan kali ni dah siap bertali! So we all hanya perlu pegang tali tu jer untuk panjat sampai ke puncak. Oleh kerana banyak sangat merepek meraban, kerap kali gak la we all lepak rehat disepanjang laluan ke atas tu sebab mengah! .Hehehe.. watper la nak panjat laju-laju, iya takkk...kang terseliuh plak kaki tuuu...


After setengah jam mendaki...akhirnya we all sampai gak ke atas! Ohhh..rupanya dah ada 2 team lain yang dah sampai kat puncak! So as usual, we all yang ramah tamah ni bertegur sapa. Tak baik menyombong kannn..kannnn... Lupa plak nak tanya nama-nama dorang sebab semua bz bergambar...hahahha...sorry guys!


As plan, kali ni we all tak lepaskan peluang untuk bergambar gak. But kali ni kitaorang pakai kain pelikat. Motif? Ntahlaaa...hahaha. Takkan nak pakai blazer ngan tie plakkk kot!

After selesai berbelas-belas shot, we all lepak je atas batu tu sambil layan borak merepek tak habis-habis. Memang riuh rendah denga suara kita orang kat atas sana tu sebab group kita orang yang paling ramai dan besar. So automatically la jadi group yang paling bising dan havoc...adehhhh...layan jer laaa okeyyy..



After sejam setengah kat atas, akhirnya we all decide kena turun sebab hujan dah start rintik-rintik. Alahaiii...nak wat camner kan. Hajat memang nak lepak dan turun bawah jam 3 pagi but tu laaa... better we all turun sebelum hujan lebat. Sebab nanti trek akan jadik licin, so lagik susah nak gerak turun kotttt...

As usual, masa we all turun pun...mulut semua bising bercakap tak henti-henti...hadoiii...tak penat ke? Heheheheh... Tu la bestnya biler keluar hiking malam bersama geng-geng yang satu kepala ni...kann..kannnn...


So, pada sesiapa yang bercadang nak daki Broga sebelah malam, sila proceed! Takyah nak takut sangat. Takder apa-apa pun. Trek pun senang.....! And sila pakai proper shoes okeyyy sebab tadik nampak gak yang hanya berselipar jepun! Bahaya dik oiiiii....

Anyhow...pada geng-geng yang terserempak dengan we all kat laluan naik, laluan turun or semasa kat  puncak Broga tadik, sorry tak sempat nak beramah mesra lama sangat sebab kejar masa takut hujan!  Good to know you all guys! 


Apa-apa....rogerrrr! and thanks pada yang join this Broga Night Hike tadik.. see you in next Ramadhan! Insyaallah!

Selamat mendaki...! XOXO

Enjoy our short video below: 




Read this Article: Tips Mendaki Waktu Malam




Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
Sunday, February 05, 2017 delete

bestnya.. nak join skali bolehh??😁

Reply
avatar
Monday, February 06, 2017 delete

BIla de buat lagi .. ? boleh contact2 nanti..hehe

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!