KORANG TOURIST OF TRAVELLER?

Haaa..ramai yang dok text and email tanya pasal berbezaan dua perkataan ni. Adakah korang ni jenis keluar travel as a TOURIST/PELANCONG or as a TRAVELLER/PENGEMBARA?? Actually benda ni memang nyata boleh tengok kat korang punya personal or peribadi ketika korang keluar gi travel samada dalam negara or abroad!



Okey...kalau kita jengok Facebook, sure ramai antara korang yang kerap tengok post-post travel dari kengkawan korang or maybe dari Facebook sedara-mara korang kan..? So, apa yang korang tengok? Maybe ada yang travel abroad tu, suka stay kat hotel-hotel mewah 3 stars ke atas, ada gak yang suka dok kat penginapan yang biasa-biasa jerk..kan..kann. So based dari pengalaman sendiri dan experience yang di ambil dari kengkawan opis dan kengkawan di alam maya, ternyata kita sendiri boleh klasifikasikan jenis traveller macamana kah kita ni...hehehe

Jom kita kaji perbezaan antara seorang TOURIST dan seorang TRAVELLER!



1. Korang seorang TOURIST if....
Korang punya outing, travel, jalan-jalan..penuh sendat dengan segala perancangan serta time-table, schedule dan segala macam map samada map kertas or apps yang dah didownload dalam telefon mahal korang tu. Korang dah plan siap-siap mana nak jejalan or mana nak lepak or mana nak beli segala macam sourvenir. Semua benda ni korang dah mark dan catit siap-siap dalam buku kecik korang or dalam telefon mahal korang tu. Korang dah plan apa akan jadik sesampainya kat airport, hari pertama, kedua, ketiga, keempat dan hari-hari seterusnya... Haaa kan kannn?

1. Korang seorang TRAVELLER if...
Korang ada plan sedikit sebanyak tempat yang korang nak explore but kerap kali berubah-ubah ikut keadaan. Korang tak amik kisah pun pasal itinerary bagai. Dalam kepala korang, biler dah sampai sana nanti baru nak plan..alahhh...apa nak kesahhh, sampai sana baru pikir maaa...yeahaaaa...tido kat airport pun tadak hallll lahhh...kann kannn



2. Korang seorang TOURIST if....
Awal-awal lagi dah sebok nak cari tourist agent, cari agen kat oversea, carik agen pengangkutan, cari agen tiket-tiket tempat yang korang nak lawat sesampainya kat sana nanti, carik itu..cari ini...carik begitu..carik begini. Kalau hubby or wifey tegur, korang akan cepat-cepat bangkang...Alahhh carik siap-siap kan senanggggg. Sampai airport, ada agen dah tunggu pick-up...bla bla bla and bla... Korang rushing sesampainya diairport sebab nak kejar scheduled train or dah booked kereta or taxi sewa dan menunggu di arrival hall! Rushing bebbbbb...sampai nak berak pun korang tangguh sebab nak kejar schedule yang korang dah plan

2. Korang seorang TRAVELLER if...
Sampai jer kat aiport sana, korang akan carik sendiri all those pengankutan untuk ke tempat penginapan korang. Korang ronda sampai sesat-sesat dalam airport sebab nak carik train or bus untuk ke next destination korang. Korang santaiiii jerk biler jejak kaki kat airport sana, alahhh jap-jap lagik la keluar dan pikir carik train.




3. Korang seorang TOURIST if....
Korang dah tahu dah mana nak stay dari hari pertama hingga lah hari last korang berada kat negara tu. Harga bilik hotel semua dah dibayar or dah dipra-bayar siap-siap dalam talian ketika kat Malaysia lagik. Korang jenis taknak ambik risiko menapak jauh untuk carik tempat nak stay, korang jenis taknak amik risiko takder tempat nak stay bila dah sampai kat sana. Korang ni jenis yang main play safe...

3. Korang seorang TRAVELLER if...
Maybe hari pertama je korang dah plan or booked nak stay kat hotel/hostel tu but untuk hari kedua, ketiga dan seterusnya..korang prefer nak carik bila dah jejak kaki kat sana. Why jadik camni? Sebab korang pun takder fix itinerary. Korang okey je nak stay memana yang dekat dengan tempat yang korang akan plan nak jalan-jalan masa dah sampai kat sana lagik. Kadang-kadang ada antara korang yang plan naik train waktu malam kat sana, so tibai tido dalam train pun tadak hal punya...save budget sket kan...heheheh.. Or ada plak jenis yang bantai tido kat public park! Fuhhh..heybattt sangat tu but benda ni happen kot kat my friends!




4. Korang seorang TOURIST if....
Kat negara yang korang gi tu, korang hanya lepak dan borak-borak dengan geng-geng korang jerk. Takot nak lepak or tegur local people kat area tempat korang travel tu. Korang hanya selesa borak or tukar-tukar idea mana nak lepak sesama kawan korang yang satu kapal jer kan... Korang lebih banyak pikir risiko kot-kot kena rompak ke, samun ke, pick pocket ke... kan kannn

4. Korang seorang TRAVELLER if...
Baru je jejak kaki kat airport, korang dah mula ringan mulut berkawan dan berborak dengan local people! Habis member korang tinggalkan kat tepi sebab syiokkk berborak ngan local people walaupun kadang-kadang korang cakap sorang bahaya ayam, sorang lagi bahasa itik. Semua tu tadak hal bagi korang.. Apatah lagik kalau korang ni jenis stay kat hostel yang satu bilik ada 8 katil! Memang korang akan bercampur gaul dengan travellers lain tanpa ada sifat malu-malu, semua orang kat dalam bilik tu korang anggap satu kepala dengan korang. Pastu gelak kuat-kuat macam borak ngan paklang korang jer...hehehhe




5. Korang seorang TOURIST if....
Bangun jer dari tido, korang dah tahu dan gerak gi mana, dah tahu nak naik train mana or dah tahu nak naik bus mana. Semuanya well prepared! Semua plan dah korang tulis siap-siap dalam itinerary korang hinggakan korang dah hafal dah pun nak hari ni nak gi mana, naik train kat station mana, nak turun kat station mana. Semuanya well plan! Heybatttt...

5. Korang seorang TRAVELLER if...
Bangun jer dari tido, borak-borak kosong dengan member-member lain sambil wat plan mana nak jalan hari tu. Bukak map kertas dan carik secara manual. Tak bergantung pada google maps pun, tak berharap pada apps kat handphone mahal korang. Semuanya secara spontan. Silap-silap korang bangun, mandi, then terus jalan kaki tanpa ada haluan yang tetap. Korang follow je flow kaki dan instinct korang..heybattt!



6. Korang seorang TOURIST if....
Plan dan itinerary adalah segala-galanya. Korang memang akan bergantung 99% pada itinerary yang dah korang plan. Tak boleh nak sesuka hati suka suki untuk tukar arah. Takleh suka suki tukar location. Semuanya dah di plan! Kalau hari ni korang plan nak gi musium, maka wajib pergi musium.. No no nooooo tukar plan. Kalau korang dah plan waktu petang nak gi carik Hard Rock untuk shopping baju, mean petang tu korang memang akan pergi walau macamana cara sekalipun...yehaaaaaa...

6. Korang seorang TRAVELLER if...
Arini tak jadik gi musium? Tadak hal... Korang bleh je nak ronda-ronda kosong dipersekitaran tempat yang korang stay tu. Kekadang bangun lambat pun tadak hal, masa dan waktu bukan halangan utama untuk korang yang jenis ni. Korang yang create masa, bukan masa yang create korang...Phewwww!




7. Korang seorang TOURIST if....
Semua main attraction, local hot spots, kawasan yang memang terkenal korang akan wajib melawat dan snap gambar! Kekadang kat Eiffel Tower sampai 3 ratus keping gambar je kat area tu! Hahaha..betul tak? Korang jenis camtu kannn...kannn. Kalau yang jenis suka selfie welfie suafoto tu, kemain dia selfie sampai 4500 keping gambar depan Eiffel! Muahahaah...

7. Korang seorang TRAVELLER if...
Ambik gambar kat Eiffel Tower sekeping dua cukup laaa. Korang lebih suka amik gambar ngan local peoples. Korang lebih osem if amik gambar celah-celah lorong mana ntah yang korang rasa view lorong tu memang cantik bagi korang. Korang bergambar dengan rumah traditional local peoples, korang suka snap gambar bebudak kecik kat sana dan segala macam activiti penduduk kat sana. Selfie tu kekadang je penting...hehhe



8. Korang seorang TOURIST if....
Camera tu salah satu benda penting, smart phone korang yang ada camera osemmm tu pun adalah benda penting. Sebab korang ni akan bergambar dimerata-rata tempat yang korang jejak tu. Maybe untuk simpanan sendiri and ada yang jenis suka up-up gambar tak berhenti henti ditempat sama berulang kali beratus keping kat Facebook! Hasilnya kat Facebook, penuh gambar korang depan Eiffel Tower hampir 30 ribu keping. Semuanya 99% gambar tu penuh ngan muka korang, gambar Eiffel plak adalah 1% kat background gambar tu...huh... kan kannnnnn

8. Korang seorang TRAVELLER if....
Camera tu salah satu benda penting, but bezanya korang akan snap local view, local peoples, local life kat sana. Sesekali ada lah terselit muka korang, tu pun nampar separuh bijik mata jerkk...hehehe kan kannn...



9. Korang seorang TOURIST if....
Kalau gi Paris or London, sure berangan-angan nak beli or wajib beli bag tangan Prada la, LV la, Gucci la. Souvenir pun korang pilih yang dasyat-dasyat. Jarang la beli baju souvenir yang tulis 'I Love London' ke...'I Love Paris' ke...heheheh...

9. Korang seorang TRAVELLER if....
Alahhh..beli thsirt murah pun tadak hal, janji ada kenangan. Pasir pantai habis korang korek dan simpan dalam botol. Daun pun korang kutip, nak cukupkan koleksi daun pelbagai negara katanya. Ada or takder souvenir korang tak kisah pun. Baju korang pun korang bawak selai je kan, apa da hal nak sibuk2 beli souvenir kat orang lain. Main kirim ngan air liur je pun semua member-member kat Malaysia tu kann..kannn...



10. Korang seorang TOURIST if....
Korang memang pure seorang tourist if korang ni jenis semua benda nak komplen! Bantal tak cukup nak komplen, bilik air takder hot shower nak komplen, remote TV takder bateri pun korang komplen, lambat sikit hantar sabun kat bilik pun korang memekak kat receptionist, sarapan pagi tak seperti yang diharapkan pun korang bising. Pendek kata, semua benda adaaaa jerk yang tak kena kat mata korang ni..hehehehhe. Ada gak member aku sorang yang jenis camni, semua orang dia bedal..dia sorang je betul, orang lain semua salah beb! Muahahaha... Pendek kata lagi sekali, korang jalan-jalan ni kena penuh complete, kena selesa, kena premium, takleh ada sebarang mistake walaupun benda tu sangat laaaa remeh.

10. Korang seorang TRAVELLER if....
Bantal nipis? Takdak hal lahhh.. TV takder channel, pun takdak hal. Share bilik air? hehehe biasalah tu. Makanan pagi simple..pun no hal! Maka korang ni memang kompem jenis yang takdak hal punya orang, jenis traveller heybat...jenis tak banyak songeh, jenis tak suka nak komplain benda remeh temeh....huhuhu. Ke korang jenis camner? Erk...




Maybe banyak lagik benda-benda lain yang korang rasa memang perangai seorang tourist or seorang traveller. Meh la share..email kat kakikujalanjalan as usual! Hehehe..

So masing-masing ada pro and cons..semua cara tak salah actually. Yang salah bila semua benda korang anggap salah..huh..kann kannnn..haihhh :)

Apa-apa pun kalau korang dah keluar travel abroad tu, sila jaga keselamatan korang. Bukan hanya jaga badan sendiri je tau, jaga sekali kengkawan korang tu! Jangan dok pentingkan diri sendiri jerk.  Apa-apapun, SAFETY FIRST! Kalau ada kengkawan yang sama travel tu jenis mudah sentap, mudah merajuk or suka nak mengarah itu ini, lenkali takyahlah bawak dia...wat nyusahkan semua orang jerk, semua orang nanti akan ilang mood sebab hanya seorang jerkkkk...hadoiii..

Wat lek wat peace....muahhhh XOXO!


Credit: Peyuhcan for sharing his travel experiences.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Travel Tips:
Kalau plan nak ke oversea, why not you all sewa this pocket wifi? Senang bawak, senang cas, senang nak share line among your friends up to 5 devices. Jimat! Takyah nak beli sim card sorang satu. Untung kalau korang travel berjemaah laaa... kalau solo, beli je la sim card sana.

Baca pasal this pocket wifi kat sini....



Previous Hot Topic!

MALAYSIAN, BILA NAK KELUAR TRAVEL

ROAD TRIP, WHY NOT?

2017 - BEST ASIA DESTINATIONS!

1st TIME WINTER TRIP? TIPS...













Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!