ADAB SEMASA DALAM PENERBANGAN

Phewww...sure korang pun pernah alami or korang sendiri pernah buat all this things tanpa korang sedari. Kadang-kadang benda remeh pun boleh buatkan orang lain menyampah dengan korang. Dan korang pun sure menyampah kiranya ada antara passenger lain yang buat benda-benda yang agak 'kureng' beradab semasa penerbangan. 



Nampak macam perkara-perkara ni biasa je, but sebenarnya benda-benda ni agak 'annoying' kotttt....kan kannn kannnnn


1. Window Seat
Wehhh...dah awal-awal lagi korang dah tahu kan yang korang ni memang duduk kat window seat. So takleh ke masuk awal? Ngaper nak terhegeh-hegeh masuk lambat semasa boarding? Sebab korang masuk lambat, yang passenger yang duduk seat tengah dan seat tepi kena bangun plak lagik sekali sebab nak kasik ruang korang masuk dalam. Lenkali kalau dah tahu korang dok tepi tingkap, sila masuk awal sikit, tak la kacau orang lain! Haihhh....

2. Tanggal Kasut/Selipar
Agak-agakla kalau kaki korang tu berbau, takyahla ngegada nak tanggalkan kasut bagai. Habis satu flight nak pengsan dengan bau kaki korang tu. Kalau long haul flight, if kaki korang jenis berbau..tak salah nak tanggal kasut but sila amalkan kerap menukar stoking! Masa nak boarding tu, haaa sila tukar stokin sebelum naik aircraft. Kesian kat member yang duduk sebelah seat korang tu, dah koma sebab bau tengit kaki korang...Haihhhh...

3. Kaki, Kaki & Kaki
Ada jenis manusia ni especially yang duduk area window seat, suka sangat selit kaki dorang ni kat celah tepi seat passenger depan. Terkejut passenger depan sebab ternampak kaki orang belakang terselit kat tepi seat dia. Haihhh...ni bukan kampung korang okeyy yang dok selit-selit kaki kat celah seat orang lainnn...giler biadap! Haihhhh...

4. Cabin Luggage
Ok..tak salah nak bawak hand carry luggage naik ke atas aircraft. But please agak-agakla dengan keupayaan sendiri. Kalau kita ni jenis kecik, takyahlah nak angkut bag besar dan berat naik atas aircraft. Dah menyusahkan orang lain untuk tolong angkat simpan dan angkat keluar bila kat atas tu. Pastu kalau steward or stewardess tak tolong, korang cakap dorang tak mesra alam la, tak bantu passenger la bagai. Korang tu kena agak-agak la bila nak bawak bag yang agak besar dan berat untuk taruk dalam cabin luggage area. Takkan semua nak punggah masuk atas termasuk batu lesung bagai...Haiiiiihhh..

5. Anak Kecik
Yang mana ada anak kecik tu, sila la jaga perangai dan tingkah laku anak korang tu. Jangan sampai menyusahkan passenger lain. Ada yang jenis parent yang tak kisah anak dok bergurau bising dalam penerbangan. Siap goncang-goncang kerusi bagai. Excuse meeee! Ada passenger lain kot yang nak rest semasa penerbangan.  Anak nakal? Sure ada cara untuk didik anak-anak kecik korang tu. Tu belum lagi yang bergaduh sesama sendiri, then melalak kuat sampai ada passenger yang lain rasa nak terjun keluar dari aircraft! Haihhhhh...

6. Trip Family/Kengkawan
Taulah korang tengah happy sebab fly and travel bersama family or ngan kengkawan. Ni ada plak jenis main pas-pas makanan depan muka passenger lain. Lenkali sila amik seat berdekatan kalau nak wat camtu. Tu blom lagi yang jenis borak kuat-kuat pastu gelak kuat-kuat macam kat kampung dorang! Respect sikit passenger lain yang nak berehat.....kann kannn... Haihhhhh...

7. Main Game / Tengok Movie 
Ni untuk para acah-acah gamers la kannn... Main game kat ipad ke kat iphone ke tak salah, but sila taruk headphone la deyyyy... Pening dengar bunyik effect games yang korang main tu hokeyyy... Sama la gak yang jenis kaki tengok movie kat ipad! Pakai headphone pleaseeeee... Haihhhhh...

8. Ampaian
Ni lagi satu perangai. Kalau dah bawak jaket ke apa ke, jangan la nak sangkut/sidai kat seat korang. Hellooo kat belakang seat korang tu ada LCD screen passenger belakang! Dah orang belakang takleh tengok movie sebab baju/jaket korang tu dah block screen orang lain! Excuse meee...ada hook kat depan seat korang tu, sila check betol-betol. And if xder hook, riba je jaket korang tu...Haihhh...

9. Aircraft Lavatory/Toilet
Helooo...lepas guna tu sila la flush! Ni ada yang jenis campak tisu merata-rata! Dalam tu kan ada bekas sampah? Tak nampak ke apa???

10. Personal Space
Amalkan sikap respect personal space passenger lain. Jangan nak ceroboh space seat orang lain sebab korang nak duduk selesa. Ni sampai berlaga lulut ngan passenger sebelah sebab duduk terkangkang lagik selesa! Nak selesa sangat, sila amik bussiness class la abe kakokkk.... Haihhh...

So guys...lenkali sila jangan buat benda-benda kat atas ni okeyyy... If nak buat gak, sila sewa private jet yang bawak korang je on board..hehehhee...

Muahhhh and Happy Travel!


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++


TIPS: Plan nak travel? Why tak siap-siap sewa Pocket WiFi?

Jangan lupa sewa siap-siap POCKET WIFI kat Malaysia sebelum korang fly ke mana mana...sangat jimat, bleh share2 wifi signal dengan kawan2...Sewa kat Malaysia, amik kat Malaysia, sampai je kat destinasi yg korang nak gi tu, terus ON dan bleh gunaaaa...yeahaaaa!!

•NO Deposit
•NO Passport Copy
•FIX Rate
•JIMAT!


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!