TANDA-TANDA TRAVEL SCAMMER

Lately ni kerap sangat kita terbaca kat media sosial like Facebook pasal ada geng-geng teraniaya kena kencing dengan package percutian yang tak wujud. Tak kira lah samada pakej tu pakej tiket penerbangan murah or pakej penginapan murah or pakej ground service yang murah or gabungan semua benda-benda tu. Selalunya yang akan terkena dengan 'kencingan' laju geng-geng penipu ni ialah orang yang taksub dengan harga dan tawaran yang tak masuk akal.


Tak salah kalau kita dapat carik harga package yang murah, kita pun boleh berjimat kan..kan but tu lah, korang kenala gak berhati-hati. Ramai yang tertipu ni sebab jenis mudah terpedaya dengan offer super murah yang sangat pelik....😜

Ok..meh nak share sikit cara-cara nak detect para penipu pakej travel ni:


1. Harga Gila Babi Murah!
Gila wehhh..nak pi London korang hanya bayar RM399.00 untuk tiket flight pergi balik. Landed kat Heathrow plak tu! Ni dah kira gila babi tonyok punya harga! So tu harga untuk sorang tuuu...kalau dia dapat 20 kepala? Kompem dia dah untung ribu-riban. Tu baru harga tiket, so selalunya dorang akan up kan lagik RM200 contohnya untuk add-on tempat penginapan! Meaning total RM599.00 untuk total pakej ke London...phewww...  



Ni kalau jenis yang tak sabar nak terbang ke sana, sah-sah malam ni gak akan transfer duit ke account malaun tu untuk kompemkan seat. So guys..kalau harga yang agak melampau murah tu, sila laaaaaa rajin rajin check selidik dulu. Bukannya main percaya jerk! Kalau dorang offer tiket flight yang lagik murah dari airlines tu...and then korang plak percaya, tak tahu nak cakap apa dahhh... Contohnya AirAsia kasik RM199 return ke Sydney, then malaun ni plak offer RM99 jerk...maka something pelik la kaannnn....haihhh... Dalam bahasa omputih, 'It looks too cheap to be true!'

2. Ofis Maya
Ada personel or group yang offer tiket murah or penginapan or ground service hanya dari rumah, no office. Tak salah kalau nak berbisnes online dari rumah, but kalau investment travel kita tu agak meragukan dan murah lain macam jerk, tak salah kalau kita call dorang then ajak la jumpa face to face and tanya pasal pakej murah gila babas yang dia offer tu. 


Ada gak student Malaysia dr oversea yang carik duit lebih dengan offer ground package punya service, itu pun korang kena check bebetul. Tak ramai student kita yang kaki songlap duit, but ada gak yang kaki songlap...bak kata orang tua-tua sebelah rumah, dalam setandan pisang, tak semua elok. Tu belum kira dalam setandan kelapa sawit, setandan blueberry, setandan apple, setandan kaktus bla bla bla...hehhe. Yang penting korang kena cross-check, tanya komuniti travel yang berlambak kat FB tu.. or at least rajin rajin google sket carik info. Seek the truth...wahh mat saleh plakkk.

3. Gambar Luarbiasa Seindah Syurga
Ni salah satu lagi punca ramai terpedaya. Ramai terpedaya dengan gambar-gambar osem pemandangan laut seindah syurga, pemandangan kota Paris yang begemerlapan, kota London yang glamer, ombak laut Lombok yang pasir memutih bagai. Dorang ni kebanyakkannya cedok gambar-gambar indah tu direct dari internet, google pas tu up kat page sendiri. 



Pastu declare ni adalah gambar-gambar yang dorang snap masa bawak orang lain guna travel package dorang, phuiiii! Kalau betul la dorang clean, up la gambar-gambar customer dia yang dorang bawak dalam group tu. Takkan lah sekeping pun takder kotttt gambar beramai-ramai. Jangan cedok gmbar travel agency lain dah la kannn...kannn...

4. Get the Facts!
Guys..guysssss...sebelum korang bayar any amount kat ntah saper-saper tu, mintak details kat dorang. Mintak dorang punya itinerary in details and cost. Contohnya kalau korang beli flight tiket ke London dengan harga yang superb murah, check detail itinerary penerbangan tu. Contohnya flight number, jam braper terbang, jam berapa plak mendarat. And kalau transit, tanya kat airport mana transit. Helooo...dengan adanya flight number tu, korang dah bleh check dah detail secara online. Kalau dia kata naik MAS ke London and terbang jam 3 petang, terus korang amik sudip and ketuk kepala dorang tu sebab takderpun flight ke London jam 3 petang baiiii! So jangan malas check status flight yang dorang kasik tu secara online, semua dihujung jarik je. Paling malas, call je terus syarikat penerbangan tu...kalau handphone korang tu takder credit, tak payahlah nak berangan gi London, better topup dulu handphone tu...hehehhe..

5. Resit..Resit
Dah bayar beribu-riban tu, jangan lupa ask them for your payment receipt! Kalau dorang liat nak kasik, ni petanda korang nak kena kencing! Kalau dorang kasik receipt yang ala-ala receipt murah yang dorang beli buku resit dari Tesco, Giant or kedai buku...so korang prepare la for the worst things!

5. Follow Up
Hellooo..jangan malas nak do some independant follow up! Jangan tinggal lagi sehari dua nak fly, baru nak follow up! Masa tu la baru tau kena kencing bagai. So benda dah lewat, nak take action pun tak guna dah. Follow up ngan agen travel murah korang tu, biar sampai dia muntah melayan karenah dan soalan-soalan korang tu. Tak salah pun korang banyak tanya walaupun pakej yang korang amik tu pakej yang paling murah! At least, korang kena amik tau bai...bukan main lepas tangan jerk. Nyesal karang kalau kena kencing! Kalau dorang tergagap-gagap nak jawab or kasik detail, then tu adalah tanda-tanda awal korang nak kena kencing...huh!

6. Plan Super Awesome
Ada gak dari penyangak-penyagak ni yang offer plan yang terlampau menarik sampai tak masuk dek akal korang yang bijak pandai tu. Harga murah tapi dia bleh kasik macam-macam offer like harga tu sekali dengan harga teksi, harga makanan, harga tiket lawatan, harga tips kat driver, tips kat travel guide, sekali ngan jajan...sekali ngan air ribena bagai..ada pisang goreng free, ada nasik kerabu free, kain songket free bla bla bla... Kalau itu macam punya banyak la offer dia, better korang blah awal-awal sebelum kena kencing....kikikiki


So kakak-kakak dan abe-abe sekalian, jangan mudah terpedaya dengan macam-macam tawaran super murah ni. Murah tu bersebab tuuuu... Takder orang dalam dunia ni nak kasik senang-senang tiket flight murah giler betik sampai tak masuk akal! Jangan sebab korang tak sabar nak travel, last-last korang yang nganga dalam jamban sebab dah kena kencing...! Berhati-hatilah...and travel safe!

+++++++++++++++++++++++++++++

Travel Tips:
If travel alone, bleh beli local sim card kat airport or kat city. But if travel ngan kengkawan, better sewa Pocket Wifi siap-siap dari Malaysia sebab lagi jimat dan bleh share-share bayar sewa. Sewa pocket wifi lagi murah dan jimat if travel secara berjemaah.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
Anonymous
Wednesday, March 15, 2017 delete

Hahaha...like your writing. So FUN when i read! I cant control myself...really funny bro!

Reply
avatar
Friday, April 21, 2017 delete

bang pungkek tukat mana..x penh dgrni...hahaha

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!