SUKEE SUKII STEAMBOT - SODAPPPP!

Walaaaa...this week our colleagues berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama riang gembira di salah satu restoran yang agak famous di lembah klang ni. Kali ni we all tuju ke Restoran Sukee Sukii Steambot and Barbeque. Nama pun unik kan?? So nak tahu lagi apa yang unik? Hehehe..


Kedudukan or lokasi Sukee Sukii Steambot and Barbeque tak la susah sangat. Korang bley je tuju ke Seksyen U20 Sungai Buloh. Kalau tak tahu, tulis je kat Waze Apps - Sukee Sukii - kompem boleh jumpa! Senang sangat!

Ok..untuk set berbuka kat sini, hanya RM36.90 untuk dewasa dan RM16.90 untuk kanak-kanak.

Area ni memang senang untuk parking, so dont worry! Sampai je, senang je we all carik area untuk park our cars. Kira tak susahlah dan tak perlu pening kepala carik parking!.


Sesampainya di Sukee Sukii Steambot and Barbeque ni, deco dalamannya agak luas dan simple tetapi menarik. Kedudukan meja juga agak teratur namun sedikit crowded di sekitar kawasan makanan diletakkan. Pergerakan agak perlahan semasa peak time.



Ada apa kat sini? Macam-macam makanan ada disini yang rata-ratanya berkonsep steambot. And kalau dah sampai sini, yang paling best adalah daging! Korang wajib kena rasa daging yang beraneka rasa yang sangat perghhhh bila dah siap di steamboatkan!




Untuk Ramadhan, dorang ada sediakan kurma, variaty of fruits, ada bubur dan juga pelbagai kuih tradisional untuk korang rasa. Hidangan air sejuk dan panas juga disediakan. Terpulanglah pada selera masing-masing. 

Apa lagi yang ada..? Hurmm korang tengok je la gambar-gambar kat bawah - semuanya sangat lazat! Penuh perut we all melahap hidangan hidangan tersebut hingga ke titisan terakhir! Walahhh.. :)

Antara Hidangan-hidangan:
Sayur-sayuran segar, cendawan, brokoli, sawi, salad etc. Daging kambing, lembu, ayam yang dimerinate dgn resipi istimewa! Seafood fresh from ocean, pahat, udang, sotong, kepah, etc.
Desert yg delecious:  ABC, chocolate fountain, aiskrim, mashmallow, etc. Minuman colourfull, F&N, minuman panas, etc




Selain tu, satu khemah juga disediakan untuk kemudahan korang untuk bersolat untuk kaum lelaki, manakala sebuah bilik dikhaskan untuk perempuan. So after solat, sambung je makan untuk round ke-2 - no problem! Makanlah seberapa banyak yang korang mampu...hehhehe...


Nak tahu detail? Korang click je Facebook Sukee Sukii Steambot and Barbeque. Semua info serta alamat ada kat situ. Opssss...jangan lupa untuk booking beb, tempat ni selalu penuh time iftar!

So kalau dah ada area sekitar tu, boleh jer kalau korang nak gi jengok dan rasa hidangan yang ada di Sukee Sukii Steambot and Barbeque.

So untuk total markah, kawe bui 4 and half star out of 5!



Selamat Berpuasa guyzzzz! XOXO!




Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!