MISTAKE KETIKA DI AIRPORT!

Salam Ramadhan! Okey...After lama tak update this travel blog, kali ni ingat nak update benda-benda yang kerap terjadik kat sesetengah dari kita sendiri or maybe penah jadik kat sedara-mara or kengkawan korang semasa nak keluar travel menggunakan jalan udara!



Benda ni kerap gak dorang bebel kat Facebook padahal semua tu salah sendiri yang secara langsung bleh nyusahkan diri sendiri, family dan jugak menyusahkan kengkawan yang nak travel satu kapal terbang...hehehe..


MISTAKE #1 - Rushing ke Airport!
Bro..amalkanlah keluar awal kalau nak fly tu. At least keluar dari rumah 2-3 jam awal! Biar sampai kat airport awal takper, jangan sampai lambat. Bila dah keluar lambat, sah-sah la semua benda tak kena, semua benda korang salahkan...kereta depan korang pun korang horn sebab bawak terhegeh-hegeh.



Hellooo...korang tu yang lambat! Tu belum lagik sampai ke airport, dah sampai airport plak..ada yang dihalang terus untuk check-in sebab dah lambat! Pastu korang bedal plak airliners sebab tak kasik korang check-in! So, tak kisahlah korang ni awek cute ke...artis ke, abang sado ke...lambat tetap lambat. Boarding gate tu tetap dorang akan kena tutup bila dah sampai masa. So, keluarlah rumah awal kalau dah tahu jarak umah ke airport tu jauhhhhh... Lagik satu, kalau plan nak fly jumaat lewat petang, maka amiklah halfday! Korang pun tau Jumaat petang semua orang bersesak nak balik rumah pas kejer...hadoiiii...

MISTAKE #2 - Document Failed!
Memula sekali sebelum beli tiket tu, check dulu nama korang tu blacklist ke idokkkk.. Sian plak kalau dah beli tiket beratus ringgit then sesampai kat airport, tak lepas imegresen sebab kantoi tak bayar PTPTN or nak larik dari Income-Tax!



Benda ni pun dah kerap berlaku kat kengkawan, kat artis dan jugak pernah berlaku kat selebriti sukan. So guys, please check dulu nama korang sebelum fly sana-sini. Hutang tetap kena bayar beb... Lagik satu, lupa bawak passport..ini lagik la pelik! Heloooo..please buat checklist dulu ok before fly. Kalau setakat tak bawak flight ticket tu kira okey lagik sebab bleh reprint or tunjuk boarding pass kat apps handphone BUT kalau tetinggal passport tu, memang masak laaaaa... Seminggu sebelum tu kemain lagi snap gambar passport taruk kat FB nak bagitau semua orang yang kita ni nak pi oversea...hehehe..hadoiii... Ohhh one more, jangan selfish untuk check dan double check document sendiri jer...rerajinlah cross-check document kengkawan or family members yang join korang travel tu, sorang je sangkut...kompem mood bercuti akan ilang sedikit sebanyak...kannn...kannnnn

MISTAKE #3 - Benda Terlarang!
Helooo..ada gak yang taruk segala gunting, segala ketip kuku yang tajam, segala pisau lipat dalam luggage yang nak dibawak keatas kabin! Kan benda tu dah lama dorang announce xleh bawak. Liquid pun ada hadnya. 


Ni bawak satu botol perfume 150ml taruk dalam handbag, pastu kena rampas masa nak check-in, pastu nak ngamuk tak tentu pasal...hadooooiii... tak tahu nak cakap apa dahhh. Lenkali kalau korang nak bawak parang ke, pedang samurai ke...haaa taruk je laaa dalam handbag tu...huhuhu

MISTAKE #4 - Carik Pasal dengan Penguasa!
Tugas abang-abang polis, abang Imegresen, abang Airliners semua yang ada kat airport tu adalah untuk memudahkan perjalanan semua orang serta menjaga keselamatan semua orang. So, kalau korang dah kena nasihat jangan buat tu or jangan buat ni...silaaaaa lah dengar.



Takyah nak bertengkar bagai. They have power to stop you in any way kalau dorang rasa ada something yang tak betul. Sedangkan passenger yang dah duduk atas seat flight pun boleh diheret keluar kiranya mengganggu sesuatu, ini kan plak korang yang still kat dalam airport...adesss. Ada gak kalau kita peratikan sesetengah kes, ada yang sampai menjerit kat penguasa! Phewww...memang ke dalam la kesudahannya!

MISTAKE #5 - Tak Pay Attention!
Gate berlepas boleh bertukar! Kerapkali ada gak dari kita yang terpaksa rushing berlari ke gate lain sebab tersilap tengok gate berlepas samaada di apps, di tiket or di info board! Nasihat dari pakar - sila lah refer pada information board yang besar bagak tu ketika di airport. Dan amik tahu gate tu berada jauh or dekat. Kalau gate tu agak jauh, masuk lah awal sket, so takderlah semput nafas nak kejar berlari ke gate yang jauhhh tuuu...hehehhe kannn kann...



So guys...ni la selalunya benda-benda yang bleh wat korang sendiri naik hangin semasa kat airport. Semua tu bukan pasal silap orang lain pun...semuanya sebab sendiri punya silap dan mistake, kann kannnn... So benda ni kerap terjadik kiranya korang tak plan or buat some simple checklist sebelum korang berangkat ke airport. 

Apa-apapun, pas raya ni sure ramai yang dah beli tiket untuk sambut travel ke sana-sini! Heybattt! Ingat..europe-europe jugak, Malaysia ni pun korang belum habis xplore lagik kan??? Hehhee..

Happy Travel and Travel Safe!


__________________________________________

Travel Tips:
If travel alone, bleh beli local sim card kat airport or kat city. But if travel ngan kengkawan, better sewa Pocket Wifi siap-siap dari Malaysia sebab lagi jimat dan bleh share-share bayar sewa. Sewa pocket wifi lagi murah dan jimat if travel secara berjemaah.




Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!