Wahhh...kat mana ni?? Ni la dia Restoran Gegey yang sedang meningkat naik dan #trending di area Dengkil Selangor - tak jauh pun dari Putrajaya. Kalau dari KL tu, drive dalam setengah jam dah bleh sampai ke area ni.....
![]() |
Nasi Gegey |
Dekorasi restoran yang santai akan membuatkan korang makan dengan tenang. So selain nasi gegey, kat sini jugak korang akan dapat merasai nasik kerabu gegey yang osemmm. Minuman? Jangan risau..korang bley jer order minuman yang segar dan sejuk seperti air oreo, chocoholic, red vallet, donut dan juga rainbow! Pilih jerkk yang mana satu yang kena dengan selera tekak korang!
Harga yang dikenakan jugak taklah mahal! Kira harga mampu milik untuk penuhkan selera perut korang tuhhh. Arini we all dapat gak peluang untuk merasa sendiri keenakkan nasi gegey ni. Perghhhh...berpeluh badan sebab sambalnya yang awesome pedas dan ayam gorengnya yang dihidangkan panas-panas! Keropok keping ori kelantan turut terdapat dalam set nasi gegey ni...phewwww...lazat! Ohh lupa, segala hidangan disini dimasak sendiri oleh salah seorang peserta favourite MasterChef Malaysia iaitu Deena - So no wonder, hidangan pasangan ni memang LAZAT!
Okey...rasanya tak perlu nak tulis banyak-banyak, korang kena rasa sendiri penangan Nasi Gegey ni kat sana!
![]() |
with Owners of Restoran Gegey |
![]() |
Restoran Gegey BIG family |
Restoran Gegey
No.09, Jalan Dengkil Centre Point,
Taman Dengkil Centre Point,
Dengkil, Selangor
Nak tengok apa lagi menu heybat dorang? Click je kat website dorang.
Website ::: Facebook Restoran Gegey
So..apa lagik, jom la ke sana! Bulan puasa ni pun bukak okeyyyy...
2 comments
commentsBEING THERE BEFORE! MEMANG SEDAP.
ReplyHaihh..baru sampai ptg tadik. Kena rasa sendiri before start puasa...heheh..terbaekkk!
ReplyTANYA KAKIKUJALANJALAN: