JOM KOREA! - USEFUL TIPS FROM HER...

Memandangkan a few people asked me ttg trip ke Korea dgn jimat, so here it is. No itinerary yer, mak malasss nak taip panjang2 sgt. 
Heee~ 5hari 4malam, tiket flight return tiga beranak, RM1600 (plus of course). 

KTO (Korean Tourism Organisation)
Nak pergi Korea, WAJIB tahu, apa itu KTO (Korea Tourism Organisation). KTO atau Korea Plaza ini merupakan badan organisasi yg giat memperkenal dan mempromosikan Korea yg terletak di Jalan P.Ramlee, Menara Hap Seng. Untuk percutian sepanjang tahun 2016, KTO memberikan booklets, subway maps, metro maps, guesthouse list, place of interest list, daripada A hingga Z secara percuma kepada mereka yg menjadi ahli KTO. Jadi, anda tak perlu buang masa google nak mencari tempat untuk dikunjungi. Paling menarik, coupons book juga diberi, diskaun dari 10% hingga 50% ditawarkan utk pemegang coupons. Pendek kata, naik Arex, masuk Everland, Lotte World, Museum, Tour Bus, semua ada diskaun! Utk keterangan lanjut, sila lawati laman web KTO ye!

T-Money
T-Money adalah satu keperluan sepanjang anda disana. Lebih kurang macam versi Touch and Go Malaysia. Anda perlukan T-Money utk travel dgn subway, metro bus, beli barang di 7e atau mana2 mart. Dan pengguna T-Money jugak boleh menikmati diskaun yg ditawarkan. Mana nak dapat T-Money? Boleh cari di subway station diorg. Ataupun dapatkan T-Money secara percuma, di front desk KTO... t&c applied. 

Pocket WIFI
Pocket Wifi. Haaa. Ini penting utk korang stay in touch dgn family, boleh online tanpa sempadan, share wifi sampai 10 devices, upload photos, atau cari tempat menarik. RM0 deposit, free cancellation. Utk keterangan lanjut, sila klik link ini: Pocket Wifi

Penginapan
Boleh jerk try cari melalui Airbnb. Kebanyakannya murah, ada yang RM100 satu malam. Lokasi yg paling strategik utk tinggal, di Seoul Station. Senang nak akses ke mana2 subway station. Itaewon juga antara lokasi pilihan bg yg beragama islam. 

Makanan Halal
Makanan halal tak susah dan tak senang utk didapati. Itaewon lokasi makanan halal popular di Seoul. Apa pun mesti tahu, yg makanan halal adalah sgt mahal harganya sepinggan RM30-45. Lebih2 lg kalau di Itaewon. Kebab halal disana 10,000won, sedangkan kebab halal di Namdaemun 4,000won je. Nak jimat, bawaklah bekalan makanan tahan lama dari Malaysia. Inshaallah letak dalam baggage lepas je kastam. Takde masalah. Nasi instant blh beli di 7E, panaskan dalam microwave je siap2. Trip baru neh, sampaikan ke Everland kita bawak bekal. Jangan malu ye, org Korea most of them memang bawak bekal makan. Bertingkat2 bento diorg. Jadi, sebelum keluar berjalan tu, make sure korang bawak bekal makanan dalam bag.

Suhu
Check suhu siang dan malam sebelum keluar hotel. 16 degree celcius pun jgn disangka tak sejuk ye. Lebih2 lg kalau melawat kawasan berbukit. Menjelang malam, suhu akan drop lebih sejuk lg. Jgn lupa bawak mitten pakai kasut bersarung. Kitorang sampai kebas tangan atas Namsan Tower tu. Suhu dropped negative 1 degree celcius. Utk keselesaan badan, beli body warmer di Daiso, tampal pada pakaian anda to keep u warm. Jgn main dgn cuaca sejuk, boleh berdarah hidung... 

Local People
Org korea sangat super duper friendly. Tiap kali kitorg keluar, Syamil mst dapat perhatian. Mungkin sbb mata dia bulat sgt kot. Sehari boleh dapat 6 ke 8 biji sweets diorg kasi. Dengan telur rebus la, potato ball la. Kadang tu siap sapa kita dlm bahasa korea mcm kita faham je. Haha. 1 benda yg kita akn notice, diorg tak bawak anak keluar jalan2. Susah sgt nak jumpa korean yg usung anak keluar. Jd, tak perlu takut kalau nak bertanya arah tuju.


Namdaemun
Di Namdaemun, ada 1 bangunan terkenal dgn brooch dan perhiasan wanita namanya E-Lengdang. Kedai ahjumma no 209 sgt lah terkenal di kalangan warga Malaysia. Ahjumma tu pun baik, siap serve kita kopi, oyu bagai. Cuma nak bgtau, brooch sana tak lah semurah Malaysia. Tp kalau dah tgk banyak2 mmg naik gila nafsu membeli.

Myeong Dong - Syurga Kosmetik
Myeong Dong, syurga kosmetik. Sila pergi waktu malam lebih meriah. Kat sini pun banyak snacks diorg jual tepi2, ada yg MFF (muslim friendly foods). Kalau dtg sini, haruslah borong facial mask. Seriously tak rugi. Beli yg 4seasons punya mask, boleh pakai time cuaca panas, atau sejuk. 

Urban Gangnam
Gangnam. Another hotspot utk muda mudi melepak. Urban sangat dan sentiasa sibuk. Tempat membeli belah barangan berjenama. Duduk lepak kat Paris Croissant, layan tuna sandwich dgn cappuccino sambil tgk lifestyle diorg, mmg leka. Bukan apa, tgk ahjumma umur 50an pun tak kalah berfesyen.

Transporation Alert
Paling penting utk independant backpackers, tak kira mana korang pegi pun, haruslah sentiasa kena alert dgn jadual masa terakhir transportations korang tu. Takut nnt jalan tak hengat nak blk, terlepas subway/metro bus terakhir, naya laaaa nak naik cab. 


Train/Subway
Dari Incheon Airport, nak ke Seoul, mmg jauh. Tak terbayang brp tambang taxi kena bayar. No worries, kat sana ada kemudahan train ke Seoul Station. Ada 2 pilihan, Arex dan KTX. KTX lebih murah tambang nya. Pilihlah yg berbaloi pd poket anda.

No Heel Please!
Girls, jgn berangan nak pakai heels bagai ye. Pakai kasut sarung @ boots sudah. Kebanyakan perjalanan dari subway ke subway atau tempat2, 90% berbukit. Mcm korang nampak dlm drama diorg. Mcm tu lah realitinya. Berbukit2, inshaallah kalau tak sempat catch breath kompom semput. 

Lotion
Sila bekalkan lotion badan dan lipbalm ke mana saja. Cuaca sejuk, kulit mudah kering. Balik jer Malaysia habis gatal2 satu badan. Lipbalm utk elakkan bibir pecah dan luka akibat kering sbb cuaca sejuk. Oppa kat sana pun sentiasa ada lipbalm dlm poket ok. Keperluan nehhh...

Untukk tiket yg super murah. Rajinkan diri hari2 tengok harga tiket ye. Kalau beli setengah tahun drpd date nk pegi lg bagus. Sempat kumpul duit. But before you do, sila maklum dgn musim apa waktu tu ya. My suggestion, spring waktu paling cantik. Kalau nak pegi during winter make sure ada budget lebih utk beli winter coat ya!

Great tips taken from: Fifi Rahmat Facebook


+++++++++++++++++++++++++++++++++

PLAN TO TRAVEL? TIPS JIMAT: 
Jangan lupa sewa siap-siap POCKET WIFI kat Malaysia sebelum korang fly ke mana mana...sangat jimat, bleh share2 wifi signal dengan kawan2...Sewa kat Malaysia, amik kat Malaysia, sampai je kat destinasi yg korang nak gi tu, terus ON dan bleh gunaaaa...yeahaaaa!!

•NO Deposit
•NO Passport Copy
•FIX Rate

So...enjoy your day! ...muahhhh XOXO

Jangan lupa baca entri-entri saya sebelum ni okesss...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!