TAPAK - URBAN STREET DINING

Hellloo...hope semua kakikujalanjalan followers sihat-sihat! Okeyyy..jom baca my entry. Kali ni nak citer sket pasal satu tempat makan yang agak ala-ala hipster kat tengah-tengah kota Kuala Lumpur ni. Actually dah banyak kali dah lalu area ni but kali ni amik keputusan untuk stop and nak rasa sendiri benda best kat sini.


Rasanya ada yang dah tahu area lepak santai untuk makan dekat KLCC ni kan, or maybe ada jugak yang still tak tahu. Ok, kali ni nak citer sket pasal 'TAPAK - Urban Street Dining' - Perghhh nama dia kemainnn hipster kan, hehehhe. Ni bukan tapak kaki or tapak kasut, apatah lagi tapak sulaiman! Hehehe... Kawasan di gelak TAPAK. So aku agak, nama Tapak ni agak simple dan catchy, so senang orang nak ingat. Nama ni pun agak komersial...unik dan hipster sangatttt...erkkk..





Kat mana Tapak ni?? Ok, lokasi TAPAK ni dekat Jalan Ampang. Dekat je dengan KLCC, kedudukannya in the middle of KLCC dan Ampang Park. So senang je kan? Kalau tak tahu, sila guna Wazes. And if dah guna Waze but still tak jumpa gak, sila campak je Wazes and smartphone tu keluar tingkap! :)

Kebetulan malam tadi baru habis do some job, then terus aku lepak la ngan kengkawan. Nak rasa lepak makan yang lain sket la kononnya. OK, apa ada kat sini? Actually TAPAK ni guna konsep meniaga makanan atas food truck. So semua yang bisnes makanan and minuman kat sini, dorang masak and prepare makanan atas food truck. Korang jangan naik plak makan atas truck tu! Mau kena tempeleng dengan kuali! Tempat korang makan ada kat bawah tu, ada banyak kerusi meja yang dorang sediakan...sila duduk atas kerusi, bukan atas meja!





So, apa yang dorang jual kat sini?? Jawapannya -- macam-macam! Dari nasik goreng sampailah ke western food! Dari teh o ais sampailah ke coconut shake bagai. Korang round je semua food truck area ni, then pilihlah ikot selera memasing... Untuk order makan, korang kena order sendiri dari food truck, then bayar terus...pastu carik la memana untuk korang duduk. Kalau weekdays, tak la ramai sangat umat manusia, but kalau korang datang lepak during malam minggu or weekend...memang suasana agak hipster havocnya, pepandailah mana nak carik tempat nak duduk makan.

Parking? Dont worry...kat sebelah TAPAK i ada open carpark yang agak luas. Berapa ringgit je cas. But kalau korang taik idung masin, park je la kat tepi jalan tu...hehehe...lau nasib tak baik, DBKL angkut terussss...phewwwww...so pepandailahhh erkk.



Rata-rata yang datang lepak makan kat sini mostly staff-staff dari opis yang berdekatan. Kebanyakkannya muda belia remaja, so bleh cuci mata sekali. Kalau yang rabun tu, jangan tetinggal spek mata, rugiiiii...! Hahahhaa...adehhh

TAPAK ni dibuka setiap hari dari 6 petang hinggalah jam 3 pagi! So korang bleh plan la nak datang ikut suka masa masing-masing. Kalau tak free, jangan la datang...hehehe.. And jangan datang belah siang plak, memang tak bukak la jawabnya. Kalau ada pun, bangla je dok terpinga-pinga sebab sesat kat area ni...hehehe..


Harga makanan kat sini so so laaa.. tak murah but tak mahal sangat. Kalau bawak RM20 tu, lepas la sorang makan + minum.

Haaa..meh nak cakap sket, kat sini lepas korang makan..jangan lupa kutip sendiri pinggan gelas yang korang dah makan tu then campak dalam tong sampah. Kat sini takde bibik yang nak tolong angkat pinggan korang lepas makan tu! So, sila disiplin skettt... jangan malas-malas..


So apa lagiiii guys...kalau korang free, gi la try makan makan kat TAPAK ni...manalah tau, kot-kot ada makanan kat sini yang kena ngan selera tekak korang kan..kann...kannnn... 

Ok...later sambung citer bab lain plak... jom jalanjalan then makan-makan!

XOXO...Muahhh! Blruppppp....kenyang...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
Thursday, November 17, 2016 delete

FUN WRITE-UP! Tulisan simple but banyak info padat! Terbaikkkk kakikujalanjalan

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!