TIPS - 1ST TIME WINTER TRIP?

Wahhh...hujung-hujung tahun ni, ramai yang dah plan untuk travel sana-sini. Ada yang travel local - which is sangat-sangat better sebab duit RM pun dah jatuh teruk! But ada gak yang dah plan dan beli flight ticket awal-awal untuk travel abroad! Pun ok...asalkan ada fulus dalam poket, its ok...jangan tumpang guna duit mak bapak dah la erkk...hehehe..


And untuk yang dah pun ada plan untuk travel abroad tu, semua dah ready ke? Especially yang nak travel ke tempat-tempat sejuk! For sure skarang ni most of country belah-belah Europe, Japan, Korea, China etc etc dah masuk musim winter! Bagi yang dah penah merasa travel ke negara-negara winter ni, its ok la..sure banyak benda yang dah korang belajar kan? But pada yang baru first time or baru nak merasa travel ke tempat-tempat sejuk ni, meh kita share beberapa preparation yang korang kena wat and prepare before fly! Kang keras kejung plak kat sana..hehehe...meh meh story sket mehhh...

Angin Sejuk!
Benda yang paling teruk sekali masa kat tempat-tempat winter ni ialah dia punya angin! Kalau baring atas snow, actually takdelah sejuk sangat. BUT kalau ada angin yang agak kuat masa tu, rasa macam nak putus telinga, rasa kebas muka..Serius angin tu sangat sejukkk wehhh! Kalau xder angin, rasanya no problem pun kalau nak berkain pelikat or berkain batik atas snow...hehehe but angin tu yang kacau sket.



So, thats why la kat kedai dorang ada jual Ear Cover. Bukan sesajer sebab nak begaya fashion bagai. Tu sebab xnak korang rasa ngilu kat telinga sebab terkena angin! Pas tu sila lilit leher korang tu dengan Neck Cover or hood...Angin tu kalau sejuk, memang rasa sejuk giler wehh kat tengkok and kat telinga korang tu nanti. Jenis yang tak tahan sejuk, korang bleh tengok dorang ni nampak bijik mata jerkk..hehehe.. yang lain semua bertutup kemas!

Kalau korang jenis tak tahan sejuk, better larik berlindung jap dalam building ke, dalam tandas ke, dalam kereta kebal ke, dalam bag tangan bini ke... kang pengsan plak kena angin sejuk sepoi-sepoi bahasa...hehehe

Kasut
Hoiii..jangan la wat malu jejalan musim winter kat sana dengan berselipar jepun! Memangla tak kena saman, tapi agak-agak laaa..haihhh. Kalau korang perasan dalam citer-citer mat saleh, jalan tar dorang...jalan jalan sekitar area shopping dorang agak basah..why?? Sebab winter! So mostly semuanya agak lembab. Biler lembab, mestilah licin! So sila pakai kasut yang agak sesuai..yang bleh grip jalan tu. Kang tak pasai-pasai tergolek dog sebab tergelincir atas jalan licin! If korang gi tempat yang ada snow, sila carik kasut yang sesuai dengan snow....kot nanti habis basah sampai ke stokin! Biler stokin basah, kaki pun basah dan berbau...kang habis semua orang sekeliling pengsan plak sebab bau stokin dan kaki basah korang tu!



Pakaian
Haaaa.. kalau korang yang jenis tahan suhu sejuk, takyah baca bab ni. But kalau yang jenis tak tahan sejuk tu..sila baca sampai habis. Dah tahu nak jenjalan kat tempat yang sejuk beku, so sila la prepare pakaian yang tak lut sejuk. Jenis yang tak tahan sangat dengan sejuk, sila pakai inner punya light weight thermal wear punya pakaian. Apa tu thermal wear? Ooo..ni baju belah dalam korang..ada untuk laki and ada untuk gals, ada untuk budak and ada untuk mak budak gak! So, kalau jenis tak tahan sejuk sangat tu, sila beli dan pakai. Kalau yang jenis bleh tahan, pakai sweeter or baju sejuk tebal sket pun dah ok selalunya. Mana nak beli? Banyak jer area KL ni, rerajin la carik. Or beli je online, senang!




Ohh..snow cap pun osemmm gak kalau korang pakai, sejuk sket pala korang tu. Yang ada baby kecik or bawak ayah tu nenek bagai, sila la beli untuk dorang...kesian dorang tu nanti kesejukan plak kat sana, pitam plakkk dorang nanti, hadoiii.  Untuk baby, anak kecik or orang tua...pakai 2-3 lapis pun takper, janji selesa..janji badan suam. Jangan lilit kepala ngan kain pelikat plak! Hehehe..

Handphone & Camera
Haaaa.. ni lagik satu. Check la hp korang tu bleh tahan sejuk sampai berapa celcius. Sebab ada kes kawan aritu masa kat swiss, handphone terpadam pas amik sekeping gambar sebab suhu sejuk sangat kot. So jenis yang suka amik gambar guna handphone, sila check dulu. Kang sampai sana handphone takleh pakai plak untuk snap gambar, korang gak yang ngaga menyesal nanti! Sama gak ngan camera, sesetengah camera yang economy/murah sangat, takleh pakai masa kat tempat yang low temperature. So, sila check erkkk... Jangan lupa bawak kain lap sebab nanti nak lap lens handphone and camera nanti, sure berkabus lens tu....jangan jilat plak! So, kalau tak pakai, sila simpan handphone or camera korang tu kat tempat yang agak suam dalam bag tangan ke, selit celah ketiak ke...erkkk

Bag
Haaa bagi yang nak jenjalan or plan nak main salji, make sure la bag korang tu kalis air, lau tak nanti habis basah segala isi perut dalam bag tu! Ingat, kat sana ni lembab... Takpayh la nak gedik nak gendung bag LV, Prada bagai korang tu sambil main salji! Carik je bagpack yang size kecik tu yang kalis air satu sebelum fly, simpan semua benda penting dalam bag tu. Or kalau xder bag yang kalis air tu, simpan je la kat luggage box kat area yang korang nak jalan tu, jangan kedekut sangat nak sewa that luggage box, tampar kang! Hehhee..

Cuaca
Benda ni pun agak penting beb! Check dulu cuaca masa korang kat sana. Kekadang musim winter ni cuaca tak menentu... Jap ok..jap macam nak ribut salji, jap macam nak kena tornado....macam kat Taiwan itu hari. So, jangan malas check cuaca sebelum korang keluar jejalan kat sana nanti. Especially yang ada plan nak main salji kat area pergunungan yang luar bandar...



Ubat-Ubatan
Jenis yang tahan sejuk tu, kompem idung korang akan berair dan bibir akan agak merekah! Kasik moister sket bibir tu, kang kering kontang plak sampai susah nak makan minum! So apa yang perlu korang wat? Sila siap-siap prepare beli segala losyen mak nenek bagai kat memana farmasi kat Malaysia ni before fly! Sebab kalau beli kat sana, tak tahu kot-kot losyen tu ada lemak babi ke, lemak siput babi ke, lemak kongkang ke bagai. So lagi selamat if prepare awal-awal kat sini...kan kannnn. Ubat demam, ubat flu jangan dilupa, selit sekali ubat cirit in case...hehehhee...



Heater
Haaaa..ni jangan lupa! Kalau korang plan travel masa winter..sila check korang punya rumah, apartment, hotel tu ada heater or tak? Kang tidur terus keras plak kang sebab sejuk gila babas. But mostly semua tempat penginapan kebanyakkannya ada heater. Ada yang jenis wall heater, ada yang floor heater, ada gak yang build in heater tu dalam lantai rumah! In case la, sila check awal-awal. Kang tak pasal pasal korang xleh tido plakkkk..


So maybe ada lagi beberapa tips, but lupa dah..tadik ingat, now dah tak ingat! Hadoiiii... So apa-apa pun, kalau tak tahan dengan suhu sejuk, takyah la ngengada nak stay outdoor lelama kat sana nanti, nanti demam..habis spoil korang punya holiday nanti! Kan..kannnn...

Psss..yang plan nak ke Siem Reep tu, tak payah beria nak beli baju sejuk okey...sana panas lit littt...hehehe...

Psss lagik sekali - kalau tempat korang nak gi tu area pergunungan or dekat dengan laut, lagik la sejuk angin dia okeyyy....ngilu sampai ke hati, cewahhhh...


Travel Tips:

If travel alone, bleh beli local sim card kat airport or kat city. But if travel ngan kengkawan, better sewa Pocket Wifi siap-siap dari Malaysia sebab lagi jimat dan bleh share-share bayar sewa. Sewa pocket wifi lagi murah dan jimat if travel secara berjemaah. Europe ke, Japan ke, Korea ke, China ke..memana jer laaa semua ada coverage!


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
Saturday, December 10, 2016 delete

Good advise sbb kita xde winter season. So x tau nak expect ape klo g tempat yg tgh winter..

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!