TIPS PILIH HOTEL

Wahhh..kompem dah ramai yang dah plan untuk keluar bercuti nanti, especially yang plan untuk next school holiday nanti. Yehaaaaa! Dan sah-sah la benda yang tak kurang penting jugak adalah cara korang pilih tempat penginapan semasa korang kat sana nanti, kann..kannn.. Takkanla nak tido free kat masjid...hadoiiii...


So based pada sendiri punya experience dan dicampur-adukkan dengan pengalaman kengkawan, ada la beberapa tips yang maybe korang bleh gunakan semasa korang nak book hotel nanti. Tak kira la, korang nak travel dalam negeri or luar negara...cewahhhh!

So meh aku nak share cara aku and my colleagues carik hotel...mareyyyy baca...FOC je ni...

1. Check Location Elok-Elok
Abam-abam dan adik manis sekalian, apa tujuan korang nak pergi ke negara tu? Kita amik contoh  la, andaikan korang plan nak pi Japan la kan. Mesti korang ada main agenda why korang decide nak gi Japan, yer dok? Contohnya korang plan ke Japan sebab nak tengok bunga Sakura ke, or maybe sebab nak main salji kat sana or maybe sebab nak lepak kat Disneyland or Universal Studio. So simple jer, tu adalah main agenda korang. First carik mana tempat yang korang bleh enjoy bunga Sakura tu puas-puas. So jangan malas bukak map, check location kawasan Sakura yang terhebat di Japan. 


Okey, dah jumpa? So..bila dah dapat location taman Sakura tu, then semak balik map tadik. Carik hotel yang berdekatan. Cari yang dekat dengan public transport seperti train. Or if jaraknya bleh jalan kaki kurang dari 5KM, itu lagik awesome bebehhh! Bulat-bulatkan hotel yang berdekatan dengan taman Sakura tu. Get it? Cewahhh cakap mat saleh la plak...puiii...hehehhe. Nak lebeh awesome, carik hotel yang berdekatan stesen train yang senang untuk korang jalan-jalan ke semua tempat yang dah korang plan dalam itinerary tu.... Macam yang aku cakap tadik la, jangan malas untuk google! Jangan nak harap kat travel agency je yobbbb... Banyak duit bleh korang save kalau korang bijak plan sendiri.

2. Check/Survey Hotel
Haaa yang ni pun tips yang amatlahhhh berguna. Dah jumpa dah ke beberapa hotel pilihan berdasarkan lokasi trip korang tu? Jap..japp..jangan book dulu beb! Cer zoom-in kan lagi map tu nanti, yang korang nampak hanyalah beberapa hotel yang besar je tu. Kalau korang zoom-in kan lagi map-map kat Google Map or kat Agoda or kat Booking.Com, korang pasti akan jumpa beberapa hotel lagi kat situ dan hanya boleh nampak kiranya korang zoom-in lagi dekat! 

Before ZOOM-IN Map

After ZOOM-IN Map

Haa..time ni la korang bleh compare mana satu hotel yang osemmm. Tak semestinya hotel tu 3,4 star...hotel tu hebat! And banyak kali dah aku stay yang hotelnya 2 star tapi kat dalam...phewwww tahap 5 bintang beb!

One more, masa survey hotel tu..jangan lupa baca komen-komen dari pengunjung lain yang tak pernah stay kat situ. Take your times and baca betul-betul apa yang dorang komen and puji pasal hotel tu. Baca semua benda yang di bebelkan oleh pengunjung2 sebelum ni, then barulah korang bleh decide hotel tu ok or KO....am i right bebeh? Hehehe..



3. Kemudahan Hotel
Cer check apa benda yang korang bleh dapat dengan free kat hotel tu. Or maybe hotel tu ada discount kat certain-certain service. Cer check. Maybe hotel tu sediakan khidmat transit dari airport ke hotel, who knows? And jangan lupa sesekali cer tanya or email hotel tu samada dorang bleh pick up you all masa landed kat sana nanti. Aku dah penah email pasal ni kat hotel semasa travel ke Siem Reap itu hari. Dalam web hotel tu, xder pun dorang taruk free shuttle dari airport ke hotel. But oleh kerana aku ni suka bertanya, maka dengan ringan tangan aku email kat hotel tu dan tanya pasal benda-benda ni. And dorang rupanya ada kasik FREE Tuk-Tuk untuk pick-up aku dari airport ke hotel! See..kalau tak tanya, memang takkan tahu pun kan...kannn.. 

See...dorang kasik FREE je bile aku email and tanya elok-elok

Okey, then check la kat sana tu ada free WIFI ke tak? Kalau korang sewa kereta kat sana nanti, ada tak space untuk park kereta sewa korang tu? Free ke, kena bayar ke? And kalau yang travel ngan bebudak kecik, korang bleh check and request pihak hotel untuk dorang sediakan cerek ke untuk panaskan air untuk korang bancuh susu anak korang tu nanti, so takder la sampai sana baru nak terhegeh-hegeh nak pikir camner nak masak air!



Check apa lagi benda yang dorang kasik. Kalau dorang dah kasik towel tu, so tak payahlah korang susah payah nak sumbat towel sendiri dari Malaysia ke dalam bag korang tu. Wat berattt beg jer kotttt.... Kalau korang pompuan yang cerewet, check betul-betul apa yang hotel tu ada macam sabun ke, pengering rambut ke, plug untuk shave ke..hapa keee..kan kannnn

4. Persekitaran Hotel
Yang ni pun korang kena rajin kaji, research bagai. Aku kerap guna Google Map Street View untuk tengok lokasi sekeliling hotel tu. Apa ada kat sebelah hotel? Manalah tahu silap-silap gaya korang sampai sana then baru korang tahu kawasan tu kawasan bukan-bukan ke apa ke. So, sila check!




Sila check sama, kalau bleh biarlah lokasi hotel tu dekat dengan kedai 24jam like 7-Eleven ke, senang nanti if urgent nak carik apa-apa ke. And carik dekat dengan punca makanan halal! Kan senang kalau malas nak masak megi, turun jerk ke kedai makanan halal tu! Kan sonanggggg tu! Pssstt..btw Maggi adalah makanan premium time kita travel, kan..kan...memang sedappp wehhh!

5. Filter Top 3 Hotel
Haa dah jumpa dah ke beberapa hotel yang korang rasa hebat masa survey tadik? So, listkan hotel-hotel tu. Pilih 3 hotel yang terbaik yang kena dengan selera korang. Pilih yang paling terbaik berdasarkan lokasi serta kemudahan yang dorang kasik. Jangan lupa shorlistkan berdasarkan budget korang. Jangan plak xder duit tapi nak stay kat Hilton Tokyo! Mau balik Malaysia nanti telanjang bogel sebab kena gadai macam-macam...haihhhh...heheheh

6. Booked!
Step ke-6 ni yang paling simple - BOOKED! Dah listdown and shorlist dah kan hotel2 tadik tu, bukak wallet and check budget. Then tanya laki or bini or kengkawan yang lain samada agreed or tak. If dorang semua agreed, terus je booked! Then bleh start dah wat plan itinerary!

Haa...camner nak plan itinerary? Baca jerk kat sini...


SO, senang jer kannn nak pilih tempat korang nak stay? Yang penting kena rajin-rajin google..rajin-rajin bertanya kat kengkawan and jangan malas-malas nak do some research kat tempat mana yang korang plan nak travel tu...

Psss..Jangan lupa check dalam web, camner ngan bilik mandi kat hotel tu..Hehe sebab skarang trend bilik mandi yang ada glass lut-cahaya! Klau travel ngan family or kengkawan, memang sampai sudahla korang akan segan untuk mandi sebab kengkawan/family korang bley nampak susuk bayang tubuh korang time korang mandi! Hehehe..lau gi ngan anak-anak, lagik laaa segannn! But kalau gi bedua je laki-bini..then its okeyyy...Aummmm!! Hahaha

Happy Travel! XOXO!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Travel Tips:

Travel Abroad? Nak keluar travel ke luar negara? 
Meh sewa this Pocket WIFI - Your Best Travel Partner!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!