MISTAKE GAMBAR KORANG SEMASA TRAVEL

Wahhh...korang akhirnya jejak jugak kaki korang ke destinasi impian! And i believe yang semua orang kompem akan bergambar sakan semasa korang tengah travel. Baik travel dalam Malaysia ataupun travel luar negara...baik travel  secara solo, secara berjemaah dengan kengkawan yang otak semua senget-benget dan gila-gila or bersama family serta anak-anak...kan? kan?? Sure punyalahhhh bergambar! Tak logik kalau ada yang tak bergambar.



So, dah la susah payah korang menabung untuk merealisasikan impian percutian korang, tapi sayangnya gambar-gambar yang korang snap agak kurang memuaskan. Ada yang blur, ada yang senget-benget...ada yang ntah kebenda jadik lagik, kan?? kannn??? Apatah lagi kalau korang gi travel oversea! Rugi dah fly jauh-jauh, tapi tak amik gambar yang cun or paling worst...lupa nak bawak camera! Haiyoooo...haiyaaaa..pengsan wehhh!


TIPS 1:
Handphone! Handphone adalah medium paling mudah untuk korang usung kehulu kehilir! If takder camera, so sila bergantung harapan korang kat smartphone yang korang ada. Do not under estimate kemampuan smartphone korang tu. Kebanyakkan smartphone sekarang dah ada macam-macam fungsi untuk amik gambar dengan cun. Ditambah lagi dengan macam-macam photo apps yang korang bleh download untuk menaikkan lagi seri gambar korang.



Sila fahami fungsi camera smartphone korang tu, baru la nanti dah sampai sana...takderlah nak terhegeh-hegeh nak cari fungsi kat camera smartphone korang tu...study dulu. Kekadang ada banyak tips dan trick untuk korang hasilkan gambar yang cun hanya menggunakan smartphone korang tu. Jangan malas-malas untuk google tips and trick. And pastikan smartphone korang tu full charge before keluar travel. Or bawak je power bank ke, bawak generator ke...hehehe...janji bateri tak kong. Ni bila dah sampai tempat yang cunnnn, bateri handphone plak habis! hadoiiii...mati la nakkkkk....camner nak amik gambarrr kan..kannn kannnn???

TIPS 2:
Abam-abam, adik-adik, aweks-aweks....sila kurangkan selfie melfie. Kalau tujuan korang just berselfie, then nak simpan untuk tontonan sendiri...then its ok. Selfielah puas-puas. But if selfie then nak up ke media sosial, then trust me...hanya sedikit je percent yang nak tengok gambar korang selfie. Dorang nak tengok gambar suasana tempat yang korang jalan-jalan tu, cantik ke tak...sejuk ke tak, lawa ke tak, hebat ke tak...BUT bukan gambar-gambar selfie korang yang beratus keping tu...hehehe trust me.


Zaman selfie ni dah nak habis dah, tinggal bebudak bawah umur and mak-mak budak je yang suka selfie melfie ni. So dear friends, sila kurangkan selfie teruk. Sila concentrate camner nak gambarkan suasana pemandangan tempat yang korang lawat tu...impress kengkawan korang dengan gambar travel bukan gambar selfie teruk korang! Kalau nak selfie gak, biarlah muka korang tu hanya 1/3 dari keseluruhan imej dalam gambar tu. Lagi 2/3 korang isi background suasana indah tempat yang korang jalan-jalan tu.  Erkk ada yang terasa ke?? Haihhh..nasiblaaa...hehehehheh

TIPS 3:
Plan gambar tu leklok. Tu pentingnya kena ada itinerary. At least korang tahu mana korang nak gi. Barulah bleh plan nak bawak camera camner dan nak tangkap gambar camner. Kaji apa yang ada kat sana. Mistake yang selalu jadi ialah bila korang 'over ambitious itinerary'! Semua tempat nak gi and semua tempat nak amik gambar. Hasilnya semua jadik tergesa-gesa...sure gambar jadik tak cun kalau banyak sangat plan nak kesana-kesini. Remember, korang tak perlulah nak jelajah whole country dalam one visit! Man mannnnn pleaseeee...



TIPS 4:
Kurang maklumat tempat yang korang nak lawat! Banyakkan do research if nak pergi je satu-satu tempat tu. Jangan hanya trust kat satu source je. Kekadang gambar yang kita tengok kat web semuanya indah-indah belaka. But biler dah jejak kaki kat sana...snap je gambar, harammm jadah tak cun pun. So benda ni pun bleh efek kat gambar travel korang. Jangan malas untuk refer kat travel web, belambak kat alam internet ni. Just taip and google jer.

TIPS 5:
Kalau korang baru jer beli camera, sila study betul2 fungsi kamera korang. Lain camera, lain functionnya. Kebanyakkan kaki travel tak study betul-betul apa yang kamera korang tu bleh buat. Ni dah sampai sana baru nak check apa yang camera tu bleh buat, apa yang tak boleh. Tu yang banyak gambar jadi blur, over expose, senget benget...bla bla bla... So rugi je beli camera tapi hasil gambar cam haram jadah...hehehe. Jangan nak salahkan camera plak!

TIPS 6:
Sila carik location yang beyond the main attraction. Contohnya kalau korang gi Paris, cer carik view celah celah lorong kat kota Paris tu, banyak je pemandangan yang pelik-pelik. Banyak je coffee shop yang nampak antik dan awesome.



Gambar berlatar belakangkan Eiffel dah sejuta kali dah orang dah snap, so cukupla sekadar dua tiga keping. Yang lain, sila carik view tempat yang lain dari orang lain. Barulah gambar korang akan nampak wow!

TIPS 7:
Sila communicate! Jangan malu-malu untuk bertanya dengan local people tentang port-port menarik yang lain dari kebiasaan. Dorang ni takderlah sombong mana pun kecuali kita yang start sombong dulu kan...kan... So, ringankanlah mulut korang untuk bertanya. Selalunya local people lagi arif dan bijaksana dalam hal-hal port-port bergambar yang cun... Tak caya? Cer amalkan....



TIPS 8:
Light light light! Gambar cun kena ada lighting yang cunnnn. So kalau plan nak gi sumwhere, kaji dulu korang akan sampai ke sana jam berapa. Sempat ke nak snap gambar cun kalau dah sampai lewat petang?? Kalau kawasan tu awesome dan havoc sebelah malam, then plan je gi sana sebelah malam. And bila malam, camera korang tu capable tak untuk amik shot waktu malam??




Kalau tak capable, sila usung tripod yang senang nak carry...taruk je atas tripod tu, nak amik gambar malam..tangan korang kena steady, tak shaking. Kalau shaking, gambar jadik blur. Senang citer kalau payah sangat, sila set camera korang kat Auto..senang!

TIPS 9:
Selaraskan line horizontal korang tuuuu! Gambar yang apply horizontal line yang tak senget adalah gambar yang cun! Thats a fact. Jangan nak stylo sangat ambik gambar yang style senget senget. Sakit mata kawan korang tengok nanti. Practise and make sure horizontal line kat gambar tu betul-betul straight dan tak senget!




TIPS 10:
Takder unsur happy or dramatic dalam gambar korang! Sila amalkan tambah element dramatic or happiness dalam gambar korang tu. Jangan sekadar bergambar sengeh sambil jari wat peace...hehehhe tu zaman ali baba bujang lapuk dah ada. Gambar yang ada unsur-unsur happy selalunya alive! Tmbah sedikit element dramatik - mean lighting senja ke, lighting awal pagi ke... sesekali snap gambar silhoute ke...kompen cun gambar korang. Elakkan bergambar normal...hehehhe... apa lagi too much berselfie...hadoiiii...pening laaa...kekekek





Maybe ada lagik tips-tips menarik, but tak ingat masa during tulis article ni. Semua benda-benda kat atas base pada pengalaman serta pengamatan kat gambar-gambar sendiri serta gambar-gambar kengkawan yang suka travel. Tak kira la korang travel hanya ke Cameron Highland or travel sampai Kutub Utara, but kalau gambar tak cun..maka memori travel korang korang takleh nak share or simpan!



TIPS 11:
Tukar angle!!! Sila tukar posisi sudut gambar yang selalu korang amik sebelum sebelum ni! Cer try amik gambar dengan guna angle lain. Snap dari atas ke, snap dari bawah ke...snap dari celah-celah kayu ke...kompemmmm gambar korang akan walllaaaaaa!!!





So adik kakok abam abam sado, sila praktis.. Practice make perfect!

TIPS: Baca pasal Travel Photo dengan hanya Camera Phone

Selamat bergambar! XOXO!


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Travel Tips:
Kalau plan nak ke oversea, why not you all sewa this pocket wifi? Senang bawak, senang cas, senang nak share line among your friends up to 5 devices. Jimat! Takyah nak beli sim card sorang satu. Untung kalau korang travel berjemaah laaa... kalau solo, beli je la sim card sana.

Baca pasal this pocket wifi kat sini....

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
Saturday, November 19, 2016 delete

Ok memang tips yang power!

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!