CHILLEX @ AVANI GOLD COAST SEPANG

Since tak sempat nak bercuti panjang sebab too many jobs to settel, so we decide nak restkan minda dan otak kat tempat-tempat yang dekat-dekat je, tak terlalu jauh nak drive. Since ni pun musim school holiday, mean semua tempat sure crowded dengan tourist dan pengunjung. Mean, jalanraya for sure la ketat dengan jem! Haaa..tu la yang we all try to avoid!



So, we decide to lepak-lepak di Avani Gold Coast Sepang - The Malaysian Gold Coast, the gold palm trees sea! Cewahhhh....intro baikkk punya!

So mana letaknya Avani Gold Coast ni? Senang je...drive dari KL tak sampai pun 2 jam! But kalau stuck dalam jem, pepandailaaa kan...hehehe. 




Ok, kat resort ni..dorang sediakan sebanyak 393 Luxury Water Bungalows! Wow...luxury tu bermakna mewah sangat tu! Yup..semua bilik kat sini berkonsepkan bangalow atas air beb! Bilikpun luas dan sangat selesa. Memang kenalah dengan harga kat sini yang bermula serendah RM500 for 1 night.




Since this resort bertaraf 5 Stars, mean semua service yang dorang provide semuanya tahap 5 bintang. Bermula dari saat we all check in sampailah saat we all check out. Sesampainya kat resort ni, if korang drive...korang ada 2 options - nak park kat luar resort or kat dalam resort. If park kat luar dari resort, its free of charge! But if korang decide nak park sebelah dalam resort, caj sebanyak RM20 bagi sekali masuk. So korang decide la yerrrr...





So, we all sampai untuk check in jam 2pm and luckily bilik dah pun buleh masuk - supposed check in jam 3pm, huntunggglahhhhh. After registered, we all dibawa ke bangalow dengan menggunakan buggy. Jauh beb kalau nak jalan kaki hingga ke bilik! Thats why this 5 stars resort sediakan buggy untuk semua guest dorang, senang and practical! Kalau korang rasa malas tunggu buggy, korang jugak bleh guna basikal untuk terus ke bilik korang - FOC! 

Sesampai di bilik, walaaaaaa...sangat luas! Ada 2 bilik yang luas, ruang tamu serta 2 beranda yang menghadap laut - awesome!




Ada gak bangalow yang ada 3 bilik, depend la korang nak stay yang jenis macam mana kan..kan...

Apa ada dalam water bangalow ni? Semuanya ada! Ada IP TV, ada free wifi, ada bath tab, ada freezer, ada katil empuk, ada mini kitchen, ada ada dan adaaaaa! If nak order makanan ke, nak order buggy ride ke, korang hanya tekan remote dan hala ke TV je - ada interactive system yang link kan bilik korang duduk tu dengan front desk!





Bosan dok dalam bilik? So we all lepak mandi manda di infinity pool - pun menghadap laut! Bosan lagik? Korang bleh lepak kat mini gym yang jugak menghadap laut! Semua kat sini menghadap laut la kan...hehehhe... If bosan gak, korang bleh guna basikal untuk ronda-ronda kat segenap ranting palm kat sini!




Mana nak makan? Kat sini of coz la ada restaurant, ada pub, ada live band bagai. So decide jer la mana yang korang suka. Kalau bosan gak, korang bleh keluar dari resort ni dan carik restoran tomyam or ikan bakar or makanan laut yang bersepah disekitar resort ni. So takder masalah :)

Petang plak, korang bleh je lepak kat resort punya private beach. Korang bleh mandi-manda, bleh sewa kanu, bleh sewa basikal pantai etc etc...



Benda scary yang tejadi kat we all semasa kat sini ialah bila terjaga tengah malam sebab hujan lebat dan ada guruh! Scary beb bila tengok ombak bergelora kat bawah rumah dan hujan lebat tengah-tengah malam buta, sebab bangalow ni terletak kat tengah-tengah laut! Phewwwww....!

So, kalau berkesempatan serta ada rezeki lebih tu...gi la rasai sendiri pengalaman tinggal atas luxury bangalow atas laut! Tak rugi beb...

Malaysia Truly Asia - Happy Travel!

Enjoy my drone's video!



Howaaaaa...get this KAKIKUJALANJALAN premium T-Shirt! Click here!


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!