CHERINGIN HILLS CONVENTION & SPA, JANDA BAIK

Wahhh..sesekali memang best lau dapat spend time bercuti dan chillex kat tengah-tengah hutan. And last week, aku dapat grab that chance untuk spend time with colleagues kat Janda Baik. Frankly, memang osemmmm dapat hirup udara segar biler kita stay kat hotel yang dikelilingi hutan mala-hijau tropika yang tebal...chewaahhhh cam dokumentari la plak...hahhaha..


Ok..last week, we all stay di Cheringin Hills Convention & Spa, Janda Baik. Sesampai je, memang seronok giler kot tengok suasana hijau kat area ni. Kiri kanan dikelilingi bukit bukau yang tingginya mencecah awan...phewwww...best beb sesekali tengok view camni. Terasa ingin terbang bebas di angkasa...wakakakak...haram jadah plak bahasa aku ni...heheh



Jejak je kaki kat sini, we all terus ke lobby. Wahhh luas beb lobby dorang, bleh buat acara lari dalam guni kat lobby area ni...haihhh.. Receptionist dorang pun cun-cun and friendly...but bukan janda tau...hehehe..



So bilik dorang pun agak luas gak la but bantal ada sedikit lembek, sakit leher bila bangun dari tido. Hope dorang akan tukar pada bantal yang empuk sket la...kan..kannn... Shower room biasa-biasa je but semua ada la ngan air panas bagai, so no need to worry.

WIFI? Hurmmm sorry. Kat sini complimentary wifi hanya ada kat lobby je, kat bilik takder. Haihh..zaman IT camni, still ada hotel yang tak provide wifi kat guestroom, how?? Patotnya each room pun kena ada wifi, senang nak communicate sebab at certain time...line Maxis or Celcom tetiber hilang derrr...terus takder signal. So kat sinilah pentingnya wifi..hadoiiii




Segala macam keperluan semua ada like TV, Astro, phone tapi heran sebab takder fridge! Haihhh...mostly semua hotel yang aku gi, semua ada mini fridge, but kat sini jenuh aku carik tapi tak jumpa...kena sorok ngan jin ke apa??? Hadoiii... ke bilik yang we all stay ni memang jenis yang xder fridge?? TV ada but remote xder, kena setting manual la lau nak tukar ke channel lain. Maybe bilik ni je kot yang jin sorok fridge and tv remote.....haiyoooo...


So, kat sini gak korang bleh berendam lama-lama dalam pool dorang. Kat sini pool agak besar, ada 2 pool, satu untuk adult..satu lagi untuk kids. Yang acah2 terer berenang tu, bleh la terjun ke dalam adult pool, but yang jenis panik dengan air tu...better rendam kaki la dalam kids punya pool. Hurmm...lagi satu, pool kat sini airnya agak masin. Phewww..guna air laut ke caner? Or banyak sangat peluh kat dalam tu? Krik..krikk..krikkk...



Bagi company-company yang nak wat teambuilding, kat sini sesuai sangat la sebab built up area tempat ni agak besar. Seminar room agak banyak, so stakat nak muat 5-6 ratus orang tu, macam takder halll lahh. Padang pun ada, parking pun luas. Makanan yang dorang saji pun bleh tahan la sedap. Ruang makan plak memang luas dan menghadap alam buana bukit bukau yang dilitupi kabus tebal....cewahhhh.... So, agak selesa la lau korang nak makan kat sini, macam santapan raja zaman dulukala plak sebab dok tengah hutan! Heybattt beb view!




Apa-apa pun, banyak benda yang korang bleh wat bila stay kat Janda Baik. Banyak je tempat untuk korang mandi manda. ATV pun banyak yang korang bleh sewa kalau terasa nak naik. Nak merasa naik ATV, sila baca write-up pasal ATV ni kat sini.



Yang penting, suasana alam kat sini memang nyaman giler. Jangan lupa untuk bangun awal subuh, tengok sunrise! and lewat petang for sunset! Memang berbaloiiii.... Yang nak datang ngan family, kena plan dulu apa hiburan untuk korang punya kids tu selain mandi kolam. Takkan nak soh bebudak tu mandi kolam jer 24hours kottt.. Kot nanti kalau stay 2 malam kat sini, sian dorang xder apa activity yang sesuai ngan dorang kalau tak plan betul-betul...

So ada video sket kat bawah ni from my drone. Sempat lagik fly tu sebab view kat sini mmg ocemmmmmm... huh, pengsan nak taip!



Selamat bercuti beb!!!! Sayangilah Hutan!

XOXO!

CAMERA PHONE SEMASA TRAVEL? NO PROBLEM!!

Haaa...ramai yang keluar travel hanya bawak handphone je. Tak ramai yang mampu beli GoPro, compact camera, apa lagik DSLR kannn...kannn... so handphone merupakan option yang ada. Dan saya rasa semua orang mostly memang ada smart phone! Saper yang takder smartphone tu, sila pindah masuk dalam hutan! Hehehe..jokingggg..



So, saper kata amik gambar guna handphone, gambar jadik tak cun? Memang tak cun la kalau pakai smartphone yang cameranya resolution kecik. Gambar akan penuh grain (bintik-bintik).

Jadik, pada sesaper yang suka travel tu...if nak amik gambar vacation, no problem if korang hanya ada smart phone! Gambar-gambar korang sure akan lebih umphhhh kiranya korang tahu cara sebetulnya untuk snap gambar.



1. Lupakan Selfie!
Haihhh...apalah masalah korang ni, sesekali takper if nak berselfie. But if semua gambar travel korang penuh ngan muka korang je, apa motif gambar tu? Nak tunjuk muka korang or nak tunjuk betapa cantiknya kawasan yang korang travel tu?? So, sila kurangkan selfie melfie ni. Trend tu dah lapukkkk dah okey...hehehe. Sila utamakan gambar background tempat korang gi tu, kurangkan space muka sendiri...erkkk...



2. Snap local people
Nampak tak? Nampak tak?? Orang akan lebih suka tengok gambar korang dengan local people. Snap guna handphone pun akan nampak lagik cunnnn if ada element lain dalam gambar korang. Snap gambar local people, and put sumting interesting kat background gambar korang tu. Contohnya gambar tok sami, and kat belakang ada biara,kuil etc etc. Maka gambar tu akan lebih alive walaupun guna handphone je, trust me!




3. Gambar Bercerita
Pernah dengan orang cakap, gambar tu biarlah bercerita. So maksudnya, kalau nak snap gambar semasa korang travel, selitkan sesekali gambar yang menunjukkan apa yang terjadi semasa korang snap photo tu. Meaning, sekali tengok jer, orang dah tau... kan kannn...





4. Balance , Proportion and Angle
Sila balancekan gambar korang tu. Kalau amik ngan DSLR sekalipun, but kalau gambar tak balance and senget benget, kompem gambar tu akan tak cun! Check horizontal line betul-betul, then snap! Carik angle yang betul-betul cun, lagi dramatic angle korang..lagik cun gambar tu nanti. Jangan malu untuk meniarap atas tanah jika angle tu korang rasa terbaikkk...



5. Eye Level
Kalau nak amik gambar hubby ke, wifey ke....sila eye levelkan camera phone tu, sure akan lebih cun. Jangan angkat handphone lebih tinggi dari subjek, nanti subjek tu akan nampak pendek kemetot. Dah la kita ni pendek, lagik kemetot jadiknya...



6. Unsur ketiga
Carik unsur ketiga untuk menambahkan seri gambar korang. Contohnya reflection. Apa kata amik gambar dari luar cermin, or guna cermin as subject. Or maybe ada tasik area tu, gunakan sebagai elemen tambahan. Cer carik reflection kat air ke, kat cermin ke...Walaupun guna handphone, tapi kalau ada unsur-unsur ni, sure lagik cun. Apa lagik kalau korang creative, lagik la cungggg melecungggg!



7. Rules of Third
Sesekali, cuba snap guna rules of third. Kalau biasanya korang snap, semua gambar subject ada kat tengah-tengah gambar, cuba alihkan ke bahagian kiri or kanan gambar. Kompem lagi muahhhhh gambar tuh.



8. HDR
Most of smart phone camera, dah ada fungsi HDR ni. Cer korang snap guna HDR. Selalunya saya akan guna HDR biler cuaca agak kelam. So this HDR akan detailkan lagik gambar phone korang tu.



9. Panorama Mode
Cer check handphone korang, apa kata sesekali snap tempat yang korang travel tu guna mode panorama. Gambar tu akan jadik horizontal memanjang. So kengkawan kompem ternganga if gambar panorama  korang tu cunnnnn... Cer try...cer try!

take from iphone,  google

10. Elakkan Flash!
Haaa..ni mistake yang boleh merosakkan gambar. Kalau boleh, elakkan guna flash handphone tu semasa amik gambar. Gambar akan jadik tak cun! Kalau snap orang, nampak putihhh je muka. Apa lagik kalau muka tengah berminyak or berpeluh...hehheeh memang tak lawa beb...

11. Self Timer
Kalau dah gelap or cuaca tak cerah, amalkan guna self timer. Tangan korang tu bukannya bleh dok diam masa nak snap. Silap snap, gambar blurrrrr! Why blur? Sebab tangan korang shaking masa nak snap amik gambar tu. So, sila praktis keraskan tangan kalau nak gambar korang tu cun! Elakkan amik gambar guna tangan semasa cuaca gelap, taruk je handphone tu atas pagar ke, atas mini tripod ke, biar handphone tu dalam kedudukan still. Or kalau terer, guna dua-dua belah tangan, biar stabil sket handphone tu. Baru gambar tak blur dan cunnnnn!



12. Jangan Zoom!
Suka zooooom erkk?? Jangannnn! Camera phone tak sehebat DSLR. Jangan amalkan zoom pada camera handphone, gambar akan blur dan akan ada grain. Amalkan cropping kalau nak detail kat any subject.



13. Focus dan focus
Cuba focus pada satu satu subject or object. Jangan nak taruk semua sekali dalam satu gambar. Gambar yang ada focus point adalah gambar yang cantikkkk...


++++++++++++++++++++++++++++

Travel Tips:
If travel alone, bleh beli local sim card kat airport or kat city. But if travel ngan kengkawan, better sewa Pocket Wifi siap-siap dari Malaysia sebab lagi jimat dan bleh share-share bayar sewa. Sewa pocket wifi lagi murah dan jimat if travel secara berjemaah.



PREVIOUS HOT!