HAPPY NEW YEAR 2017!

Happy New Year Guys! Selamat Tahun Baru 2017! Akhirnya 2016 dah berada di penghujung. Sure banyak cerita menarik tertarik debommm dalam tahun 2016! Sure banyak tempat yang dah korang travel dan explore sepanjang tahun 2016 dan sure banyak kenangan manis or pahit yang korang dah tempuh pada tahun 2016 lepas. 


Sure beratus or maybe beribu gambar yang korang snap bersama family or bersama kengkawan yang satu kepala dengan korang semasa keluar travel pada tahun 2016. And sudah pastinya benda-benda yang terjadi ketika korang travel akan melekat terus dalam benak korang...ada yang super best, ada yang tak best, ada yang kurang best....bertabahlah..hehehehe



Ok..sempena tahun baru 2017 ni, kakikujalanjalan.com ingin mengucapkan TERIMA KASIH pada korang semua yang tak putus-putus singgah kat my blog ni. Thanks again guys! Muahhh kat dahi korang semua..hehehe. Kerana sokongan koranglah, kakikujalanjalan.com telah mencapai hits sebanyak 392,326 hits setakat jam 8 malam 31 December 2016! For me, ni adalah pencapaian yang awesome bagi bloggers baru seperti saya! My write up yang melibatkan negara Japan, Korea, cara do itinerary, cara dapatkan tiket murah, dan tips tips lain mencecah ranking bacaan tertinggi! Penat nak jawab email-email pertanyaan but for sure semua email pertanyaan korang dah pun saya reply dan jawab kan..kannn... THANKS again guys!

And thanks pada company-company yang pernah sponsor kakikujalanjalan.com :- JetStar Airline Asia, GrandLexis PD, articles in Backpackers Mag, Booking.Com, Tourism Malaysia, StyFly, TShirt Factory Bangkok, Sukhumvit Bangkok dan beberapa personel lagi. Thanks a lot!

Okey...for 2016, CNN telah pun keluarkan list negara-negara yang top yang telah dilawati oleh international travellers sepanjang tahun lepas. Sure ramai yag dah pun jejakkan kaki ke tempat-tempat ni! Bagi kakikujalanjalan, alhamdulillah semua tempat dah berjaya di jejak oleh kakikujalanjalan kecuali 3 negara yang still dalam planning...yehaaaaaa...!


Ranking #10 - SEOUL, South Korea
10.2 million international visitors




Ranking #9 - TOKYO, Japan
11.07 million international visitors





Ranking #8 - ISTANBUL, Turkey
12.00 million international visitors


Ranking #7 - KUALA LUMPUR, Malaysia
12.02 million international visitors



Ranking #6 - SINGAPORE, Singapore
12.11 million international visitors



Ranking #5 -NEW YORK, Usa
12.75 million international visitors


Ranking #4 - DUBAI, UAE
15.27 million international visitors


Ranking #3 -PARIS, France
18.03 million international visitors




Ranking #2 - LONDON, UK
19.88 million international visitors



Ranking #1 - BANGKOK, Thailand
21.47 million international visitors



So  guys....amacam? Sure antara korang yang dah pun cover negara negara yang di listkan oleh CNN ni kan? Pada yang still tak jejak lagi kat negara negara di atas, bolehlah korang start plan untuk travel pada tahun 2017 ni!

Apa-apapun, kena plan bebetul. Safety first! Elakkan dari travel ke negara negara yang tak selamat untuk dilawati. Tak pasal-pasal plak korang stuck kat sana nanti...!

Last but not least, HAPPY NEW YEAR 2017 to all kakikujalanjalan.com readers! Take care and enjoy your 2017 year!

Happy Travel and XOXO!

Happy New Year!



Travel Tips:

If travel alone, bleh beli local sim card kat airport or kat city. But if travel ngan kengkawan, better sewa Pocket Wifi siap-siap dari Malaysia sebab lagi jimat dan bleh share-share bayar sewa. Sewa pocket wifi lagi murah dan jimat if travel secara berjemaah. Europe ke, Japan ke, Korea ke, China ke..memana jer laaa semua ada coverage!


2017 BEST ASIA DESTINATIONS

Yoohaaaa! 2017 dah around the corner. For sure most of you all dah puas berjalan tahun ni. Ada jugak yang masih belum puas-puas travel ke sana ke mari kan? Tak kisahlah korang berjalan or makan angin dalam negeri or maybe ada yang jenis suka travel abroad! Tu semua depend kat isi kantung pocket korang actually, hehehehe..kan..kannn??

Okey...based on kajian, survey dan reaction dari LonelyPlanet, jom kita tengok mana destinasi yang bakal meriah pada tahun 2017. Meaning that destinasi-destinasi ni menjadi pilihan travellers.

Jom kita tengok Best Place to travel untuk Asia untuk tahun 2017...yehaaaaa!


1. Hokkaido, Japan

Blue Pond I Copyright Photo by Kent Shirashi



2. Shanghai, China





3. Jeonju, South Korea





4. Con Dao Island, Vietnam





5. Hong Kong, China
Image from CNN



6. Ipoh, Malaysia

Photo from adventure24h



7. Pumeteran, Indonesia





8. Trang Islands, Thailand

image from CNN



9. Meghalaya, India



10. Taitung, Taiwan

Image from taitung.gov


So guys, amacam? Dah boleh dah tu if nak start planning untuk travel ke destinasi-destinasi yang LonelyPlanet ni describe ni kan... Maybe ada dari korang yang dah penah sampai, and maybe ada yang masih belum lagi berpeluang untuk explore tempat-tempat di atas ni. So apa lageyyy...start menabung okey!

Muahhhh! Happy Travel, XOXO!


Travel Tips:

If travel alone, bleh beli local sim card kat airport or kat city. But if travel ngan kengkawan, better sewa Pocket Wifi siap-siap dari Malaysia sebab lagi jimat dan bleh share-share bayar sewa. Sewa pocket wifi lagi murah dan jimat if travel secara berjemaah. Europe ke, Japan ke, Korea ke, China ke..memana jer laaa semua ada coverage!

MERRY CHRISTMAS FROM KAKIKUJALANJALAN!

Ho...ho...hooooooo...!

I would like to wish Merry Christmas to all kakikujalanjalan yang beragama Kristian. Almost 30% yang send email to me tanya macam-macam about Japan  & Korea ramai gak yang dari agama Kristian. And among my online friends ada yang akan menyambut Kristmas on this coming 25th!



Anyway, may this Christmas holiday sparkle and shine, may all your wishes and dreams come true! And may you feel this happiness all year around!

Merry Christmas Guys!

MALAYSIANS BILA NAK KELUAR TRAVEL

Haaa...happy holiday pada yang tengah seronok ber-holiday dihujung-hujung tahun ni! Kompem most of you guys ada yang dah kat pulau-pulau kat Malaysia, kat hutan-hutan, kat kawasan-kawasan sejarah dan maybe berlambak yang dok seronok luangkan masa holiday bersama kengkawan or family kat luar negara meraikan musim sejuk! Huhh..jelesss wehhh... Apa-apa pun, selamat bercuti la pada yang baru nak start bercuti! Seronok seronok gak but SAFETY FIRST guyzzzzz....ingat tu!


Ok..meh kita tengok beberapa perangai biler kita ni rakyat Malaysia keluar berjalan or travel, tak kiralah bercuti jalan-jalan kat dalam negara or luar negara. So kalau kita perati dan perasan la kan, memang kita semua ni ada perangai and habit yang sama ketika nak keluar travel...hehehe..

1. Snap Passport
Haaa..yang ni sangatlah famous wehhh.. Ada yang kat Imegresen lagi dah snap passport! Hehehe..meriah weh! Ada yang snap passport atas meja, atas bag, atas katil, ada yang pegang passport and snap. Ada gak yang selit flight ticket celah passport then snap! Kan...kannn...ke korang camner? Huk huk huk.... Yang creative sket, snap passport atas map yang ada map negara yang dorang nak travel tu. Ada gak yang lagik 3 bulan nak fly, dah snap gambar passport dengan caption 'alahaiii...dah lama tak cop passport ni'..hehe kan kannn. Kalau yang dah berfamily tu, siap snap semua pasport anak-beranak! Phewww..memang meriah!


2. Snap Tiket Flight
Haaa..yang ni pun agak glemer kat FB or Intagram. Memasing up gambar tiket flight. Kalau yang seat ekonomi, status seat tu tak nampak sangat. But kalau yang dok kat seat bussiness or first class, kompem tak sorok! Kan...kannn...


3.Check In Airport
Haaaa...ramai yang buat benda ni kann..kannn. Lagik 3-4 jam nak fly, ramai antara kita yang check in kat airport, nak bagitau yang kita ni nak fly overseaaaaaa...hehehe kan kan. Ada yang status siap soh doa-doakan perjalanan, ada yang status excited, ada yang mengeluh sebab flight delay, ada gak yang marah-marah sebab flight dah lepassss sebab sangkut dalam jem! Haihhh...

"..Gonna Miss Malaysia!....Bye friendssss.."
4. Hint Location
Haaa..yang ni pun femes! Kalau nak gi lepak London, Amsterdam, Paris, Dubai...kemain dah awal-awal hint-hint kat sosial media. Ada yang share temperature, ada yang share tempat makanan halal dan macam-macam lagik style hint... Ada gak belum apa-apa, dah bagitau 'gonna miss Malaysia'...huhu...meriahhh..meriahhh... Dah sampai sana, lagikkkla meriahhh up up gambar kan kan kannn...

5. Status Sosial Media
'Haihh..another 10 days'....'See you again friends'...'Kena tido awal malam ni..'...'Tak sabarnya nak rest'...dan macam macam lagi hint-hint lain yang semuanya menjurus and nak bagitau public yang dia ni nak travel abroad! Then kengkawan pun akan tanya - nak gi mana? So dia akan reply - 'alaaa..dekat-dekat jee' ...hehehe. Kan kannn korang penah wat kan???


6. Gambar Pre-Shopping
Ni kalau yang plan nak ke negara-negara sejuk, kompem akan keluar shopping baju sejuk, glove, snowcap bagai..kan...kannn...? Dan ada yang dah awal-awal up baju sejuk anak la, boot anak la kat FB or Insta dengan caption 'beli awal-awal senang sikit' or 'susahnya nak carik size untuk dorang nihhhh..' or buat-buat tanya 'ehh...guys, kat mana kedai yang ada benda ni murah?'...dan macam-macam lagik la caption beserta gambar... phewww...meriah!


Maybe ada lagi benda-benda lain yang ada kat travellers Malaysia ni, especially untuk express how excited dorang ni sebelum dorang fly abroad...cewahhhhh...

Pendek kata...Malaysian memang meriah!

So guys, apa-apa pun jangan sampai status-status korang ni mendatangkan harm/keburukan pada korang. Jangan la nak bagitau sangat yang korang akan tinggalkan rumah tu sampai seminggu, dua minggu...kang ada mata yang memerhati dan bersedia untuk pecah masuk rumah. Apa-apa pun kena bagitau jiran sebelah, mintak tolong dorang untuk jengok-jengok rumah korang masa korang keluar travel. Tinggalkan contact number kat jiran or sedara mara. Senang kalau jadik apa-apa nanti dorang akan contact...

Happy Travel Guys! XOXO!


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Travel Tips:
Kalau plan nak ke oversea, why not you all sewa this pocket wifi? Senang bawak, senang cas, senang nak share line among your friends up to 5 devices. Jimat! Takyah nak beli sim card sorang satu. Untung kalau korang travel berjemaah laaa... kalau solo, beli je la sim card sana.

Baca pasal this pocket wifi kat sini....


SULTAN MUHAMMAD V

Sultan Kelantan - Sultan Muhammad V secara sah akan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 untuk 5 tahun selepas Tunku Abdul Halim Sultan Kedah menamatkan tempoh 5 tahun baginda pada 12 December 2016.



Timbalan Yang di-Pertuan Agong pula akan disandang oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Sultan Muhammad V
• Diputerakan pada 6 Oktober 1969
• Putera Sulong Sultan Ismail Petra
• Menggunakan gelaran Sultan Muhammad V selepas dilantik sebagai Sultan Kelantan pada 2010
• Dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 2011
• Baginda mempunyai 3 adinda
  - Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra
  - Tengku Muhammad Fakhry Petra
  - Tengku Amalin Aishah Putri


Pendidikan
• Sekolah Sultan Ismail, Kota Bharu
• Alice Smith Kuala Lumpur
• Oakham School Rutlan, England
• St Cross College, Oxford
• Oxford Centre for Islamic Studies

• Baginda merupakan Canselor bagi Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
• Brigadier Jeneral Kehormat bagi Komander 506 Askar Wataniah




Sultan yang berjiwa Rakyat
• Bersahabat dengan Ulamak-Ulamak
• Rakyat Kelantan menggelarkan baginda 'Malikussoleh' - Pemerintah yang Soleh
• Gemar membahasakan baginda 'kita' ketika bersama rakyat
• Sultan yang sangat 'humble'
• Kerap mengimamkan solat di masjid-masjid di Kelantan
• Tiada pengawal ketika Baginda bersama rakyat
• Tidak memementingkan protokol ketika bersama rakyat
• Memandu sendiri kenderaan ketika berjumpa rakyat
• Antara Sultan yang bersalam dengan 2 belah tangan

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!








FLY ABOVE MALAYSIA

Some said, travel oversea tu lagik awesome! Some said, travel kat Malaysia ni..bebiler pun boleh! Yer ke? Hurmm...dah habis dah ke travel kat Malaysia? Banyak tempat-tempat cun yang boleh korang travel dalam negara. Kompem most of us yang belum habis jelajah Malaysia kan...kannn..



Dah habis round dalam Malaysia? So please proceed abroad! Hehehe..

Enjoy some of kakikujalanjalan 2016 aeriel photography - Jom Travel Malaysia!

ENJOY THE VIDEO!

CHILLEX @ AVANI GOLD COAST SEPANG

Since tak sempat nak bercuti panjang sebab too many jobs to settel, so we decide nak restkan minda dan otak kat tempat-tempat yang dekat-dekat je, tak terlalu jauh nak drive. Since ni pun musim school holiday, mean semua tempat sure crowded dengan tourist dan pengunjung. Mean, jalanraya for sure la ketat dengan jem! Haaa..tu la yang we all try to avoid!



So, we decide to lepak-lepak di Avani Gold Coast Sepang - The Malaysian Gold Coast, the gold palm trees sea! Cewahhhh....intro baikkk punya!

So mana letaknya Avani Gold Coast ni? Senang je...drive dari KL tak sampai pun 2 jam! But kalau stuck dalam jem, pepandailaaa kan...hehehe. 




Ok, kat resort ni..dorang sediakan sebanyak 393 Luxury Water Bungalows! Wow...luxury tu bermakna mewah sangat tu! Yup..semua bilik kat sini berkonsepkan bangalow atas air beb! Bilikpun luas dan sangat selesa. Memang kenalah dengan harga kat sini yang bermula serendah RM500 for 1 night.




Since this resort bertaraf 5 Stars, mean semua service yang dorang provide semuanya tahap 5 bintang. Bermula dari saat we all check in sampailah saat we all check out. Sesampainya kat resort ni, if korang drive...korang ada 2 options - nak park kat luar resort or kat dalam resort. If park kat luar dari resort, its free of charge! But if korang decide nak park sebelah dalam resort, caj sebanyak RM20 bagi sekali masuk. So korang decide la yerrrr...





So, we all sampai untuk check in jam 2pm and luckily bilik dah pun buleh masuk - supposed check in jam 3pm, huntunggglahhhhh. After registered, we all dibawa ke bangalow dengan menggunakan buggy. Jauh beb kalau nak jalan kaki hingga ke bilik! Thats why this 5 stars resort sediakan buggy untuk semua guest dorang, senang and practical! Kalau korang rasa malas tunggu buggy, korang jugak bleh guna basikal untuk terus ke bilik korang - FOC! 

Sesampai di bilik, walaaaaaa...sangat luas! Ada 2 bilik yang luas, ruang tamu serta 2 beranda yang menghadap laut - awesome!




Ada gak bangalow yang ada 3 bilik, depend la korang nak stay yang jenis macam mana kan..kan...

Apa ada dalam water bangalow ni? Semuanya ada! Ada IP TV, ada free wifi, ada bath tab, ada freezer, ada katil empuk, ada mini kitchen, ada ada dan adaaaaa! If nak order makanan ke, nak order buggy ride ke, korang hanya tekan remote dan hala ke TV je - ada interactive system yang link kan bilik korang duduk tu dengan front desk!





Bosan dok dalam bilik? So we all lepak mandi manda di infinity pool - pun menghadap laut! Bosan lagik? Korang bleh lepak kat mini gym yang jugak menghadap laut! Semua kat sini menghadap laut la kan...hehehhe... If bosan gak, korang bleh guna basikal untuk ronda-ronda kat segenap ranting palm kat sini!




Mana nak makan? Kat sini of coz la ada restaurant, ada pub, ada live band bagai. So decide jer la mana yang korang suka. Kalau bosan gak, korang bleh keluar dari resort ni dan carik restoran tomyam or ikan bakar or makanan laut yang bersepah disekitar resort ni. So takder masalah :)

Petang plak, korang bleh je lepak kat resort punya private beach. Korang bleh mandi-manda, bleh sewa kanu, bleh sewa basikal pantai etc etc...



Benda scary yang tejadi kat we all semasa kat sini ialah bila terjaga tengah malam sebab hujan lebat dan ada guruh! Scary beb bila tengok ombak bergelora kat bawah rumah dan hujan lebat tengah-tengah malam buta, sebab bangalow ni terletak kat tengah-tengah laut! Phewwwww....!

So, kalau berkesempatan serta ada rezeki lebih tu...gi la rasai sendiri pengalaman tinggal atas luxury bangalow atas laut! Tak rugi beb...

Malaysia Truly Asia - Happy Travel!

Enjoy my drone's video!



Howaaaaa...get this KAKIKUJALANJALAN premium T-Shirt! Click here!


PREVIOUS HOT!