HIKING MALAM? WHY NOT??

CALLING EVERYBODY 4 BROGA FRIDAY NIGHT HIKE!
When:  June 17th, 2016
Time: 11.30pm start hiking - 3.00am
Meet up Point: 11.00pm at Broga Parking Area
What to Bring:  Headlamp/Torchlight, water, junk foods, camera and your happiness!
*** Will postpone this event if raining in KL


Bulan puasa bukannya satu alasan untuk korang makan, rest dan tido jer kan? Selain dari berpuasa di siang hari dan bertarawih dan beribadat di malam dari, tak semestinya korang kena tinggalkan gaya active lifestyle korang tu kan..kan?




So, why not korang keluar after terawih dan lakukan sedikit senaman? Maybe korang bley do some light jog...or maybe korang bley je follow apa yang we all buat setiap bulan puasa iaitu do some night hike! At least do something yang boleh keluarkan peluh!


As usual, setiap tahun pada tiap kali bulan puasa, we all kengkawan akan do some simple light night hiking kat Broga Hill. Why Broga? Sebab trek dan laluannya simple dan tak seberapa bahaya sangat untuk aktiviti hiking malam.


Walaupun tak merbahaya, but still korang kena follow all basic rules untuk pendakian malam walaupun trek yang korang nak daki tu tak berapa bahaya. Safety first okeyyy!



Jom kita pakat share camner nak mendaki waktu malam? Apa basic tips?


1.Preparation

Apa-apa benda pun kat muka bumi ni, kalau tak prepare..memang akan spoil if tak buat betul-betul. Samalah jugak if korang nak daki malam. Kena la prepare. Jam berapa nak mendaki naik, jam berapa plak nak turun. Hujan tak time tu...sejuk ke? Apa nak bawak...nak makan apa sepanjang pendakian...bla bla bla...Yang penting kena plan!


2. Jangan jadi Hero!
Jangan nak menggatal nak daki secara solo. Eloklah mendaki secara berjemaah, at least berdua. Andainya la kalau sorang injured ke apa ke, senang kawan yang sorang lagik tu nak turun mintak bantuan. Kalau korang daki solo?...Hurmm...keras kejang la korang sorang-sorang dalam gelap. So...sila go in groups! If daki ramai-ramai, sure lagi seronok kan? Sure kecoh dengan perangai masing-masing. Time ni la bleh merapatkan lagi silaturahim sesama geng.

3. Headlamp/Torchlight
Dah tahu nak mendaki sebelah malam, so sila bawak headlamp or torchlight or apa-apa benda yang bleh suluh laluan korang tu. Nak bawak obor pun bleh...hehhee. Lampu ni memang wajib kot..barulah tak terpijak binatang berbisa or benda-benda pelik lain. Torchlight tu plak, kalau still bley nampak, takyah la on sampai maximum dia punya cahaya. Benda alah ni pakai bateri kan?? Kann?? So tak pasai-pasai bateri kong separuh jalan...dah korang plak meraba dalam gelap! Bawak la bateri spare, lagi bagus kalau ada torchlight spare...kot-kot la tetibe rosak plak kan... Ada gak yang jenis berkira, menumpang cahaya dari lampu member lain...aduiii..

4. Beradab
Benda simple je..suluh la lampu korang tu kat laluan korang. Flip je lampu tu menghala ke bawah, bukan hala ke muka orang. Silauuuu okeyyy! Tak pasal-pasal orang tu tergelincir plak sebab lampu korang terlampau silau. And...mulut tu cer control sket biler mendaki malam di hutan, jangan nak becok cakap bukan-bukan...huh..

5. Respect
Sila respect laluan korang tu. Jangan nak jahanamkan pokok-pokok sekeliling. Sesetengah orang gatal tangan patahkan batang dahan untuk jadikkan tongkat untuk mendaki. Bayangkan seratus orang patahkan dahan dahan sepanjang laluan, lama-lama semua pokok tinggal batang je...dahan hilang! Respect wildlife...jangan terjumpa pepatung, korang jentik sampai mati binatang tu...adoiiii. And sila respect pendaki lain gak, kasik laluan kat pendaki yang lebih laju dari korang. And kasik laluan pada pendaki yang lebih memerlukan laluan...jangan nak selfish sangat okesss..tarik telinga kang! 

6. Pakaian
Sila laaaa pakai pakaian yang sesuai untuk mendaki. Ni ada kes seluar koyak rabak sebab bergesel dengan batu batan ketika mendaki..perempuan plak tuuu..so tak ke tu menyusahkan kita dan keluarga kita...hehehe. Pakailah senonoh kalau taknak mata-mata nakal tu perhatikan kita. Tahu plak tutup bahagian tu bahagian ni if orang jeling...alohlaaaaaa korang ni...hehhe

7. Minuman/Makanan
Jangan malas untuk prepare minuman serta makanan bergantung pada berapa lama korang nak stay or mendaki. Ni sepanjang masa dok tapau kawan punya air. Mana tak hangin kawan tu kan...hehhee..

8. Trail
Jangan menggatal nak cuba trail yang korang tak pernah lalu ketika mendaki di waktu malam! Guna je trail yang korang dah biasa. Ni memandai bukak trail baru, pas tu sesat. Tak pasal-pasal plak bomba, jpa, polis, jkr, tnb dan segala mak datuk kena turun satu batalion untuk carik korang yang sesat tu..adoilaaaa...pengsan!

9. Don't Rush!
Mendaki malam ni kena double beringat! Jangan nak tunjuk hebat mendaki secara laju sangat. Tak pasal-pasal injured kang. Biler injured, dah menyusahkan semua orang. Korang rushing nak gi mana?? Ada sale sogo ke kat atas bukit tu? Haihhh... and kadang-kadang kita ni suka do some jokes dengan kengkawan semasa mendaki. Main geletek-geletek la, main tendang-tendang la bagai. Practical jokes ni kadang-kadang merbahaya..tak pasal-pasal member tu jatuh terlentang dalam gaung! So kurangkan practical jokes ni. Tunggu je sampai puncak, then wat la apa yang korang nak..hehehe..

10. Peralatan
Ketahui peralatan/gear yang korang bawak. Simpan kat mana senang capai. Barulah tak terhegeh hegeh nak carik sekiranya tetiber perlu! Kan..kannnn..
INGAT! Korang berani tak bermakna korang kena skip semua basic rules ni kan? Still kena do some safety check before korang start mendaki, especially pendakian malam...kan kannn..so sila do some cross check before start daki okessssyyy

Pssssttt: KAKIKUJALANJALAN + SUPERFRIENDS akan do some NIGHT HIKE kat Broga pada Jumaat 17th June ni...JOM join we all!!! Plan naik jam 11.30 malam pas terawih then turun balik at 3am..pastu sahur pastu balik tidoooo...




Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!