EXECUTIVE POOL VILLA - GRAND LEXIS

Wahhh ni kali ke-3 we all stay kat sini. But kali ni kena ucapkan terima kasih Grand Lexis (Mrs Maria) kerana pihak hotel menaja sepenuhnya penginapan serta makan minum serba mewah ni. Kali ni we all berpeluang untuk merasa tido di atas laut - Grand Lexis Executive Pool Villa. Awesome! Thanks again dari kakikujalanjalan!

So before bulan ramadhan yang mulia ni, we all sempat la berlibur di Grand Lexis Port Dickson ni. 
So after settle check-in kat kaunter yang smooth walaupun ramai orang, we all telah dibawa ke bilik we all dengan menaiki hotel punya electric buggy. Dont worry, semuanya dah include dalam cas hotel kiranya korang menginap kat sini.


Ok, lets start with home condition, i call it home sebab tarasa berada di rumah mewah..hehehe. Bukak je pintu, korang akan nampak lantai yang telus cahaya - boleh nampak laut kat bawah. Ni salah satu ciri unik kiranya korang datang stay kat sini. 


Bilik Executive Pool Villa yang bernilai hampir RM1000 (depend on season) ini terdapat 2 katil hebat dan besar bersaiz king. Memang kalau tido 3 orang atas satu katil pun muat! So no problem kalau korang plan untuk bercuti santai kat sini. Bleh je korang yang ada family 5-6 orang tu, still selesa!

Then dalam bilik ni jugak ada private pool untuk korang berendam secara private..hehehe. So privasi korang akan terjaga kat sini. Berendam la seberapa lama korang nak, 24jam sehari! Jangan pengsan dalam pool dah la erkkk...



Ohh selain private pool yang korang akan jumpa dalam setiap bilik, kat Grand Lexis ni jugak ada public pool yang luas dan hebat! So jangan nak anti-sosial sangat, berendam sorang-sorang dalam bilik...haihhhh... :)



Kat bilik ni jugak korang takyah risau sebab semua benda penting dah ada like iron, iron board, Digital TV, Microwave dan macam-macam lagi. Ohhh..untuk customers, free WIFI okey...siap ada personal wifi kat setiap bilik...speed pun okey! So..dont worry kalau korang nak datang sini berehat sambil layan facebook, instagram etc etc...hhehehe..



So...apa lagik??? Maybe nilah masanya korang bercuti ngan kengkawan or bersama family kat sini. Kompem korang akan puas hati!

Jom stay kat Grand Lexis! Click je link ni untuk booked your stay! - GRAND LEXIS PD

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!