WABAK ZIKA & TRAVEL

Guys..be carefull when plan your visit to ASEAN country. Actually, kalau rasa travel tu boleh tangguh, then better tangguh dulu la kot, kan..kan..

Di Singapore je, dalam masa seminggu...almost 242 kes Zika dikesan positif! Mean sila lah berhat-hati kiranya korang ada plan nak jalan-jalan ke sana. Dan of course, secara automatiknya wabak ini mencetuskan panik di negara-negara ASEAN. Singapore government agreed that this Zika Virus telah merebak secara cepat dan pantas di rantau Asia Tenggara.


And last week, Thailand pun turut terkena tempias Zika ni sejak 3 bulan lepas! WHO pun dah kasik warning pasal virus Zika ni yang almost melumpuhkan benua Amerika sejak 3-4 bulan lepas yang mana kes pertama mula dikesan di Brazil.

So, JOM PAHAMKAN apa sebenarnya Zika Virus ni.

Apa benda tu Zika?
Zika adalah sejenis virus bawaan nyamuk yang membawa virus Zika

Cara tersebarnya virus?
Melalui gigitan nyamuk ke atas manusia. Agennya adalah melalui nyamuk Aedes iaitu vector yang sama yang membawa virus denggi

Apa tanda-tanda terkena virus Zika?
Tanda-tanda nyata ialah sama seperti denggi yang mana korang akan demam, sakit-sakit otot, sakit-sakit sendi, sakit kepala, ruam serta konjuktivis.

Dan untuk perempuan mengandung, tempias Zika ini akan turun terkena kepada bayi dalam kandungan!

Adakah boleh dirawat?
So far, still tiada lagi vaksin yang boleh mencegah serta merawat penyakit bawaan virus Zika.

Negara yang terjejas?
So far, dah almost 21 negara Carribean terjejas, Amerika Utara dan Selatan.
Singapore paling hampir dengan Malaysia merekodkan ratusan kes setakat ini, begitu juga dengan Thailand.

Bolehkah korang travel?
So far, WHO again telah keluarkan nasihat agar kita semua tidak lakukkan sebarang perjalanan ke negara-negara yang telah disahkan dijangkiti virus Zika.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula baru-baru ini telah menyarankan agar korang yang nak pergi travel agar mengambil langkah-langkah pencegahan sama seperti langkah pencegahan denggi.



Langkah-langkah Pencegahan:
1. Amalkan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang untuk mengelakkan gigitan nyamuk pada kulit yang terdedah.

2. Gunakan repellent serta tidur di tempat yang berkelambu

3. Elakkan keluar waktu puncak gigitan Aedes ni iaitu beberapa jam selepas senja dan juga selepas     subuh.

So guys, please aware tentang virus attack ni kat negara-negara yang korang nak travel tu. Sentiasa rujuk Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga log masuk ke WHO website untuk check negara-negara yang terjejas. Especially pada yang travel bersama family.

WHO Website


Stay Safe guys!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!