SELAMAT HARI RAYA DARI KAKIKUJALANJALAN!

Alhamdulillah..kakikujalanjalan telah mencecah hit bacaan sebanyak 174,049! Dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokong dari korang semua.



Dan sekali lagi Alhamdulillah, akhirnya kita semua berjaya gak untuk sampai ke pengakhiran bulan Ramadhan. Bermakna inilah hari terakhir untuk kita berpuasa. Dan ini juga bermakna, esok kita semua yang berada di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sebagaimana biasa, walaupun gembiranya kita yang dapat balik kampung, jangan dilupa pada yang gigih berkerja membanting tulang dan tidak berupaya untuk pulang ke kampung halaman. Maybe ada diantara kita setiap tahun akan pulang beraya di kampung halaman. Ada juga yang kurang bernasib baik yang tidak dapat balik beraya di kampung atas beberapa sebab. Bagi saya, setiap tahun saya diberi kesempatan untuk pulang ke kampung saya di Kota Bharu Kelantan dan juga ke kampung isteri kesayangan saya di Alor Setar Kedah. Semoga kalian pun demikian...

My Hometown

Ada juga yang pastinya tidak segembira orang lain yang masih mempunyai ibu-bapa. Maka elokkan hari raya kita ziarah serta sedekah Al-Fatihah di pusara mereka. Pada yang masih mempunyai ibu bapa, maka hormat lah mereka...kasihanilah mereka dan sayangilah sebagaimana mereka mengasihani serta menyanyangi kita semasa kita masih kecil. Tiada mereka, maka tiadalah kita semua di muka bumi ini.

Pada yang berada ditengah-tengah krisis peribadi sesama adik beradik, sesama saudara ataupun sesama kawan, marilah kita ambil kesempatan ini untuk bersama-sama lupakan ego kita serta bermaaf-maafan. Tiada yang lebih gembira melainkan semua kita bersalam-salaman, membalas senyuman serta berbaik-baik sesama manusia.



Setiap tahun juga semasa musim perayaan, kita dapat melihat berita di tv dan juga di dada akhbar tentang pelbagai kemalangan jalanraya semasa hendak pulang ke kampung. Maka, berhati-hatilah di jalanraya. Tak usahlah nak berebut-rebut or memandu secara melulu. Ingatlah pada ayah bonda, adik beradik serta saudara mara kita yang sedang menunggu di kampung. Tak ada gunakan kiranya kita sudah tiada lagi akibat kemalangan. Or mungkin akibat kecuaian kita memandu, kita kehilangan ahli keluarga kita.. semoga dijauhkan. Aminnnn..


Maka dengan ini, saya di kakikujalanjalan menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andainya ada sikap saya selama ni, tulisan saya selama ni ada menyinggung perasaan sesama manusia. Maklumlah, saya juga manusia biasa. Maafkan saya kiranya saya lambat membalas email-email pertanyaan dari kamu semua...terlampau banyak soalan yang harus dijawab pada satu-satu masa dan pastinya saya juga kadangkala tiada ruang waktu untuk menjawab semua email tersebut. Maafkan saya. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir dan Batin!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!