BENDA YANG TAK PAYAH KORANG BAWAK DURING TRAVEL!

Plan to travel ke? Haaa..sesetengah dari kita, memang jenis yang suka pack awal-awal. Ada gak yang jenis esok nak fly, arini baru terhegeh nak pack...heheh passport pun tak tahu simpan kat mana. So among us, ada gak yang terlalu detail semasa packing. Sampaikan benda-benda remeh pun dorang bawak dan sumbat dalam bag! 


Sebenarnya kalau setakat nak travel 2-3 malam, satu bag kecik pun dah okey...so bleh usung sekali taruk dalam cabin, takyah nak beli extra luggage! Why nak kena bazirkan tenaga untuk pack serta usung bag sampai 3-4 buah??? 

Okeyyy...meh kita tengok apa benda yang tak patot korang sumbat and pack sekali dalam bag semasa korang keluar travel abroad or dalam negeri. Okeyyy...jommmm continue baca.

1. Shampoo, sabun, perkakasan mandi
Wehh...kebanyakan hotel or hostel sekarang, semuanya dah tersedia benda-benda alah ni. So why nak kena punggah sekali sampai penuh bag? Sesetengah travellers hostel memang dorang tak taruk benda alah ni dalam toilet, but trust me...you can request for it! And kalau takder pun, believe me sure ada kedai yang berdekatan situ yang jual sabun! But lainlah kalau korang plan untuk jungle trekking or bermalam dihutan, memang sah la kena bawak kann..kannn. And lainlah kalau korang kena bawak special sabun sebab ada masalah kulit ke apa ke...adehhhh..

2. Segala Gadgets
Korang ni nak pergi bercuti or nak pergi hadap ipad/laptop? Cukuplah sekadar bawak 3 benda iaitu handphone, pocket wifi dan jugak camera. Why nak kena bawak segala mak-nenek MP3 player, iPad, iPod, laptop,  bla bla bla???  Korang travel sebab nak tengok suasana tempat baru, nikmati pemandangan serta adab budaya tempat tu kan?? Kannn?? Ke nak main games kat iPad??

3.Pakaian yang Berlebihan!
Sesetengah dari kita suka sangatlaaa bawak berdozen-dozen pakaian. Nak kena bawak pakaian untuk semua occasions ke during travel?? So guys...please plan betol-betol. Kalau dah tahu nak lepak kat pulau, nak bawak baju kurung sekali watper?? Nak bawak jeans sampai 3-4 lai watper?

4. Medical Kits
Ok..betol kita prepare for worst, but sure ke nak kena bawak all those things? Kat rumah memang kita pakai ke? Silap-silap medical kit box korang tu penuh habuk. Cukuplah sekadar bawak ubat-ubatan penting untuk kegunaan emergency like ubat sakit kepala, ubat demam dan ubat selsema. Takyah nak angkut segala bagai mak nenek punya ubat...

5. Travel Guidebooks
Takyah nak acah-acah sangat nak bawak segala buku pasal sesebuah negara yang kita dah beli kat bookstore. Pernah dengar perkataan 'internet'?? Browse jer laaa... Sebab ada sesetengah dari kita yang gila membeli travel guide books sebelum travel, acah-acah study pasal London la, Bali la, Australia laaa.. Its ok untuk baca sebelum fly, but takyah lah nak usung semua tu semasa korang nak fly! Guna jer internet kat handphone korang tu or plan je itinerary dan tulis siap-siap atas kertas or save dalam handphone punya notes.

6. Towel
Ni satu lagik benda yang makan space bag! Watper nak bawak towel?? Kat hotel kan ada?? Please check and contact awal-awal tempat penginapan yang nak korang stay tu - ada provide towel ke tak?? Lainlah kalau korang ni alah dengan towel yang lain!

7. Sunscreen
Acah-acah nak mandi pantai or lepak kat pulau? Just nak bagitau, bukan hanya tempat korang je yang ada jual sunscreen...kat tempat yang korang nak tuju tu pun ada jual..! Save spaceeee... hehhee

8. Gelang Mas, Rantai Mas besar peha...Cincin Mas
OK...saper yang bawak dan pakai benda-benda perhiasan yang mahal-mahal ni sila jangan keluar travel or join backpackers okeyyyy.  Why?? Hurmmm....sendiri mau ingat. Lainlah korang nak travel pi shopping LV , Prada, Gucci ke kat Paris!

9. Kasut 2-3 pasang
Why nak kena bawak sampai 2-3 pasang kasut??? Cukupla sekadar 1 je kasut or maybe 2 - kena tengok keadaan gak la kan. Kalau gi kawasan salji, cukuplah satu kasut yang multi-use yang bley jalan atas salji or atas normal road. Takyah nak bungkus masuk beg sampai 3-4 pasang kasuttt...haihhh...

10. Makanan Berlebihan
Maggi, perencah makanan, dry-food - Cukuplah bawak sejadar yang boleh. Kalau nak travel ke luar negara, bawak-bawaklah cuba try test makan tempatan kat sana. Dah banyak dah kedai or restoran yang menyediakan makanan halal untuk travellers. So takyah la nak bawak beras sampai 2-3 kilo, maggi sampai 10 pack besar bla bla bla.. 



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++



TIPS: Plan nak travel? Why tak siap-siap sewa Pocket WiFi?

Jangan lupa sewa siap-siap POCKET WIFI kat Malaysia sebelum korang fly ke mana mana...sangat jimat, bleh share2 wifi signal dengan kawan2...Sewa kat Malaysia, amik kat Malaysia, sampai je kat destinasi yg korang nak gi tu, terus ON dan bleh gunaaaa...yeahaaaa!!

•NO Deposit
•NO Passport Copy
•FIX Rate
•JIMAT!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!