MEREKA BERTIGA RIDE 1800KM KE KOH SAMUI!

Wahhh..kali ni kakikujalanjalan nak cover tentang bagaimana 3 orang sahabat baik ni telah menggunakan kuasa penuh engine motor dorang untuk ride bertiga ke Koh Samui, Thailand. Bukan senang beb nak ride dengan motor untuk jelajah hampir 1800KM pergi-balik dari KL ke Samui!


Mereka menggelarkan diri mereka PielangBikers! Fuhhhh nama group ni pun dah gerun nak tulis..begitu gak lah dengan geng bikers ni yang memang bersemangat waja untuk expedisi rentas sempadan kali ni. Actually dorang ni dah kerap kali dah rentas sempadan dengan motor! Cuma kali ni kakikujalanjalan cuba cungkil pengalaman mereka untuk dikongsi santai bersama pembaca.

DAY 1
So journey dorang ni bermula selepas Zohor - walaupun kerap dorang lakukan ekspedisi jarak jauh, but still dorang amik berat tentang keselamatan dorang serta keselamatan motor dorang sebelum start menunggang - Safety First okeyyy!





After check mana yang perlu, penuhkan tank minyak dorang maka dorang start ride sebelum stop untuk lunch di Hentian Tapah. Lemau beb kalau dorang tak makan. Selain tangki motor yang kena suap minyak, tangki perut pun wajib diisi!

As per plan, dorang sampai di sempadan Thailand lewat petang. Terus tanpa buang masa, lakukan apa yang wajib iaitu apply insurance Thailand. Benda ni penting beb, kalau jadi apa-apa takder la ralat sangat kan.



Tido? Nop! Dorang tak tido di Bukit Kayu Hitam. After settle insurance dan cop buku merah, dorang teruskan ride dorang selepas mengisi perut.

Mereka sampai di Pathalung lebih kurang jam 12.15 pagi! Perghhh..penat beb. So after rehat santai  selama setengah jam serta mengisi tank motor dengan minyak, mereka teruskan ride dorang  menghala ke Don Sak.


Jam 3.50AM - Mereka sampai di terminal ferri di Don Sak. Sementara menunggu feri beroperasi, dorang ni amik this free time untuk berehat dan nap seketika setelah penat menunggang jauh dari tengahari!

Feri mula beroperasi di Don Sak seawal jam 6AM. So takder masalah bagi dorang kerana dah awal-awal lagi dah standby di jeti. Sampai je feri, dorang terus naik tanpa buang masa! Perjalanan feri ni dati jeti Don Sak mengambil masa lebeh kurang 1 jam 45 minit untuk sampai ke jeti Koh Samui.



Sesampainya mereka di Koh Samui, terus terjah ke chalet yang dah awal-awal lagi dorang tempah.





DAY 2
Hari kedua mereka merasai sendiri Songkran Festival yang sememangnya terkenal di sini! Selain basah lencun di Songkran Festival ni, dorang juga ambil peluang untuk meronda sambil melihat keindahan Koh Samui ni! Seharian di Koh Samui memang tak puas menurut kata mereka ni, cuma masa yang agak terhad telah menghadkan ride dorang.


DAY 3
Hari ni mereka bergerak pula dari Koh Samui ke Sadao yang secara keseluruhannya sejauh lebih kurang 370KM! Perjalanan mereka bermula dari Koh Samui menerusi Don Sak - Pathalong - Hatyai  dan terus ke Sadao. Sesampai nya dorang di Sadao, mereka bermalam untuk lepaskan penat...


DAY 4
After wake up dari rehat panjang, mereka terus ride untuk balik ke Malaysia bermula dari Sadao terus ke sempadan Bukit Kayu Hitam dan menghala ke Kuala Lumpur!


Hurmmm..total perjalanan dorang adalah 4 hari. Bermakna selama 4 hari mereka ni menunggang motor power dorang untuk menjelajah ke Koh Samui! So..saper kata naik motor takleh sampai Siam? Hehehe.. Geng PielangBikers seramai 3 orang sahabat baik ni telah pun buktikan bahawa selagi kita bersemangat, maka segala halangan jarak dan sempadan tidak mampu lagi menghalang mereka!

So amacam geng-geng motor lain? Ada bran? Tak semestinya kita kena tunggu ramai geng baru boleh ride. 3 orang pun dorang boleh redah sampai Koh Samui! Terbaikkk!!

Apa-apa pun...lau nak follow Instagram brother ni, sila follow jerrkkk..

Tips: Nak travel ke Thailand? Apa kata kalau korang SEWA POCKET WIFI siap-siap dari Malaysia sebelum travel ke any parts in Thailand. Sesuai sangat kalau korang travel ke Thailand secara berjemaah sebab bleh share-share wifi up to 6 orang! Sangatlaaa jimat sebab korang jugak bleh share-share cost sewa pocket wifi ni dengan kengkawan yang sama travel tu. Memang tak rugi beb...

Baca pasal tips about this pocket wifi ni kat sini.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!