TAMAN EKO RIMBA KUALA LUMPUR

Tahukah korang yang korang pun boleh hiking secara santai ditengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur? Maybe ramai yang tak sedar yang KL pun ada taman rimba yang boleh korang trekking? Dan kalau korang nak tahu, Taman Eko Rimba, Hutan Lipur Bukit Nanas ni merupakan salah satu dari hutan simpan paling tua di Malaysia!



Okey...camner nak sampai ke Taman Rimba Eko Kuala Lumpur ni? Senang jerkkk... Korang nampak tak Menara KL? Actually Taman Rimba Eko ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Menara KL yang tersergam indah tu...cewahhhh...

So kalau yang naik kereta tu, korang bleh park jerk kat satu open space punya parking lot kat Jalan Raja Chulan. Senang jerk... Kalau korang park sini, nak naik ke jambatan gantung tu takder la jauh sangat nak menapak. Ohh..kat sini tuan tanah parking lot tu amik cas RM10 untuk sekali parking.

Park kat sini
Berapa nak bayar nak masuk ke Taman Eko Rimba ni?? FREE beb! So far dorang tak kenakan sebarang bentuk bayaran or tiket untuk korang explore Taman Eko Rimba ni! Dah la free, banyak plak kemudahan ada kat sini like tandas, surau, pondok untuk korang rest-rest bla bla blaaa..




Selalunya main point dorang datang sini adalah sebab nak merasa naik Canopy Walk (jambatan gantung) yang awesome yang dorang bina kat sini. Menarik beb dapat merasa naik Canopy Walk sejauh lebih kurang 200meter! Ketinggian canopy walk ni sederhana tinggi la kot. Tak terlampau tinggi sampai boleh buat korang gayat dan tak terlalu rendah. Pendek kata, canopy walk di tengah bandaraya KL ni memang awesome lahhh! Selain tu korang bleh gak merasa naik canopy walk yang ada kat FRIM Kepong tu... but seriously canopy walk kat Taman Eko Rimba KL ni lagi osemmm sebab dari atas tu nanti, korang bleh tengok pemandangan Kuala Lumpur!





Frankly tempat ni agak cun sebab dijaga rapi oleh Jabatan Perhutanan Malaysia. Tak rugi korang spend time kat sini, semuanya terjaga baik..trek untuk trekking pun agak osem, tak sesat punyalahhh..Kalau korang terus jer follow canopy walk tu, akan tembus ke pintu masuk kecik untuk ke Menara KL.

So, adik adik comey dan abang-abang hensem sekalian alam...kalau ada masa tu, gi la jejalan amik angin hutan kat Taman Eko Rimba ni. Sangat sesuai untuk yang masih solo or yang dah berfamily beranak-pinak...hehehe.






But, silalah bawak air mineral ke, air ribena ke, air ketum ke sebab korang akan dahaga nanti masa explore Taman Eko Rimba tu nanti... :) Kalau boleh, pakai la kasut...biar proper sket time nak masuk hutan rimba tu, malu kat mat saleh yang ramai kat situ nanti...



Taman Eko Rimba ni bukak jam 7pagi sampailahhhh jam 7petang kalau tak silap. Kalau hujan takyah datang sebab trek licin nanti, kang tergolek dog plak dari atas jambatan gantung tuhh...!

So, apa lagik guys....gi la explore!


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!